MASDO Raikan 10 Tahun dalam Industri Muzik dengan “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” & Pengumuman Konsert Mega!

Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, meraikan satu dekad perjalanan seni mereka dalam industri muzik dengan cara yang cukup unik dan mengejutkan! Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, majlis bertajuk “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” berlangsung dengan meriah pada 30 April 2025 jam 9 malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta rakan-rakan media. Beberapa hari sebelum acara…

Read More

Tiga Lagu Raya Rocketfuel Entertainment Cipta Kejayaan Luar Biasa dengan Lebih 1.7 Bilion Tontonan

Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mengumumkan kejayaan luar biasa sempena Ramadan dan Aidilfitri 2025 melalui pelancaran tiga lagu Raya yang mencipta fenomena tersendiri: “Meriah Lain Macam” nyanyian Hael Husaini dan Nadeera, “Nyam Nyam Ketupat” oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy, serta “Dam Dim Dum Raya” oleh Nadeera. Ketiga-tiga lagu ini telah mengumpulkan…

Read More

Insomniacks Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Konsert Solo Pertama, Harga Tiket Paling Mampu Milik!

Selepas sedekad menapak dalam industri muzik tanah air, kumpulan popular Insomniacks bakal menganjurkan konsert solo pertama mereka yang diberi judul Insomniacks: Echoes Of A Dream pada 12 Julai 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Konsert yang dinanti-nantikan ini dianjurkan oleh SAH Entertainment dengan kolaborasi bersama Universal Music Malaysia, sekali gus menjadi satu detik bersejarah buat…

Read More

Astro dan TVS Bawa Konsert MeleTOP ke Sarawak, Persembahan Menggabungkan Kebudayaan dan Muzik Popular

Astro dengan kerjasama TVS akan mengadakan ‘Konsert MeleTOP TVS’, konsert pertama yang diadakan di luar Semenanjung Malaysia. Bertempat di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) pada 17 Mei 2025, konsert ini akan disiarkan secara langsung di TVS (saluran 122) pada jam 9 malam, serta di Astro ONE dan aplikasi sooka. Ulangan konsert ini akan ditayangkan di Astro…

Read More

KRU Kembali Gegarkan Dunia Muzik Dengan Album ‘Kaset’ Selepas 7 Tahun

Selepas tujuh tahun menyepi, kumpulan pop legenda, KRU, kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran album terbaru mereka berjudul Kaset. Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim kembali bersatu sebagai trio ikonik, tampil penuh semangat untuk menghadiahkan karya istimewa ini kepada para peminat yang setia mengiringi perjalanan seni mereka sejak tiga dekad lalu. Norman meluahkan rasa…

Read More

TELAGA SURIRAM: Menelusuri Misteri Kehilangan Kanak-Kanak di Sebalik Kisah Mistik

Kisah kehilangan kanak-kanak sering menjadi perhatian masyarakat, apatah lagi apabila ada kes yang kekal menjadi misteri tanpa jawapan. Berinspirasikan fenomena ini, syarikat produksi Odissi Creative Sdn. Bhd. tampil mempersembahkan sebuah filem seram berjudul TELAGA SURIRAM. Menurut pengarahnya, Osman Ali, ilham filem ini tercetus daripada sebuah kisah lama yang mengisahkan seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh ke…

Read More

Keluang Man Kembali: Menandakan Permulaan Astro Shaw Cinematic Universe

Astro Shaw dengan bangganya mempersembahkan filem aksi adiwira tempatan yang paling dinanti-nantikan, “Keluang Man”, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025. Filem ini bukan sahaja menandakan kemunculan semula watak ikonik dari siri animasi popular era 90-an, malah menjadi pelancaran rasmi kepada Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU), satu inisiatif besar yang…

Read More

KUMPULAN MULTIMEDIA RAIKAN AIDILFITRI DENGAN DERETAN KARYA BAHARU, SOKONG INDUSTRI KREATIF TEMPATAN!

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh kemeriahan, Kumpulan Multimedia tidak melepaskan peluang untuk menghidangkan pelbagai pengumuman menarik kepada peminat dunia hiburan tanah air. Majlis Rumah Terbuka Multimedia 2025 yang berlangsung meriah bukan sahaja meraikan lebaran, malah menjadi pentas memperkenalkan pelbagai karya baharu di bawah naungan Multimedia Entertainment. Antara pengumuman utama yang mencuri tumpuan ialah…

Read More

‘Symphony from the Heart’: Album Penuh Jiwa Daripada Hati Seorang Andi Rianto

Bagaimana hasilnya apabila seorang komposer mencurahkan seluruh isi hati dalam setiap not muzik yang dicipta? Jawapannya ada dalam album terbaharu Andi Rianto yang diberi judul Symphony from the Heart, sebuah karya penuh emosi yang mencerminkan sisi paling tulus dalam perjalanan seni muziknya. Dilancarkan di bawah label Universal Music Indonesia, album ini bukan sekadar koleksi lagu,…

Read More