Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Catwalk Comel, Gaya Membara: Cat Fashion Week TV3 Angkat Kucing Sebagai Ikon Fesyen Negara
  • Competition
  • Event
  • News

Catwalk Comel, Gaya Membara: Cat Fashion Week TV3 Angkat Kucing Sebagai Ikon Fesyen Negara

Helmi Aziz June 25, 2025 3 minutes read
CFW_POSTER

Dunia fesyen tempatan kini diwarnai dengan kehadiran bintang baharu yang berbulu dan berkumis. Buat pertama kalinya dalam sejarah televisyen Malaysia, TV3 memperkenalkan program pertandingan kucing paling bergaya, Cat Fashion Week, yang bukan sekadar mencipta kelainan tetapi juga meraikan kasih sayang dan kreativiti dalam hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan. Pertandingan ini memberi peluang kepada pemilik kucing di seluruh negara untuk menonjolkan gaya unik si comel mereka di pentas peragaan, sekaligus mengangkat kucing kesayangan ke taraf selebriti fesyen.

Sebanyak 20 kucing terpilih daripada lebih 100 penyertaan online telah dipilih untuk sesi pre-judging, di mana studio berubah menjadi landasan ‘runway’ paling bergaya yang menyaksikan pelbagai gaya, ekspresi, dan keunikan setiap ‘meow-del’. Setiap pasangan pemilik dan kucing tampil dengan naratif tersendiri serta gaya yang penuh karakter, dalam usaha menambat hati empat barisan juri hebat Dr Ima, Johan & His Cats, Yuen Wai dan Mark Adam. Mereka menilai bukan sahaja dari aspek penampilan dan fesyen, tetapi juga kesejahteraan, keselesaan dan personaliti kucing yang dipersembahkan.

“Meow Menyala, Gaya Membara” bukan sekadar tagline, tetapi realiti sepanjang program berlangsung. Suasana penuh emosi dan keterujaan dapat dirasai bukan hanya daripada pemilik, tetapi turut terpancar dari perlakuan spontan dan manja si bulus. Dari detik-detik lucu di bilik persalinan hingga pose menggoda di pentas, Cat Fashion Week menjadi medan visual yang menghiburkan dan menyentuh hati. Keunikan pertandingan ini bukan hanya terletak pada pakaian mewah atau aksesori glamor, tetapi juga kepada interaksi penuh kasih sayang antara pemilik dan haiwan peliharaan mereka.

Pelbagai baka kucing seperti Persian, British Shorthair, Ragdoll dan Siberian menyerikan pentas dengan gaya tersendiri. Hanya lapan kucing terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir dan wajah mereka bakal diperkenalkan menerusi segmen khas Cat Fashion Week dalam program NONA bermula 29 Jun ini. Program ini akan berlangsung selama lapan minggu dan akan membawa penonton menyusuri perjalanan setiap finalis dari sesi taklimat hingga ke malam kemuncak yang penuh gaya.

Pertandingan akhir Cat Fashion Week akan disiarkan pada 17 Ogos 2025 dan menjanjikan sebuah acara penuh glamor yang dihiasi dengan persembahan artis serta hos selebriti. Pemenang utama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, diikuti RM3,000 untuk tempat kedua dan RM2,000 bagi tempat ketiga. Lapan finalis yang mara ke peringkat akhir juga akan menerima saguhati sebanyak RM1,000 setiap seorang. Tambahan pula, Anugerah Felix, Si Bijak dan Si Lincah diperkenalkan sebagai pengiktirafan kepada kucing yang menyerlah dari segi gaya dan karisma.

Program ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga satu bentuk apresiasi terhadap dunia haiwan peliharaan yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, Cat Fashion Week adalah sebuah konsep baharu yang diyakini mampu menyentuh emosi penonton sambil mengangkat kucing sebagai ikon budaya pop tempatan. Dengan sokongan penaja utama Felix serta rakan media rasmi Hot FM dan SAYS, Cat Fashion Week bersedia mencipta fenomena baharu dalam dunia hiburan negara.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Raja atau Ratu Catwalk Malaysia? Saksikan detik-detik manja, gaya mempesona dan kecomelan tanpa batas hanya di TV3, menerusi Cat Fashion Week program pertama seumpamanya yang menjadikan kucing sebagai selebriti utama kaca televisyen. Untuk perkembangan lanjut, ikuti saluran rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Snacks, Streams, and Social Vibes: How PepsiCo Is Winning Gen Z in Malaysia
Next: sooka Rai Ulang Tahun Keempat dengan Teknologi Baharu dan Ganjaran Hebat untuk Pelanggan

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.