Category: ATTRACTION

  • This Ramadan, ALAMANDA SHOPPING CENTRE AND MESRA MALL BREAK FAST WITH UNDERPRIVILEGED CHILDREN TO SPREAD JOY.

    This Ramadan, ALAMANDA SHOPPING CENTRE AND MESRA MALL BREAK FAST WITH UNDERPRIVILEGED CHILDREN TO SPREAD JOY.

    Alamanda Shopping Centre hosted a happy “buka puasa” event in the spirit of Ramadan for orphans and impoverished kids from “Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah” in Bandar Baru Bangi.

    Over 40 children, aged eight to 17, gathered at the mall’s Centre Court as Alamanda Shopping  Centre General Manager Pang Sook Fong extended a warm welcome to everyone.

    One of the most exciting moments of the event was when the children were invited on a  shopping spree to pick out brand new clothing and shoes for Hari Raya. The children were  thrilled to choose their outfits and shoes themselves, their faces beamed with happy smiles  throughout the experience.

    After the shopping spree, the children were treated to a captivating traditional ‘dikir barat’ performance. As part of the line-up, they also received ‘duit raya’ and gifts sponsored by the  mall tenants, making the experience even more heart-warming and memorable. The event  culminated with a sumptuous ‘buka puasa’ spread at a restaurant.

    Andrew Brien, Executive Director of Suria KLCC Sdn Bhd said, “As a community-focused organization, we believe in giving back to the community that has supported us all these years.  We are honoured to have the opportunity to organise this breaking fast event for the children  and their carers.

    “We hope that our small contribution will bring smiles to the faces of these children and inspire  others to do the same. Finally, I would also like to thank our retail partners who have  generously contributed to make this event a success.”

    Also present at the event, the carer of ‘Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah’  said, “On behalf of the centre, I would like to express our deepest gratitude to Alamanda  Shopping Centre for organising this event for us. It is touching to see the community come  together to ensure that the less fortunate are not forgotten during this special time of the year.”

    MESRA MALL

    Meanwhile in Kemaman, Mesra Mall held a meaningful charity event on 6 April, 2023, when  they hosted 30 orphans from ‘Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman’ (Rumah Huzai).

    The event, called Jalinan Mesra, was held at the Mesra Hall where the orphans were treated  to an evening of fun and festivities.

    Mesra Mall General Manager Junaidy Jamaludin, welcomed the 16 boys and 14 girls between  the ages of seven to 17 years old. The girls were each gifted with a set of ‘baju kurung’ with  shawl, while the boys received a set of ‘baju Melayu’ with ‘sampin’, in preparation for the  upcoming Hari Raya celebrations.

    In addition, the children received various gifts from the mall’s management and RM100 ‘duit  raya’ each.

    Later that evening, as the children tucked into a delectable spread during the ‘buka puasa’  feast, they were entertained by nasyid performances.

    The evening’s festivities were made possible by the sponsorship of Mesra Mall’s retail partners,  including Rasa Sayang, The Body Shop, TMC, BH Beauty, U-Sport, Tealive, Cuckoo, D’Laksa,  Rasa Kampung, Mee Tarik Warisan Asli, Tastebuds, Nasi ZNZ, Yong Tau Fu and VV  Rosegold.

    The guardian of Rumah Huzai said, “Today’s event at the mall is truly meaningful to all of us  at Rumah Huzai. It is not just about the gifts and the celebration, but the warmth and  inclusiveness that we feel. We thank you from the bottom of our hearts for making this day so  special.”

  • LEBIH RM500 RIBU CBP AGIH WAKALAH ZAKAT FASA 1

    LEBIH RM500 RIBU CBP AGIH WAKALAH ZAKAT FASA 1

    Menerusi Program Mahabbah CBP, yang memenuhi keperluan golongan asnaf yang layak, The First Co-opbank (CBP) mengagihkan wang zakat wakalah berjumlah lebih RM512,000. Bagi Fasa 1, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, dan Pahang semuanya termasuk dalam agihan zakat.

    Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Program CBP Mahabbah ini mensasarkan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam kalangan fakir dan miskin, selain institusi masjid dan pelajar IPT bawah kategori asnaf Fisabilillah.

    Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, agihan zakat ini merupakan salah satu program di mana agihan zakat ini disampaikan sendiri oleh Anggota Lembaga CBP menerusi majlis serahan zakat yang diadakan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti dengan mendapat kerjasama daripada Pusat Zakat Negeri dan juga agensi berkaitan.

    Program agihan yang dijalankan membuktikan kesungguhan CBP dalam memartabatkan masjid sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan, selain menzahirkan keprihatinan CBP terhadap golongan ibu tunggal, anak yatim serta pelajar IPT.

    “Ini merupakan tanggungjawab CBP untuk membantu golongan yang memerlukan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dengan bantuan zakat yang diberikan.

    “Tambahan lagi, menerusi program ini juga, ini merupakan langkah untuk CBP merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang telah banyak membantu dan menyokong kita selama ini,”katanya dalam satu kenyataan.

    Selain daripada agihan wakalah zakat, beliau turut berkata, CBP juga terus komited membantu masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan.

    Khairil Anuar turut berkata, pihaknya juga turut mensasarkan agihan ini dapat ditingkatkan lagi di tahun-tahun mendatang dan dapat membantu lebih ramai golongan sasar di negeri-negeri lain.

  • Gema alunan Surah Al-Insan di Pantai Timur

    Gema alunan Surah Al-Insan di Pantai Timur

    KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di sini bergema dengan alunan bacaan Surah Al-Insan sempena Program World #QuranHour 2023 yang diadakan serentak di seluruh negara pada Khamis.

    Seramai 300 peserta hadir pada majlis itu dengan bacaan surah dimulakan pada jam 11 pagi oleh qari jemputan, Mohamad Syakir Asyraf Shahaimi dan Muhammad Syafiq Mohd Sakri sebagai pentadabbur.

    Pengerusi PPAT, Ridzuan Hashim berkata, Program World #QuranHour merupakan acara tahunan yang dilaksanakan perpustakaan negeri sejak beberapa tahun lalu dan pihaknya komited untuk meneruskan program itu untuk membudayakan Al-Quran dalam kehidupan masyarakat.

    Menurutnya, selain PPAT, Program World #QuranHour 2023 turut diadakan serentak di lapan perpustakaan daerah dan perpustakaan desa yang terdapat di seluruh Terengganu dengan penyertaan lebih 800 orang.

    “World #QuranHour merupakan satu kempen memfokuskan peningkatan interaksi individu dengan al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.

    “Ia adalah usaha menjadikan nilai-nilai mulia dari al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan.

    Ridzuan (tengah) bersama peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour 2023 di PPAT.

    Ridzuan (tengah) bersama peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour 2023 di PPAT.

    “Tema memanusiakan ummah daripada Surah Al-Insan adalah usaha membentuk komitmen untuk melakukan transformasi diri ke arah lebih baik, penghayatan surah ini juga diharap dapat memberi persediaan fizikal, emosi, spiritual kepada masyarakat dalam menangani dunia,” katanya pada Program World #QuranHour 2023 di PPAT, di sini pada Khamis.

    Hadir sama Pengarah PPAT, Norliza Ismail.

    Program World #QuranHour 2023 berlangsung di beberapa tempat di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah Khamis dan pada tahun ini, Surah Al-Insan dipilih bertujuan untuk memanusiakan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (berkebajikan).

    Mengulas lanjut, Ridzuan yang juga Timbalan Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri berharap setiap lapisan masyarakat dapat mengambil bahagian menjayakan Program World #QuranHour pada tahun akan datang.

    Jelas beliau, kerajaan menyokong pelaksanaan kempen itu supaya semua dapat merasai kebersamaan dan kepentingan kehidupan berasaskan al-Quran.

    “Selepas dianjurkan beberapa kali, program berskala besar ini memberi impak besar. Semoga segala usaha disumbangkan untuk memartabatkan al-Quran bagi melahirkan generasi mencintai al-Quran diberkati ALLAH SWT,” katanya.

    Sebahagian kakitangan UMP yang menyertai Majlis khatam Al-Quran dan World #QuranHour 2023 di Masjid UMP, Kuantan pada Khamis.

    Sebahagian kakitangan UMP yang menyertai Majlis khatam Al-Quran dan World #QuranHour 2023 di Masjid UMP, Kuantan pada Khamis.

    Sementara itu di KUANTAN, seramai 200 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam kalangan staf dan penuntut menyertai Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour dalam program yang berlangsung di Masjid UMP di Gambang pada Khamis.

    Program yang bermula jam 8.30 pagi itu didahului dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Islam UMP, Md Abdu Sahak yang juga Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang dan diteruskan dengan taddabbur Surah Al Insan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Faizan Tajuid.

    Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) UMP, Prof Madya Dr Hasan Ahmad berkata, warga UMP diminta memperhebatkan amal ibadah pada 10 malam terakhir yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

    “Kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, justeru ambil peluang dengan bersungguh-sungguh mengejar ganjaran hebat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

    “Keajaiban bulan Ramadan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Bulan yang barakah ini bulan menahan diri daripada lapar, menjaga pandangan, telinga dan panca indera yang lain malah mendidik jiwa supaya bertaqwa kepada ALLAH SWT,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

    Hadir sama Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Prof Madya Dr Rashidi Abbas; Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, Dr Mohamad Hilmi Mat Said dan Dekan Pusat Sains Matematik, Prof Dr Mohd Zuki Salleh.

    Beliau menjelaskan, World #QuranHour 1444H berinteraksi dengan Surah Al-Insan yang menyasarkan misi masuk syurga sekeluarga dan melahirkan insan al-abrar.

    “Program World #QuranHour 2023 yang disambut saban tahun ini merupakan usaha dalam menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran agar sentiasa membaca, memahami dan mengamalkannya,” ujar beliau.

    Sumber

  • FOR SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED ASTRO CONTENT, TWO PEOPLE WERE FINED RM14,000

    The Kluang Magistrate’s Court today fined Tay Wee Hwa, 60, the owner of an electronics store, and his son Tay Eng Guan, 30, a total of RM14,000 for selling TV boxes that were pre-loaded with illegal Astro material in violation of Section 41(1)(ha) of the Copyright Act of 1987.

    The individuals were charged with illegally distributing and sharing copyrighted content. The charges came after an extensive investigation by the Royal Malaysia Police (PDRM)’s team from Cyber Crime Investigation Unit, Commercial Crime Investigation Department, who raided the electronics outlet located at Jalan Dato Sulaiman Mohd Noor, Kluang Baru on 7 December 2021. Five android boxes pre-loaded with unauthorised Astro content were confiscated whilst Tay Wee Hwa and Tay Eng Guan were charged under Section 41(1)(ha) of the Copyright Act 1987 for selling any technology or device for the purpose of bypassing any effective technological measures stated under subsection 36A(3) of the same Act. The two individuals pleaded guilty to their charges and were fined RM14,000 in total.

    An Astro spokesperson said, “We take piracy very seriously and are committed to working with the authorities to protect our rights as content owner. The illegal sharing and distribution of copyrighted content not only harms copyright owners but also affects the livelihoods of those working in the entertainment industry. We will continue to work tirelessly to combat piracy and ensure that justice is served.”

    The charges against the two individuals serve as a warning to those who sell TV boxes pre-loaded with unauthorised Astro content. Piracy is a serious crime, and those found guilty can be fined up to RM200,000, imprisoned for up to 20 years, or both.

    In April 2023 alone, 5 individuals were charged for piracy-related offenses: ▪ On 3 April 2023, a 22-year-old student was fined by the Kuala Lumpur Magistrate’s Court for having in his possession an unauthorised link to a popular local TV drama series on his devices

    ▪ On 5 April 2023, two individuals were charged under Section 43AA of the Copyright (Amendment) Act 2022 for selling TV boxes with unauthorised content, which marked the first case since the amendment took effect in March 2022

    The Copyright (Amendment) Act 2022 introduced amendments to the Copyright Act 1987 to strengthen provisions relating to the enforcement of copyright. It was gazetted on 10 February 2022, and the enforcement of the law was implemented by the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP) on 18 March 2022. The key impact of the amendment is the criminalisation of the sale of ISDs and associated software applications that allow unauthorised access to copyright content. Anyone found guilty can be fined up to RM200,000, imprisoned for up to 20 years, or both.

    The public is reminded to channel information of piracy activities to the National Scam Response Centre’s (NSRC) 997 hotline, CCID Infoline 013-211 1222, KPDNHEP through hotline 1-800-886- 800 or 03-8882 6088 at the Enforcement Command Centre, WhatsApp at 019-279 4317, email to e-aduan@kpdnhep.gov.my or via Ez ADU app.

  • OKU bertongkat tidak lepas peluang sertai World #QuranHour

    OKU bertongkat tidak lepas peluang sertai World #QuranHour

    Che Kamal duduk atas kerusi sambil menyertai bacaan surah al-Insan pada World #QuranHour.

    Che Kamal duduk atas kerusi sambil menyertai bacaan surah al-Insan pada World #QuranHour.

    KOTA BHARU – Walaupun dalam keadaan bertongkat, seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal tidak melepaskan peluang menyertai World #QuranHour di Madinah Ramadan di sini pada Khamis.

    Che Kamal E Sahrudin, 64, berkata, tidak pernah ketinggalan untuk menyertai program tersebut sejak empat tahun lalu.

    “Saya datang sendiri dengan menunggang motosikal untuk bersama-sama membaca dan bertadabbur surah al-Insan bagi meraih keberkatan Ramadan.

    “Saya harap program sebegini diperbanyakkan bagi menyemarakkan lagi rasa cinta manusia terhadap kitab suci al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

    Peserta wanita pada program World #QuranHour di Kelantan.

    Peserta wanita pada program World #QuranHour di Kelantan.

    Program dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

    Turut hadir merasmikan program ialah Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropien Hassan.

    Che Kamal berkata, sudah khatam al-Quran sebanyak dua kali dan tidak pernah berhenti membaca kitab itu.

    “Penyertaan dalam World #QuranHour dapat membantu saya lebih memahami maksud ayat al-Quran dan memudahkan untuk mengamalkannya,” katanya.

    Mohammad Amir

    Mohammad Amir

    Sementara itu, Pengarah World #QuranHour Kelantan, Mohammad Amir Kholis Lukman yang juga Timbalan Pengerusi III Persatuan Rumah Ngaji Kelantan berkata, program tersebut disertai kira-kira 5,000 peserta di 32 lokasi di seluruh negeri Kelantan.

    Mohammad Amir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ropien (kiri).

    Mohammad Amir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ropien (kiri).

    “Lokasi terlibat antaranya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, masjid-masjid dan sekolah-sekolah.

    “Program juga diadakan secara dalam talian. Kita mahu orang ramai terus membudayakan al-Quran dalam kehidupan kerana keberkatan kitab itu menyeluruh dalam semua aspek di dunia,” katanya.

    Para peserta World #QuranHour bergambar selepas program berjalan dengan jayanya.

    Para peserta World #QuranHour bergambar selepas program berjalan dengan jayanya.

    Sumber

  • With the RHB 12-month Instalment Plan, purchase a vivo X90 Series and benefit from incredible discounts and free gifts worth up to RM500!

    With the RHB 12-month Instalment Plan, purchase a vivo X90 Series and benefit from incredible discounts and free gifts worth up to RM500!

    When buying a vivo X90 Series from 12 April to 31 May 2023, Malaysians may take advantage of savings up to RM500 and free gifts thanks to a partnership between vivo Malaysia and RHB Bank.

    Customers who purchase a vivo X90 Series with the 12-month RHB payment plan are eligible for the discount and free gifts. The vivo X90 comes with discounts up to RM400 and a free TWS 2E for customers who choose the instalment plan, while the vivo X90 Pro offers discounts up to RM500 and a free wireless charger.

    Equipped with ZEISS 1-inch main camera sensor, the vivo X90 Series delivers powerful imaging capabilities that captures stunning photos and videos. It is also powered by a state-of-the-art dual flagship chip technology – Dimensity 9200 and vivo self-invented V2 chip, to ensure a smooth and durable performance all the time.

    Customers can purchase the vivo X90 Series at any vivo concept store. Only limited slots are available, so be sure to grab the opportunity now. For more information, stay tuned to vivo Malaysia’s official Facebook Page.

  • Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam lagu Hari Raya Terbaru Nyanyian P.Radhi

    Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam lagu Hari Raya Terbaru Nyanyian P.Radhi

    Penyanyi yang khabarnya suaranya senada dengan pemuzik hebat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau P.RADHI tampil dengan lagu percutian baharu yang diberi nama SALAM HARI RAYA selepas terkenal dengan lagu “cover” Tiara dan Suatu Masa

    Lagu ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini.

    P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas amat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ sahaja.

    Menurut P.RADHI, Alhamdulillah syukur, akhirnya release  lagu original pertama saya dari Luncai Emas, iaitu lagu raya bertajuk “Salam Hari Raya”

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih pada syarikat Luncai Emas kerana percaya pada saya membawa lagu tersebut dan juga terima kasih pada team yg menjayakan lagu raya ini. Tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menyokong saya dan juga sentiasa di belakang saya. Lagu ini untuk anda, Terima kasih, Alhamdulillah.” – P.RADHI

    Setiap orang pasti ada makna Aidilfitri tersendiri. bagi P.RADHI, “Kisah raya masing-masing sememangnya berbeza. Ada yang sudah kurang teruja dengan raya selepas terbiasa dengan kehidupan pandemik, ada yang mula menyedari nikmat pulang ke kampung halaman, ada juga yang sudah kehilangan saudara terdekat,termasuk saya sebelum ini. Bagi saya raya tak seindah dulu, sebab ibu bapa sudah tiada.” Ujar P.RADHI.

    “Tapi setelah menyanyikan lirik yang ditulis oleh abang Keon dan abang Wan tersebut, saya tersentap, kita perlu akur sebenarnya bahawa Aidilfitri ialah hari kemenangan dan hari kebesaran untuk umat Islam yang berjaya mengharungi dugaan Ramadan. Bagi saya aidilfitri juga dilihat sebagai cermin untuk kita menilai, ada kemajuankah dari segi kehidupan dan amalan sepanjang Ramadan. Jadi kita perlu meraikan aidilfitri dengan gembira. In shaa Allah”. – Tambah P.Radhi lagi.

    Sementara itu, komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut.

    Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Wallahuallam.

    Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esa dan kemenangan kita melawan nafsu diri.

    “Itu yang lebih saya tekankan terhadap makna hari raya ini”, ujar Keon yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu bercorak sebegini seperti Pertama Ramadhan Ini (Fotograf), Menyantun Kasih (Siti Nordiana) dan Kejoraku Bersatu (Search).

    Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di youtube Luncai Emas.

    Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat yang mengedarkan single raya ini ke pasaran digital berharap karya ini dapat didedikasikan kepada orang ramai bersempena sambutan hari raya yang bakal menjelang dan juga dapat menarik minat para media diluar sana.

    Sekian, Terima Kasih

    Luncai Emas Sdn Bhd

  • Jumlah pembaca al-Quran di Malaysia melonjak

    Jumlah pembaca al-Quran di Malaysia melonjak

    GOMBAK – Penganjuran World #QuranHour yang diasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berjaya membentuk masyarakat Islam di Malaysia yang membudayakan bacaan al-Quran.

    Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia dibuktikan apabila jumlah umat Islam yang membaca kitab suci itu meningkat dengan ketara.

    “Dulu kita anggap ramai dalam kalangan kita (umat Islam) yang tidak baca al-Quran, jadi sebab itulah kita wujudkan program atau lebih tepat lagi kempen ini.

    “Alhamdulillah, kita berjaya menarik minat sedikit demi sedikit untuk umat Islam membaca al-Quran kerana konsep tadabbur yang kita terapkan ini.

    “Saya kira orang baca al-Quran di Malaysia (sekarang ini) meningkat beratus peratus,” katanya ketika sidang akhbar sebaik selesai Program World #QuranHour 2023 yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Khamis.

    Hussamuddin yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan program tahunan itu.

    Hussamuddin ketika sidang akhbar sebaik selesai Program World #QuranHour 2023 yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada Khamis. - Foto MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

    Hussamuddin ketika sidang akhbar sebaik selesai Program World #QuranHour 2023 yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada Khamis. – Foto MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

    “Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah UIAM yang juga menjadi lokasi perdana pada tahun ini kerana memberikan kerjasama yang sangat baik.

    “Program tahun ini juga lebih bermakna dengan kehadiran tetamu diraja, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” katanya.

    Terdahulu, Tunku Azizah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023.

    Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada jam 11.45 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Insan yang dipilih sebagai surah pilihan untuk edisi kali ini.

    Ini merupakan kemunculan kedua Tunku Azizah yang pernah menghadiri program tersebut buat kali pertama di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah pada 26 April tahun lalu.

    World #QuranHour tahun ini mengangkat tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Penganjuran edisi kelapan tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan beberapa rakan sinergi media antaranya Sinar Harian, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani dan TV9.

