Diam lebih baik daripada bercakap

Diam lebih baik daripada bercakap

  • May 22, 2019
  • 0 comments

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Selalu kita dengar peribahasa itu bagi memberi peringatan kepada mereka yang lancang dalam berkata-kata.

Ya, diam itu sebenarnya lebih baik daripada banyak bercakap.

Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi untuk ‘mengaut’ dosa.

Apa lagi jika kita bercakap tanpa ‘lampu merah’ kerana peluang untuk kita mengumpat itu sangat tinggi.

Barangkali, ada hati yang terguris kerana mulut kita ini.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengingatkan di dalam hadis baginda.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Riwayat al-Baihaqi)

Memang diakui sukar untuk mengawal lidah daripada menyusun kata-kata.

Namun, susah atau senang itu adalah pilihan.

Begitu juga dengan dosa dan pahala, ia juga satu pilihan. Jadi, mahu yang mana?

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai apakah kelakuan seseorang yang menyebabkan masuk ke syurga.

Baginda menjawab: “Takwa kepada ALLAH dan keindahan akhlak.”

Ketika ditanya apakah yang menyebabkan seseorang masuk ke neraka?

Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”

Lihat, begitu besarnya peranan lidah sehingga mampu mengheret tuan punya badan ke neraka.

Berdoalah semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menjaga kata-kata.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge