Cuckoo International perkenal inovasi terkini, duta

SHAH ALAM – Cuckoo International (Malaysia) Sdn Bhd (Cuckoo International) telah memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air ‘flagship’ serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata, bagi memperluaskan lagi tawaran peralatan sihat Beyond Standards, syarikat melancarkan model ‘flagship’ serba baharu, Penapis Air Beralkali Ringan Bebas Tangki Cuckoo Titan dan ia memaparkan teknologi paten Cuckoo yang membolehkan ia mengeluarkan air panas 100°C secara serta-merta.

“Selain daripada itu, penapis air berinovatif ini juga mampu mengeluarkan air pensterilan yang dapat menghapuskan kuman dan racun perosak semasa atau apabila digunakan untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga dilengkapi dengan sistem pensterilan ‘in out’ automatik untuk menjamin kebersihan penapis air serta airnya sepanjang masa.

“Rangkaian generasi baharunya turut dikembangkan lagi dengan Penapis Air Beralkali Ringan Cuckoo Warrior iaitu penapis air mekanikal pertama dengan fungsi pensterilan faucet, yang dapat menyingkirkan kuman dan menghalang pencemaran sekunder secara berkesan apabila air mengalir melalui saluran keluarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syarikat juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar penghawa dingin tempatan, Fujiaire untuk melancarkan Penyaman Udara Pintar Cuckoo Vita-S Inverter.

“Ciptaan canggih ini boleh didapati mulai April 2022, dan didatangkan dengan sistem penapisan yang dapat memusnahkan bakteria secara berkesan, di samping membebaskan Vitamin C ke udara bagi melindungi kulit dan imuniti keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Cuckoo International juga telah melantik artis Korea Selatan, Lee MinHo, sebagai duta jenama baharunya, yang akan berganding tangan dengan duta Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, bagi mewakili Cuckoo dan #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Lee MinHo

Lee MinHo

“Pengumuman ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi dan menyediakan tawaran luar biasa kepada rakyat Malaysia. Menerusi inovasi dan kerjasama berterusan kami dengan personaliti legenda ternama, kami merintis jalan untuk mengangkat Cuckoo International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia,” katanya.

Beliau berkata, inovasi Beyond Standards untuk mewujudkan kediaman yang lebih sihat menerusi empat tonggak tawaran holistik iaitu peralatan rumah dengan Cuckoo, kehidupan sihat dengan Cuckoo Co-Creations, penjagaan kecantikan dengan WonderLab Group dan Penjagaan Rumah dengan WonderKlean.

Kian Choon berkata, pemilihan Lee MihHo dan Siti Nurhaliza kerana kedua-dua personaliti itu mempamerkan pencapaian yang terbaik, berbakat serta usaha konsisten untuk mengejar kecemerlangan dalam segala yang dilakukan tidak kira sebagai penghibur, pelakon, usahawan, suri teladan, mahupun dermawan.

“Kami teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendampingi pelanggan kami serta mencapai lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kian Choon berkata, siri pengumuman itu muncul susulan prestasi kewangan syarikat yang kukuh pada 2021 walaupun menghadapi persekitaran yang mencabar.

“Sejak penubuhannya pada 2014, Cuckoo International berjaya mengekalkan pertumbuhan kukuh untuk tujuh tahun berturut-turut dengan rekod hasil melebihi RM1.13 bilion pada tahun lepas.

“Selain dedikasinya terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan, kejayaannya sebahagian besar dipacu oleh model perniagaan berasaskan langganan yang fleksibel. Cuckoo satu jenama yang diyakini lebih 4.7 juta pengguna isi rumah di Malaysia pada hari ini,” katanya.

Sumber