Roslan (dua dari kanan) bersama sebahagian murid SK Rahang yang terlibat dalam program World #QuranHour pada Khamis.
SEREMBAN – World #QuranHour boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai matlamat pembentukan karamah insaniah dalam kalangan pelajar.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata, al-Quran itu mampu membentuk adab dan akhlak seseorang pelajar.
“Sudah tentu program ini dapat membantu proses mendidik dan membentuk para pelajar. Sebab itulah sejak di prasekolah lagi anak-anak didekatkan dengan ilmu al-Quran.
“Tapi yang pentingnya kita mahu mereka menjadikan membaca al-Quran itu budaya dalam kehidupan yang bukan sekadar dibaca tetapi juga difahami ayat-ayatnya menerusi tadabbur,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program World #QuranHour di Sekolah Kebangsaan Rahang di sini pada Khamis.
Seramai 380 murid Tahun 3 hingga 6 terlibat dalam program World #QuranHour di SK Rahang pada Khamis.
Roslan berkata, World#QuranHour perlu disokong oleh semua pihak dan diperluaskan.
Ujarnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sentiasa menyokong apa saja bentuk program yang dapat membentuk sahsiah dan akhlak pelajar.
Sementara itu, katanya, seramai 187,000 pelajar di 333 buah sekolah di Negeri Sembilan terlibat dalam program berkenaan.
Program World #QuranHour 22 Ramadan 1444H/ 13 April 2023 di Lokasi Perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada Khamis. – FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH, gambar kecil: Marhaini
GOMBAK – World #QuranHour edisi kelapan yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada Khamis berjaya mencapai hampir 1.2 bilion tanda pagar (hashtag).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, meskipun tidak mencapai sasaran awal iaitu 1.6 bilion, namun pihaknya tetap berpus hati dengan pencapaian pada tahun ini.
Jelasnya, paling membanggakan jumlah lokasi di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara ini adalah sebanyak 5,480.
Selain itu katanya, sebanyak 25 negara lain turut mengambil bahagian pada tahun ini antaranya Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Amerika Syarikat.
“Alhamdulillah, kita lihat negeri-negeri juga semakin banyak menyertai program ini dan inilah sebenarnya yang kita harapkan.
“Kita mahu kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini menjadi budaya dalam kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia,” katanya ketika sidang akhbar selepas selesai Program World #QuranHour 2023 yang berlangsung di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Marhaini berkata, selepas tiga tahun menyepi susulan pandemik Covid-19, acara penuh bermanfaat ini kembali ke UIAM yang mana sekali lagi dipilih sebagai lokasi perdana untuk World #QuranHour.
World #QuranHour tahun ini mengangkat tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); UIAM; Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM); Wardah dan beberapa pihak lain lagi.
Antara rakan sinergi media yang bergabung bagi menjayakan program ini adalah Sinar Harian, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Oasis, Astro Awani, RTM, Utusan TV dan lain-lain.
Sebahagian peserta termasuk pelajar sekolah yang menjayakan program itu.
MELAKA – Penganjuran program World #QuranHour di negeri ini memberi peluang kepada warga Melaka bersatu mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran serta menyemarakkan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi.
Ketua Seksyen Dakwah dan Tarbiah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Murad Ahmat berkata, tanpa mengira latar belakang dianggarkan seramai 2,000 berkumpul di ruang solat Masjid Al-Azim di sini pada Khamis bagi menjayakan program itu termasuk pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.
Murad
Menurutnya, program bertemakan ‘memanusiakan ummah’ dengan mengangkat Surah Al-Insan melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.
“Ini salah satu usaha kita membudayakan bacaan al-Quran dan melalui sesi tadabbur surah itu kita berharap dapat melahirkan manusia yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan diri.
“Alhamdulillah setiap kali penganjurannya, kita mendapat sambutan positif pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang sentiasa memberikan galakan,” katanya kepada pemberita selepas program World #QuranHour di Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Toh Puan Asmah Ab Rahman dan Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.
Toh Puan Asmah (lima dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan khatam al-Quran sempena World #QuranHour di Masjid Al-Azim Bukit Palah pada Khamis.
Sementara itu, Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Nur Atikah Amir berkata, program dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dijayakan bersama pelbagai pihak termasuk JAIM, pihak masjid dan penduduk setempat.
“Selain lokasi utama ini, sepuluh Rumah Ngaji di lokasi masing-masing negeri ini turut melakukan program yang sama secara serentak.
“Dengan bertemakan itu kita berusaha untuk merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.
