Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen SUV mewah dan lasak dengan pelancaran rasmi Defender V8 di pasaran tempatan. Model ikonik ini tampil dengan penambahbaikan signifikan dari segi prestasi, reka bentuk serta keselesaan, menjadikannya pilihan utama bagi penggemar kenderaan berkuasa tinggi dan elegan.
Dua Varian Hebat: Defender 110 V8 & Defender 130 V8
Defender V8 hadir dalam dua pilihan menarik Defender 110 V8 dan Defender 130 V8. Varian Defender 110 V8 dikuasakan enjin 5.0L Supercharged V8 yang menghasilkan 525PS dan 625Nm tork, mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 5.4 saat. Sementara itu, Defender 130 V8 dilengkapi enjin sama namun ditala menghasilkan 500PS dan 610Nm tork, dengan keupayaan memecut 0-100 km/j dalam 5.7 saat.
Bukan sahaja berprestasi tinggi, Defender V8 turut mengekalkan warisan gaya Defender dengan bunyi ekzos V8 yang garang menerusi empat paip ekzos luaran yang unik. Ia direka untuk pemanduan hebat di pelbagai permukaan – dari jalan bandar ke laluan mencabar.
Ciri Premium & Fleksibiliti Tanpa Kompromi
Defender 110 V8 menawarkan tempat duduk belakang dengan konfigurasi 40:20:40, boleh dipanaskan dan dilengkapi alas lengan tengah untuk keselesaan optimum. Manakala Defender 130 V8 menyediakan susun atur fleksibel dengan tempat duduk 60:40 yang boleh digelangsar dan disandarkan secara manual, disertakan baris ketiga yang mampu menempatkan sehingga 8 penumpang – sesuai untuk keluarga besar atau ekspedisi jauh.

Komitmen terhadap Kejuruteraan dan Pengalaman Pengguna
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors berkata, Defender V8 melambangkan kemuncak kejuruteraan Land Rover. Ia menawarkan prestasi tiada tandingan, kemewahan serta keupayaan hebat yang menjadi identiti Defender sejak sekian lama.
Sementara itu, Pengarah Urusan Inokom dan Pengedaran Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menambah, Pelancaran Defender V8 membuktikan komitmen kami dalam menghadirkan pengalaman automotif mewah bertaraf dunia. Reka bentuk ruang dalaman yang eksklusif serta enjin V8 yang mantap menjadikan kenderaan ini luar biasa untuk sebarang pengembaraan.
Harga & Maklumat Lanjut
Defender 110 V8 ditawarkan pada harga bebas cukai bermula RM998,000, manakala Defender 130 V8 bermula dari RM1.198 juta. Untuk harga termasuk cukai dan sebut harga terkini, pelanggan boleh menghubungi cawangan JLRM di Ara Damansara di talian +603-7651 2000.
Layari www.landrover.com.my untuk maklumat lanjut mengenai varian Defender V8 dan promosi semasa.