CELCOM Axiata Berhad (Celcom) semarakkan semangat rakyat Malaysia dengan kempen Celcom Gila-Gila Bola dan menjemput seluruh rakyat Malaysia ke Stadium Metaverse Celcom iaitu Gila Bolaverse Celcom.
Celcom dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia dapat menonjolkan kemahiran bermain bola sepak di alam metaverse dan nikmati permainan bola sepak digital menyeronokkan serta berpeluang untuk membawa pulang Hyundai IONIQ 5 yang terbaharu.
“Pada musim bola sepak ini, Celcom akan semarakkan semangat ‘Gila-Gila Bola’ bersama – sama rakyat Malaysia dengan menyediakan aktiviti bola sepak digital yang menarik di alam Metaverse serta nikmati suasana ‘Gila-Gila Bola’ dengan muzik bola sepak kegemaran sepanjang masa di Spotify.
“Dengan sambutan hangat daripada peminat bola sepak di seluruh negara, Celcom memberikan pengalaman digital terbaik dalam dunia bola sepak dengan rangkaian terluas untuk seluruh pelanggan,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, bermula 20 November 2022 hingga 20 Disember 2022, ‘Gila Bolaverse’ Celcom akan memuatkan seluruh aktiviti berkenaan bola sepak, membolehkan pelanggan untuk alami musim bola sepak secara unik dengan permainan bola sepak yang menarik dan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
“Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, pengguna boleh log masuk ke stadium ‘Gila Bolaverse’ Celcom dengan meneroka serta berinteraksi menggunakan avatar mereka di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.
“Terdapat pelbagai permainan metaverse yang menyeronokkan untuk pelanggan seperti flag hunting, Gila – Gila Dance, baju jersi NFT Celcom edisi terhad dan pas VIP untuk menonton perlawanan akhir bola sepak global di Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.
Tambahnya lagi, sehingga 31 Disember 2022, seluruh pelanggan Celcom berpeluang untuk membawa pulang kereta elektrik Hyundai IONIQ 5 yang serba baharu, menangi telefon pintar serta aksesori yang terkini, nikmati pelbagai baucar dan banyak lagi melalui promosi Spin to Score pada Aplikasi Celcom Life.
Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad, T. Kugan berkata, sebahgian daripada keseronokan kempen Gila – Gila Bola, Celcom menyediakan banyak pengalaman digital yang hebat untuk seluruh rakyat Malaysia seperti Celcom ‘Gila Bolaverse’, kereta elektrik Hyundai IONIQ 5 yang serba baharu, serta dapat menikmati acara pesta menonton di pelbagai lokasi di seluruh negara.
“Kami kekal komited untuk memberikan pengalaman digital terbaik, dengan memanfaatkan perkhidmatan Celcom yang konsisten dan boleh dipercayai dengan liputan terluas, meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia secara berterusan dengan perkhidmatan digital yang inovatif di seluruh negara,” tambah beliau.