SEREMBAN – Rumah Ngaji Negeri Sembilan berharap kerajaan negeri dapat menjadikan Program World #QuranHour sebagai agenda tahunan dan dimasukkan dalam takwim.
Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, beliau yakin dengan pendekatan itu, program #QuranHour dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan menyeluruh.
“Ia berikutan masyarakat kini sudah mula berinteraksi dengan kitab suci itu menerusi kaedah baca, faham dan amal.
“Apabila ia menjadi agenda kerajaan negeri maka tidak mustahil usaha untuk membudayakan al-Quran akan semakin mengukuh sekali gus menambah penghayatan, pemahaman kepada al-Quran dan sunnah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas selesai Program World #QuranHour yang berlangsung di Pusat Islam Sheikh Haji Ahmad Said, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban yang menjadi lokasi utama penganjurannya di Negeri Sembilan.
Hadir sama, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Amran Awaludin.
Sebanyak 1,000 lokasi yang menjayakan program itu dengan penglibatan kira-kira 500 penyertaan di lokasi utama.
Dalam pada itu, Gharizah turut berharap penganjuran World #QuranHour dapat memberikan inspirasi kepada ummah untuk menyerlahkan karakter Muslim berlandaskan al-Quran sekali gus memperkasakan misi #MengQurankanBangsaMengIkhlaskanUmmah.
Sementara itu, Amran berkata, pihaknya menyokong usaha itu untuk mendidik masyarakat tentang penghayatan Quran ini.
“Saya rasa ini pun sudah saban tahun diadakan, cuma perlu mendapatkan penglibatan secara menyeluruh daripada semua agensi termasuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) contohnya, sebab ia ada rangkaian yang lebih meluas.
“Kita harap dengan adanya pengisian seperti ini, konsep tadabbur itu menceritakan tentang penghayatan dalam Surah Al- Insan tersebut dapat memotivasikanlah peserta untuk beramal apa juga permasalahan dalam kehidupan mereka rujuklah dalam al-Quran,” katanya.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Zulhilmi Mohd Yunus berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha dalam menyemarakan lagi budaya membaca al-Quran melalui Program #QuranHour.
“Penganjuran program ini mendapat kerjasama yang sangat baik terutamanya Unit Hal Ehwal Islam bersama-sama Pentadbiran Kampus, UiTM Kampus Seremban bahkan turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Wanita UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
“Ia untuk kita memastikan al- Quran ini menjadi kerangka pemikiran dan tingkah laku umat Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini,” katanya.
Zamri menghuraikan pengertian surah al Insan pada sesi tadabbur sempena World #QuranHour dijayakan Pejabat Mufti Perak. – Foto Korporat SUK Perak
IPOH – Penjawat awam yang berpangkat tinggi tidak perlu sombong dengan kedudukan yang dimiliki, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Berkongsi nilai Surah Al-Insan sempena program World #QuranHour di sini, beliau berkata, kuasa dan kedudukan itu hanyalah pinjaman di dunia semata-mata bagi menguji tahap keimanan seseorang mukmin terhadap ALLAH.
“Pada hakikatnya manusia tidak memiliki apa-apa di muka bumi.
“Anda sebagai berpangkat tinggi dan saya berpangkat rendah, hanya ujian sahaja.
“Jadi bagaimana kita menghadapi ujian itulah yang akan meletakkan kita dalam syurga nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Program World #QuranHour yang masuk tahun ketiga dijayakan Pejabat Mufti Perak itu disertai lebih 300 pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Agensi Agama Islam Negeri.
Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nor Sham Rahman.
Pengertian dalam surah al Insan ayat 1 hingga 31 yang dipilih pada tahun ini boleh dijadikan inspirasi paling besar bagi semua penjawat awam.
Zamri berkata, pengertian dalam Surah Al-Insan ayat 1 hingga 31 yang dipilih pada tahun ini boleh dijadikan inspirasi paling besar bagi semua penjawat awam.
Katanya, surah itu juga relevan dalam keadaan sifat kemanusiaan seperti kasih sayang dan amanah dalam pekerjaan semakin kering dan kontang.
“Dari ayat pertama lagi, sekiranya penjawat awam itu berpangkat tinggi, jangan sombong. Kalau kita berpangkat biasa, kita boleh menyaingi pangkat tinggi dengan meletakkan kedudukan kita di akhirat,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, penganjuran tahun ini lebih bermakna kerana dapat bekerjasama dengan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Kita akan teruskan pada tahun-tahun akan datang dalam skala lebih besar kerana hasrat kita untuk membudayakan mengaji dan mengkaji ayat-ayat al-Quran di semua peringkat masyarakat negeri ini,” katanya.
The announcement of Malaysian badminton player Pearly Tan as VitaHealth’s first brand ambassador in 76 years was made by YBhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, Secretary-General of the Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (MECD). The well-known athlete will represent VitaHealth, a prominent health supplement company, in an effort to motivate and encourage people to pursue their dreams and lead happy, healthy lives.
An Australian-owned brand, listed on the Australian Securities Exchange, VitaHealth is committed to helping people achieve optimal physical and mental wellness through its premium-quality health supplements. Being a veteran leader in the respective industry, VitaHealth caters to a worldwide demand for supplements through its diverse range of products. Moving into the second quarter of 2023, VitaHealth is in full gear to raise awareness of the importance of proper nutrition in enhancing both physical and mental health, as well as improving overall well-being and quality of life.
Born and raised in Kedah, the 23-year-old rising star is part of the Women’s Doubles Badminton Team, currently ranked 8th in the world. Keen on inspiring individuals to lead healthier lifestyles and helping them achieve their full potential toward a better quality of life, VitaHealth has chosen Pearly Tan to front its core objective of making a positive impact on society. Being an inspiration to many, Pearly will serve as an ideal role model to spearhead the subject matter and educate people on the importance of obtaining the right supplements for a more fulfilling life.
Speaking at the press conference, YBhg. Dato’ Sri Suriani said, “There are many avenues and opportunities for growth – regardless of the industry, just as Pearly Tan has demonstrated. As a national athlete, Pearly serves as an exemplary role model, inspiring younger generations to push their limits, overcome challenges, and relentlessly pursue their goals with an unbreakable spirit.”
“As such, I would like to encourage Malaysia – especially the younger generation, to be daring enough to step out of their comfort zone to nurture their skills and aim for the stars, just as Pearly Tan did through her professional badminton career. I look forward to this collaboration between VitaHealth and Pearly Tan, which I believe will inspire Malaysians to embrace a healthier lifestyle and lead more fulfilling lives.”
Ms. KS Beh, Country Head of Vita Life Sciences (Malaysia & Singapore) said, “As a national badminton player, Pearly embodies the passion, strength, and vibrant energy that our brand strives for. Her relentless determination, unwavering commitment to excellence, and megawatt smile make her an inspiration, both on and off the court. Pearly is an ideal representative of our brand’s core values of innovation, excellence, and positivity.”
Today also marks the official launch of VLife, a new wellness series designed to cater to the health and wellness needs of busy, on-the-go consumers. This exclusive series is now available at all Big Pharmacy outlets nationwide.
To celebrate the momentous milestone, VitaHealth invited members of the media to commemorate the month of Ramadan by hosting a “Buka Puasa” buffet to usher in the spirit of sharing during the holy month. VitaHealth also shared its plans to organize more events in the near future to launch its upcoming products and promotional campaigns to its valued customers.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.
GOMBAK – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.
Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada jam 11.45 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan surah Al-Insan yang dipilih sebagai surah pilihan untuk edisi kali ini.
World #QuranHour tahun ini mengangkat tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ini merupakan kemunculan kedua Tunku Azizah yang pernah menghadiri program tersebut buat kali pertama di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah pada 26 April tahun lalu.
Program yang bermula sejak 2015 itu dilihat sebagai jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.
Negeri Melaka telah menyertai Kempen MYSaveFood untuk Mengurangkan Pembaziran Makanan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, melawat tapak untuk melihat secara langsung operasi di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Bandar Baru Merlimau yang dikendalikan sepenuhnya oleh GEMA Malaysia Pertubuhan Belia (GEMA).
Inisiatif mengelakkan pembaziran makanan di Bazar Ramadan sepanjang Bulan Ramadan turut mendapat dokongan dan kerjasama dari MARDI untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia. Seawal jam 4.00 petang, sukarelawan GEMA memberikan advokasi kepada peniagapeniaga bazar berkenaan dengan pengumpulan lebihan juadah yang tidak terjual dan makanan ini dikumpulkan selepas waktu berbuka puasa. Makanan tersebut seterusnya diasing dan ditimbang bagi tujuan rekod sebelum diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan termasuk 100 orang pelajar di Politeknik Merlimau (PMM) yang turut menjadi penerima pada hari ini.
