Datasonic pamer teknologi Metaverse di NHCCE 202

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi penerangan oleh Datuk Syahril Abdullah semasa meninjau pameran Datasonic di Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 di Kuala Lumpur pada Isnin.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi penerangan oleh Datuk Syahril Abdullah semasa meninjau pameran Datasonic di Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 di Kuala Lumpur pada Isnin.

PENYEDIA penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berasaskan keselamatan terkemuka, Datasonic Group Berhad (Datasonic) terus memfokuskan untuk memacu inovasi dan transformasi digital dalam pembangunan modal insan.

Ketua Projek Khasnya, Datuk Syahril Abdullah berkata, sejajar dengan itu, pihaknya turut berganding bahu dengan pemain dinamik dalam landskap teknologi maya, Virtual Tech Frontier.

Ujarnya, kerjasama itu bertujuan menghasilkan penyelesaian tercanggih yang akan mengubah cara organisasi mendekati pembangunan tenaga kerja.

“Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam menunjukkan aplikasi dunia sebenar teknologi Metaverse dalam bidang sumber manusia,” katanya.

Sumber