    Program yang bermula sejak 2015 itu dilihat sebagai jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

    Sumber

  • Contohi generasi Al-Abrar – Sinar Harian

    Contohi generasi Al-Abrar – Sinar Harian

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca al-Quran pada Majlis World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis.

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca al-Quran pada Majlis World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis.

    GOMBAK – Karakter Al-Abrar yang ditekankan dalam surah Al-Insan perlu dibudayakan dalam kehidupan masyarakat bagi membentuk perilaku dan akhlak yang lebih baik.

    Pendakwah, Mohamad Zarifi Mohamad Daud berkata, pemilihan surah tersebut disifatkan bertepatan bagi mendidik orang ramai untuk membentuk keperibadian mulia.

    “Perkara ini amat penting untuk kita sebarkan kerana senario yang berlaku pada masa ini sekali gus memberi kebimbangan bahawa sifat kemanusiaan semakin terhakis dan hilang daripada jiwa insan.

    Baca berita penuh di Sinar Premium.

    Sumber

  • Misi Surah Al-Insan tingkat semangat berpasukan

    Misi Surah Al-Insan tingkat semangat berpasukan

    GEORGETOWN – [DIKEMAS KINI] Bacaan Surah Al-Insan bergema di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersempena Program World #QuranHour 2023 di sini pada Khamis.

    Program World #QuranHour 2023 dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.

    World #Quran Hour tahun 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

    Mohd Suhaily (tiga dari kiri) turut bersama pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca Surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

    Mohd Suhaily (tiga dari kiri) turut bersama pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca Surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

    Misi surah Al-Insan dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan al-Quran dalam kalangan umat Islam.

    Bacaan surah Al-Insan yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad I’zuddin Ahmad dan Ustaz Amir Anuar Mohamad dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhuan Standard (JIPS) IPK Pulau Pinang.

    Surah berkenaan dipilih bagi Program World #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran, meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang.

    Pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

    Pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

    Program ini diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama 62 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai pangkat rendah polis dan kakitangan awam PDRM Pulau Pinang.

    Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais.

    Sementara itu di ALOR SETAR, sambutan Program World #QuranHour di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) meriah dengan kehadiran 200 peserta.

    Pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah antara yang hadir memnyertai program World #QuranHourdi Auditorium PPAK, Alor Setar pada Khamis.

    Pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah antara yang hadir memnyertai program World #QuranHourdi Auditorium PPAK, Alor Setar pada Khamis.

    Pengarah PPAK, Shahizan Affandi Zakaria berkata, program terbabit turut diikuti secara langsung oleh sekolah-sekolah, jabatan dan universiti tempatan di Facebook PPAK memandangkan auditorium PPAK tidak mampu menampung jumlah peserta yang lebih ramai.

    “Bagaimanapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai program ilmu ini sama ada secara berdepan atau maya,” katanya ketika ditemui selepas program World #QuranHour di Auditorium PPAK di sini pada Khamis.

    Turut hadir pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Kedah, Persatuan Orang Pekak Negeri Kedah dan agensi kerajaan berdekatan PPAK.

    Sementara itu, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Marwazi Dziyauddin berkata, World #QuranHour tahun ini adalah berinteraksi dengan Surah Al-Insan iaitu menyasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud di bawah naungan al-Quran.

    “Ia bersesuaian dengan semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan dengan tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.

    Marwazi menambah, al-Quran perlu dibaca untuk mendalami isi dan pengajaran yang terkandung dalamnya.

    “Keberadaan dalam bulan Ramadan yang dikenali juga dengan bulan al-Quran mesti kita manfaatkan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran dan mengambil pengajaran yang sebanyak-banyaknya.

    “Jangan malu dan jangan takut membaca al-Quran walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak kerana meskipun masih bertatih ia lebih baik dari mereka yang meninggalkan terus al-Quran dengan alasan tidak mahir membaca,” katanya.

    Dalam pada itu, sambutan World #QuranHour di PERLIS tidak kurang meriahnya apabila dihadiri 150 orang peserta.

    Wakil Rumah Ngaji Kedah/ Perlis, Saloni Mustaffa berkata, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mualaf juga tidak ketinggalan menyertai program terbabit yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.

    Sumber