Pada masa yang sama, sebanyak 300 pek makanan retort hasil sumbangan KPDN dan Hotel Le Meridean Putrajaya turut diberikan kepada pelajar-pelajar terlibat termasuk makanan kering dan air mineral melalui Foodbank Gerakan Pengguna Siswa. Untuk rekod, KPDN telah bekerjasama dengan pihak hotel terpilih seluruh Malaysia untuk menyelamatkan makanan yang tidak disentuh dengan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut melalui proses retort. Sejumlah 792 pek makanan bersamaan 62kg telah melalui proses retort diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
Untuk makluman, kutipan setakat 12 April 2023, sejumlah 19.84 tan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran melalui keterlibatan 1,227 orang sukarelawan dalam menjayakan program MySaveFood di 43 lokasi Bazar Ramadan terpilih seluruh negara.
Bagi memberi ilmu kepenggunaan dan menambah kesedaran kepada masyarakat untuk mengelakkan pembaziran dan memelihara alam sekitar, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka (SWCorp) turut mengadakan taklimat berkaitan pengguna dan Alam Sekitar. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran bagi mengelakkan pembaziran makanan dan menambah ilmu kepenggunaan daripada pihak SWCorp bagi menjana kreativiti serta inovasi dalam menggunakan peluang yang ada untuk memelihara alam sekitar. Seramai 117 peserta taklimat terdiri daripada Gerakan Pengguna Daerah Jasin, Gerakan Pengguna Siswa dan Pelajar daripada Politeknik Merlimau terlibat dalam program ini.
KPDN juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) dengan pemberian insentif e-tunai kepada pengguna/ peniaga dalam bentuk e-wallet dengan kerjasama rakan strategik tertakluk kepada 1,000 pengguna terawal di semua lokasi BRR di negeri Melaka. Di BRR Bandar Baru Merlimau, sejumlah 16 peniaga daripada jumlah keseluruhan 47 peniaga secara sukarela menawarkan Menu RAHMAH.
KPDN Negeri Melaka merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang mampan sepanjang menjayakan Inisiatif MySaveFood, BRR dan ReDI ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Negeri Melaka di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini.
Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2023 akan dilaksanakan mulai 15 April hingga 30 April 2023, dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tempoh pelaksanaan adalah selama 16 hari iaitu termasuk 2 hari semasa perayaan. Kementerian telah mengenal pasti sebanyak 30 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Ini adalah termasuk 6 jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.
Tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama. Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor cuaca, ekonomi global, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan permintaan serta penawaran.
SHMMP Hari Raya Puasa 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat. Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 2 dan Kos Sara Hidup di https://www.kpdn.gov.my.
Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasilokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
Kementerian sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan barangan yang dikawal adalah mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan Skim.
Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:
(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;
(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan (b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM 10,000.00
Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian melalui:
Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my
Pusat Panggilan 1800 886 800
E-mel e-aduan@kpdn.gov.my
Aplikasi telefon pintar Ez ADU
Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) 03-8882 6245 / 6088
Sebahagian peserta World #QuranHour terdiri daripada ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dan anggota TLDM yang diadakan di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di sini.
LUMUT – Program World #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh tampil dengan kelainan tersendiri apabila mendapat kerjasama daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, pada asalnya program World #QuranHour tahun ini hanya melibatkan seramai 50 orang peserta namun ia bertambah kepada 150 orang termasuk anggota TLDM dari KD Sultan Idris Shah I.
Menurutnya, program diserikan dengan sumbangan kepada 50 orang terdiri daripada asnaf dan ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh hasil pemberian pihak TLDM, Ahli Majlis Perbandaran Manjung dan Pernama.
“Pada tahun ini saya sangat berbesar hati dan gembira apabila TLDM sudi bersama-sama kita menjayakan program. Lebih menarik lagi mereka turut bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.
“Apa yang saya dapat belajar daripada program ini, apabila kita dekati al-Quran, ALLAH hantarkan kita macam-macam bantuan. Jadi peganglah al-Quran, dekati al-Quran, baca, faham dan amal isi kandungan al-Quran itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebahagian peserta World #QuranHour terdiri daripada ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dan anggota TLDM yang diadakan di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di sini.
Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Sultan Idris I, Kepten Mohd Amin Mat Tahir dalam ucapannya menghargai kerjasama daripada Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh itu.
Jelasnya, program Infaq Ramadan yang dilaksanakan pihak TLDM itu merupakan salah satu cara anggota dan pegawai mereka berinteraksi dengan masyarakat.
“Ini merupakan satu penghormatan buat kami. Ketika waktu aman ini tugas kami menyantuni masyarakat dan kita nak sentiasa berinteraksi dengan masyarakat.
“Mengambil semangat bulan Ramadan ini, kita harap persahabatan dengan masyarakat ini berterusan dan terima kasih kerana memberi semangat kepada anggota yang menjaga perairan negara ini,” katanya.