ZAMARUL HISHAM MEMUKAU DALAM WATAK DSP ADLIN DI BLOOD BROTHERS: BARA NAGA
Pelakon hebat Zamarul Hisham kembali mencuri perhatian dengan peranan terbaharunya sebagai DSP Adlin dalam Blood Brothers: Bara Naga. Membawakan watak seorang pegawai polis yang teguh, berprinsip dan berani, Zamarul melakonkan karakter yang tidak gentar menghadapi ancaman dalam usaha menumpaskan kumpulan gangster kejam, Naga.
Setelah terkenal dengan watak pemimpin ajaran sesat dalam Langit Ke Tujuh, Zamarul kini tampil dengan sisi baru yang penuh keyakinan dan keberanian. Wataknya bukan sahaja mengandungi elemen aksi fizikal, tetapi juga penuh dengan gaya sinis yang tajam, mempersendakan musuh dengan cara yang unik.
“Filem Blood Brothers memberikan saya peluang bermakna selepas lama tidak terlibat dalam projek perfileman. Ia merupakan peluang besar yang sangat saya hargai. Watak DSP Adlin ini adalah antara peranan yang paling mencabar dan menarik dalam kerjaya saya,” kata Zamarul Hisham.
Blood Brothers: Bara Naga diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi. Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, dengan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Irfan Zaini, Andy Teh dan Amelia Henderson.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi sarat emosi ini yang bakal menggegarkan pawagam bermula 10 April 2025!