AIM24 Kembali: Lebih Meriah Dengan Kategori Baharu, Ganjaran Lebih Besar, dan Pengiktirafan Terus Terhadap Muzik Malaysia
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan penuh rasa bangga mengumumkan penganjuran semula Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), yang dijadual berlangsung pada 13 September 2025, jam 9 malam di Arena of Stars, Genting Highlands. Acara berprestij yang telah menjadi pentas utama pengiktirafan kepada karyawan muzik tempatan sejak 1993 ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen…