Nikmati Aidil Fitri sambil menonton pusingan terakhir Dapur Tempur Ra-Ra!

Nikmati Aidil Fitri sambil menonton pusingan terakhir Dapur Tempur Ra-Ra!

Episod terakhir Dapur Tempur Ra-Ra akan menyerikan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas empat minggu penonton mendebarkan dengan pelbagai hidangan masakan dan reaksi yang hebat. Dua pasangan keluarga yang akan menyampaikan program yang dihoskan oleh Yasmin Hani itu bakal bertelagah. Adakah sukar untuk Dato’ Cef Ismail dan Michael Ang, dua hakim tetap, untuk memilih pemenang minggu ini?

Episod minggu lepas menyaksikan pasangan juara Dapur Tempur musim pertama, Masam Manis yang terdiri daripada Muiz Zulkifli dan Arieni Ritzal mengalahkan pasangan selebriti Dap Err iaitu Bell Ngasri dan Farhana Fauri. Pasangan suami isteri Masam Manis mencuri hati juri secara keseluruhan dengan hidangan mereka ‘Sekaya Nangka dan Masak Lobak Putih Goreng Belacan bersama Lempeng’ dan ‘Bebola Ketupat NONA MN’. Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri Dap Err berjaya mencuri hati juri di Cabaran NONA dengan hidangan ‘Ketupat Bebola Api NONA’ mereka. Melalui Cabaran NONA, peserta perlu memasak semula hidangan yang disediakan oleh Cef Ismail yang bernama ‘Bebola Ketupat Berinti Istimewa NONA’ dengan hanya melihat dan merasa hidangan tersebut tanpa bantuan resipi.

Dalam pertempuran akhir Aidilfitri ini, kumpulan Double Trouble yang merupakan pasangan ibu dan anak, Nabila Huda dan Keisha Laila bakal berentap dengan pasangan adik-beradik, Seketul Rasa yang terdiri daripada Shima Samarudin dan Hanis Samarudin. Pada minggu-minggu sebelum ini, setiap kumpulan perlu menyediakan hidangan sahur, berbuka dan moreh. Apa pula hidangan yang perlu disediakan oleh kedua-dua kumpulan dalam episod akhir ini?

Gelagat ibu dan anak ini pastinya mencuri perhatian di Dapur Tempur Ra-Ra apabila Keisha menunjukkan bakat memasak yang diwarisi daripada ibunya malah tidak kekok untuk beraksi di dapur. Kedua-dua pasangan peserta yang lebih kompetitif di episod akhir ini membuatkan dapur pertempuran lebih huru-hara, lebih-lebih lagi dengan penampilan oleh Nabila Huda. Mampukah dinamik anak-beranak Double Trouble memenangi cabaran ini dengan mengalahkan finalis Dapur Tempur musim pertama?

Teruskan menonton episod kelima Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersiaran pada 23 April 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV9 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store serta strim langsung melalui YouTube TV9 Malaysia. Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.