Andrew (lima dari kiri) bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Ab Ghapar (tiga dari kanan) yang melancarkan Gingerbread Christmas Village pada Selasa.
MEGAH berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan Hari Krismas menerusi dekorasi dan aktiviti menarik di ‘Gingerbread Christmas Village’.
Berinspirasikan tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’, tema itu mewarnai Suria KLCC mulai 24 November lalu sehingga 1 Januari depan.
Pengunjung akan melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di pekarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan mempesonakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan dan pengunjung juga berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad.