Category: ATTRACTION

  • GENTING STRAWBERY LEISURE FARMS

    GENTING STRAWBERY LEISURE FARMS

    GENTING STRAWBERY LEISURE FARMS 

    MEMETIK STRAWBERRY SENDIRI & MEMBELI STRAWBERI YANG SEGAR DENGAN DISKAUN 10%

     

     

    • MASUK PERCUMA

     

    • Tempat Yang Menarik Boleh Dikunjungi
    • Ladang Strawberry
    • Jalan Cameron
    • Ladang Bunga
    • Ladang Cendawan
    • Tempat Taugeh Organik
    • Kedai

     

     

     

    • Hubungi Kami
    • Genting Strawberry Leisure Farms

              No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.                 Malaysia

    • Servis Line Telefon       :   +603-6100 1152
    • Telefon                        :   +603-6100 1121
    • Fax                             :   +603-6100 1135
    • E-mail                         :   enquiry@gentingstrawberry.com
    • Web                            :   gentingstrawberry.com

     

  • TOURISM SELANGOR PERSIARAN 1 HARI PENGEMBARAAN ALAM

    TOURISM SELANGOR PERSIARAN 1 HARI PENGEMBARAAN ALAM

     

    TOURISM SELANGOR PERSIARAN 1 HARI PENGEMBARAAN ALAM

    • Pengenalan
    • Kini, pelancongan berkembang pesat seiring dengan pembangunan ekonomi negara. Pelancongan juga merupakan jambatan untuk membawa kepelbagaian budaya,agama dari seluruh negara dengan lebih dekat. Sempena tahun Malaysia 2015 yang bertemakan “Endless Celebration”, Selangor tidak terkecuali dilihat sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
    • Harga Tiket
    • USD 43.00 per pax – minimum 4 orang
    • USD 55.00 per pax – minimum 2 orang
    • Pakej inklusif :
    • Setengah hari di taman Skytrex memberikan keriangan dan keseronokkan dari kesibukkan  kota dengan menghabiskan masa menikmati alam semula jadi dan air terjun di Hutan Lipur Kanching.
    • Pengangkutan disediakan
    • Makan tengah hari di restoran tempatan
    • Disediakan Insurans perjalanan
    • Tempoh sah sehingga 31 Mac 2014
    • Terma dan syarat
    • Tertakluk kepada kadar pertukaran mata wang semasa
    • Hubungi Kami
    • Alamat         : Tourism Selangor Sdn.Bhd (Travel & Tours) (Company No.290472-W) F-4-G & F-6-G, Jalan    Multimedia 7/AG, City Park, i-city 40000 Shah Alam, Selangor.
    • Telefon             :03-5521 8640
    • Fax                     :03-5521 8644
    • E-mail               :
    • reservation@tourismselangor.com
    • tourismselangor.m
  • Hotel De Art

    Hotel De Art

    Hotel De Art

    Hotel De Art merupakan hotel yang divariasi karya seni kerana setiap bilik direka dan dihiasi dengan corak berlainan. Pengunjung pasti teruja bila jejak kaki di Hotel De Art kerana variasi warna dan lukisan memberikan suasana seolah-olah berada di alam fantasi.  Terletak berdekatan dengan UiTM Shah Alam, tasik Seksyen 7 dan I-City menjadikan ia hotel pilihan pengunjung. Antara fasiliti yang disediakan ialah kupon makanan, Astro, WiFi, seterika .Pakej serendah dan bermula RM88 sahaja untuk standard room. Oleh itu jangan lepaskan peluang anda menginap di Hotel De Art.

    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi di talian:

    Alamat     : 3, Jalan Kristal As7/As, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
    Nombor   :03-5518 0975

  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

    SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

    SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

     

    SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

    Genting Strawberry Leisure Farm

    Genting Strawberry Leisure Farm terletak berdekatan Awana. Disini kita boleh membeli Strawberi segar yang telah dipek, memetik Strawberi segar, Strawberi coklat, Strawberi fresh juice dan macam-macam lagi. Kepada anda yang berkunjung kesini, jangan lepaskan peluang untuk memetik Strawberi segar kerana Strawberi yang baru dipetik sudah tentu rasa lebih manis dan kurang rasa masam. Disini juga, terdapat Lavendar Farm yang ditanam secara komersial untuk dijual kepada pengunjung. Sebelum pulang, pengunjung boleh singgah dideretan gerai disini untuk beli dan dijadikan kenang-kenangan.

    Genting Happy Bee Farm

    Madu lebah Genting di Happy Bee Farm terletak berdekatan Genting View Resort. Lokasi Happy Bee Farm yang strategik dan berdekatan dengan resort ini menjadikan ia lokasi wajib dikunjungi. Disini pengunjung boleh mengenal pelbagai spesies lebah yang menghasilkan madu dan antaranya terdapat Lebah Kelulut, Lebah Kerdil, Lebah Pembunuh. Terdapat juga serangga lain seperti rama-rama, kumbang, ulat gonggok dan lipan. Pohon-pohon hijau yang ditanam disekeliling taman lebah ini mengalakkan lagi proses pendebungaan dan pemprosesan madu dilakukan. Untuk pengetahuan anda,  pendebungaan sangat penting kepada sektor pertanian dan perladangan.

     Wings Of Kkb 2014: Selangor Bird Race Kuala Kubu Bharu
    Wings Of KKB - Long House
    Rumah panjang Awana Genting

    Dimulakan dengan sesi penerangan dan mengambil buku log. Kemudian dibahagikan pelajar kepada beberapa kategori/kumpulan untuk pergi ke “Checkpoint” yang telah ditetapkan bagi mencatat jenis dan nama burung yang dilihat. Ia bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan kerjasama.

    Wings Of KKB (3) Wings Of KKB (2)

    Genting group merupakan penaja utama bagi kejohanan Selangor Bird Race yang telah diadakan beberapa kali di Kuala Kubu Bharu. Tambahan pula, majlis penyampaian hadiah telah diadakan di majlis makan malam di Awana Resort World Genting Highlands.

  • Fun trip ke Perak

    Fun trip ke Perak

    Fun trip ke Perak

    Fun trip ke Perak

    Hotel Casuarina di Meru, Ipoh, Perak

    Fam Trip ke Perak (13)

    Hotel Casuarina terletak di tepi highway Bandar Meru Raya Ipoh Perak.

    Hotel ini dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak melalui Perak Corporation Berhad. Terdapat lima jenis bilik iaitu Premier Suite, Superior, Deluxe, Studio Suite dan Family Suite. Bagi yang ingin berehat sebentar bolehlah mengambil pakej “Pit Stop” yang dikira caj mengikut jam.  Lokasi Casuarina Hotel ini strategik kerana  terletak bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin.

    Fam Trip ke Perak (16) Fam Trip ke Perak (15)

    Hotel Casuarina mempunyai beberapa unit dewan yang sesuai untuk dijadikan tempat pameran (MICE), dewan mesyuarat, konvensyen, insentif, majlis makan malam dan majlis perkahwinan.

    Fam Trip ke Perak menu hotel casuarina
    menu hotel casuarina

    Fam Trip ke Perak (1)

    Kelak akan dibina taman tema animasi yang terletak berdekatan dengan Hotel Casuarina. Dibangunkan oleh “Sanderson Group”, taman tema ini mempunyai pelbagai zon animasi yang merangkumi Live Action, Animation Square, Lakeside Zone, Fantasy Forest, Blast Off dan DreamWorks.  Pelbagai karakter kartun akan dipamerkan di taman tema ini iaitu The Croods, Mr Peabody and Sherman, MegaMind, dan juga Casper the Friendly Ghost.

    p/s: Sesiapa yang ingin melabur dalam hartanah di Meru Raya, waktu sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk membeli hartanah yang boleh dijadikan homestay mahupun guesthouse.

    Port Ipoh (People of Remarkable Talent)

    Fam Trip ke Perak (7) Fam Trip ke Perak (9)

    Port Ipoh merupakan tempat persinggahan bagi pengiat dan pencinta seni terutama di Ipoh dan juga  tempat lain.  Fokus utama disini adalah seni muzik, seni lukisan, seni grafik, seni tarian, seni suara, pementasan dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang ingin menyewa galeri di Port Ipoh  atau mahu menganjurkan festival, latihan seni boleh terus hubungi pihak pengurusan.

    Nombor : 05-241 2287 (Port Ipoh)

    Fam Trip ke Perak (8) Fam Trip ke Perak (9) Fam Trip ke Perak (10) Fam Trip ke Perak (11)

    Kellie’s Castle

    Kunjungan Kellie’s Castle di Batu Gajah terkenal dengan aktiviti paranormal. Diasaskan oleh William Kellie Smith, pembinaan Kellie Castle telah terbengkalai kerana pengasasnya sakit dan mati. Sesetengah pengunjung yang singgah disini telah terjumpa ‘sesuatu’ atau penampakan di bilik linen tempat menyimpan pakaian, bilik Helen, bilik simpanan arak dan laluan jendela/serambi.  Inginkan khidmat jurupandu? Encik Zam boleh menerangkan kepada pengunjung memgenai sejarah dan latar belakang Kellie Castle.

    Badang Malaysia

    Pertembungan jaguh-jaguh berentap bagi merebut gelaran juara di Kg. Labu Kubong Padang Rengas.

    Fam Trip ke Perak (4) Fam Trip ke Perak (3) Fam Trip ke Perak (2)

    Tugas yang diberikan cukup menguji kesabaran dan kekuatan abang-abang sado dan ada juga yang tak dapat menyelesaikan misi yang diberikan . Antara tugas yang diberikan seperti menarik kayu, mengangkat buah kelapa sawit.

    (p/s: Hargailah pengorbanan ayah yang bekerja kebun berusaha gigih walaupun tiada otot yang sasa mampu membesarkan anda semua. Sob)

    Pada majlis makan malam itu, ADUN Lubuk Merbau – YB Datuk Siti Salmah Jusak (Pengerusi Badang Malaysia 2014) telah menyampaikan Anugerah Istimewa Badang Malaysia dan kepada semua peserta Badang Malaysia yang terlibat. Persembahan D’Baru Bara dan Mus May telah menutup tirai majlis.

  • Perak Media Trip

    Perak Media Trip

    Perak Media Trip Homestay Maju Manik

    Perak Media Trip Homestay Maju Manik

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Ketika di Homestay Maju Manik, kami dihidangkan labu rebus, pecal dan ubi ketuk (ubi getuk). Kami juga menikmati minuman kopi ‘Rindu’ pastinya membuatkan kita  rindu untuk datang kembali ke Homestay Maju Manik. Pukulan rebana Perak megakhiri kunjungan kami di Maju Manik. Antara aktiviti koperasi Maju Manik seperti perusahaan kuih bahulu        ( bahulu cermai, bahulu pecah lapan dan bingka), penternakan burung puyuh dan bersawah padi.  Jika kita menginap di homestay tersebut, kita boleh melihat persembahan kesenian ‘pukung’. Apa itu pukung? Nantikan artikel seterusnya…..

    Perak Media Trip Menara Condong Teluk Intan

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Menara Condong Teluk Intan merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di Teluk Intan yang masih bertahan hingga kini. Terdapat pasar malam berkonsepkan uptown berdekatan Menara Condong yang boleh pelawat kunjungi. Manakala Pasar ‘Gerbang malam’ dibuka hingga jam 2 pagi.

    Batu Tenggek (Sitting Boulder)

    Batu Tenggek terletak di persimpangan lampu isyarat dan berhadapan bangunan SKOMK. Batu Tenggek ini diletak sebagai Tugu Peringatan askar perajurit yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Cuba lihat kedudukan batu ini yang kelihatan seperti bertenggek. Menarik bukan.

    Pasir Salak Resort

    SAMSUNG CAMERA PICTURESSAMSUNG CAMERA PICTURES

    Terletak berhampiran sungai Pasir Salak dan tempat-tempat menarik sekitarnya menjadikan Pasir Salak Resort tempat kunjungan pengunjung. Bagi penggemar yang ingin melihat matahari terbenam, anda boleh berkunjung kesini. Antara tempat menarik di Pasir Salak adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak, makam hero sejarah Pasir Salak iaitu Sipuntum, Muzium Pasir Salak, Kubur James W.W. Birch, Monumen Rela Rentaka, masjid Pasir Salak, dan Dato ‘Maharaja Lela Fortress.

    Perak Media Trip Lost World of Tambun theme park

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Taman Tema Lost World Of Tambun terletak di Persiaran Sunway ini dibuka dari pagi hingga malam. Jika anda terlalu sibuk pada waktu siang, kunjungan pada waktu malam sangatlah berbaloi kerana air hangat di Lost World Hot Springs & Spa mampu melegakan keletihan dan tekanan anda.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Gerai makanan seperti kacang kuda, yong tau fu,  Ipoh White Coffee, bahulu dan buah potong berkonsepkan gerai Ipoh Street dibuka dari siang hingga malam.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Sarapan pagi di Lost World of Tambun Garden Terrace menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng, Pasta Goreng, Roti bakar dan lain-lain.

    Sesi pertunjukkan memberi makanan kepada harimau sekali dalam sehari di Lost World of Tambun Petting Zoo dinanti-nantikan oleh pengunjung yang hadir. Pelbagai jenis burung, rakun, arnab, kura-kura, kambing, rusa, burung kakak tua, tikus belanda dan landak turut terdapat di zoo.

    Taman Tema Lost World Of Tambun mempunyai banyak daya tarikan dan permainan antaranya  gelongsor air Cliff Racer, Kid’s Exploratory, Adventure River, Tube Raiders, meriam air, air pancut, baldi air gergasi, Dragon Flights, kuda pusing Perak Parade, Giddy Galleon, kereta api merah lokomotif antik Advanture Express, tin Valley, Team Building Park dan Adventure Roller Coaster .

    Kafe Kepura merupakan Gua Batu Kapur yang dijadikan tempat beristirehat oleh pengunjung yang hadir.

    Perak Media Trip The Banjaran Hot Springs Retreat

    SAMSUNG CAMERA PICTURESSAMSUNG CAMERA PICTURES

    Banjaran Hot Spring hanya 7 minit perjalanan dengan menaiki kereta dari Lost World of Tambun. Ketibaan kami disambut mesra oleh Ms. Adelene dan Dr. Kumar.

    Amazing, marvelous, calming and very relaxing! That’s my feeling the moment I arrived there. Staf  very polite and will greet and smile when u meet them. – Respons from jounalist

    Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan tentang konsep spa, kolam air panas, fish spa, urutan aromaterapi, gua meditasi, gua wap termal, laluan reflexology, mandian ais, terapi antioksidan, kolam air panas geotemal dan pelbagai lagi.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    The Banjaran Hot Springs Retreat ini terdapat dua jenis villa iaitu Water villa dan Garden Villa. Setiap villa dilengkapi swimming pool dan jakuzi. Disamping itu, tempat ini sangat sesuai bagi pasangan berkahwin untuk berbulan madu dan untuk rawatan holistik. Harga yang sangat berpatutan, servis tiptop dengan pengalaman yang menyeronokkan menjadikan percutian anda sangat indah.

    p/s:  Kebanyakan makanan di Pomelo’s Spa Cuisine menggunakan konsep masakan  organik, eco-friendly dan konsep sihat.

    Gaharu Tea Valley Gopeng

    Pokok Gaharu dikenali sebagai Pokok Karas. Harga Kayu Gaharu ini sangat mahal dari emas dan dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan, namun risiko perniagaan dan cara penanaman pokok gaharu yang betul perlu dipelajari. Kayu Gaharu digunakan untuk membuat minyak wangi, kosmetik (gred A) dan colok (gred rendah).

    Untuk pengetahuan anda, Pokok Gaharu akan disuntik untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Oleh itu, Pokok Gaharu yang sihat akan menghasilkan lebih bermutu bahan wangian dan kosmetik.

    Mari berpantun,

    ‘Sudah gaharu, cendana pula

    Sudah tahu, bertanya pula’.

    Jejak warisan Pekan Ipoh

    SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Jejak warisan Pekan Ipoh

    Bangunan lama ini telah mengalami proses pemuliharaan. Usaha dari pihak Majlis PBT bersama NGO bagi membaik pulih serta mengekal bangunan warisan dengan mengecat dinding dan membaiki lantai.

    Bangunan yang dimaksudkan seperti :-

    • Railway Station
    • Majestic Hotel
    • Ipoh Tree
    • Town Hall and Old Post Office
    • Birch Memorial Tower
    • Mikasa Photo Studio
    • Chartered Bank
    • Straits Trading Company
    • Mercantile Bank

    Kawasan sini sangat sesuai untuk dijadikan “shoot pre wedding” dan ‘post wedding outdoor” bagi bakal pengantin.

  • Negeri Sembilan Media Trip

    Negeri Sembilan Media Trip

    Negeri Sembilan Media Trip

    Negeri Sembilan Media Trip

    Klana Resort, Seremban

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Klana Resort terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Aktiviti Team Building yang dikendalikan oleh Klana Resort adalah seperti Flying Fox, Commando Crawl, High Ropes dan Rapelling. Klana Resort adalah pilihan sektor kerajaan dan juga korporat dalam melakukan aktiviti seperti team building dan workshop.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Dinner buffet kami bertemakan “Citarasa Suasana Kampung” dengan pelbagai jenis masakan kampong tradisi negeri Sembilan.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat  : Lot 4506, Batu 8, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

    Tel           : 6(06) 6487999
    Email     : reservations@klanaresortpd.com.my
    Website: www.klanabeachresortpd.com.my

    Negeri Sembilan Media Trip Seri Menanti Resort, Muzium Istana Sri Menanti dan Seri Menanti Golf Resort

     SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan berdekatan dengan Istana Lama Seri Menanti.

    Kedatangan kami disini dijamu dengan “Air Jando Pulang”.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Suasana Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan ini sangat mendamaikan kerana dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau.

    Para media berpeluang untuk bermain konda-kondi, tarik upih dan permainan tradisional yang lain di Padang Istana Seri Menanti.

    Kami dijamu dengan lauk tradisi seperti daun puding masak lemak, sayur nangka masak lemak, sambal pedas udang, daging rendang dan tempoyak durian semasa makan bersilo.

    Bacaan berzanji dan marhaban  didendangkan ketika Adat Berendoi untuk bayi turut diadakan. Adat potong jambul ini masih dilakukan oleh bangsa Melayu disesetengah kawasan sahaja.

    Istana lama Seri Menanti dijadikan muzium dan dibuka kepada orang ramai untuk melawat. Pelbagai alat kebesaran diraja, pakaian diraja, organisasi keluarga turut dipamerkan di muzium istana.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Seri Menanti Golf Resort juga merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi pencinta Golf yang sukakan cabaran dan ketenangan kerana terdapat padang golf yang berbukit dan menepati  juga citarasa pencinta Golf.

    Sate tulang Jelebu

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Restoran Bundo Kanduang ini ada menjual pelbagai Satay tapi paling istimewa disini adalah Satay tulang Jelebu. Diperbuat dari tulang yang dihancurkan dan diperap dengan sos rahsia memberikan rasa rangup, sedap tapi lembut. Turut juga dijual satay perisa ayam, daging dan lain-lain. Kepada pencinta satay, jangan lepaskan peluang untuk mencuba satay ini kerana ia menjanjikan kelainan kepada pencinta satay.

    Harga:

    Satay tulang: RM 1.10

    Satay ayam  : RM 0.70

    Satay daging: RM 0.70

    Alamat: Restoran Bundo Kanduang, 123G Jalan Komersil 5, Dataran Senawang, Seremban.

    Negeri Sembilan Media Trip Starfresh Agro Park

    Starfresh Agro Park merupakan tempat Agro pelancongan bagi penduduk tempatan terutamanya. Pelbagai tumbuhan boleh diperolehi disini termasuklah pokok herba, pokok mempelam harum manis, pokok mata kucing, pokok rambutan dan lain -lain. Selain itu, tempat penginapan dan spa juga disediakan bagi pengunjung yang ingin menginap disitu.

    Untuk maklumat lanjut :

    Alamat :Starfresh Agro Park terletak di Lot 2599, 12KM Jalan Seremban,Kuala Pilah,70400 Seremban, N.  Sembilan.

    Telefon : +6066794288 .

  • Johor Media Trip Malaysia

    Johor Media Trip Malaysia

    Johor Media Trip Malaysia

    Johor Media Trip Malaysia

    Ladang Nanas di Alor Bukit

    IMG_1218 (Custom) IMG_1230 (Custom) IMG_1232 (Custom)

    Johor Bharu sememangnya kaya dengan tanah gambut yang sesuai untuk penanaman Nenas. Untuk pengetahuan anda, Nenas mempunyai banyak jenis yang telah dikacuk untuk menghasilkan baka yang baik dan bermutu tinggi. Pemandangan yang indah dengan pepohon nanas terbentang luas telah memukau pemandangan. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Nya, kami dihidangkan makan tengahari dengan nasi nanas, ayam masak merah nanas, rojak nanas, air jus nanas. Nikmatnya jus nenas ketika dihidangkan bersama lauk pauk yang lazat.

     

    IMG_1257

     

    Negeri Sembilan Media Trip Muzium Nenas

    IMG_1286

    Disini juga terdapat muzium Nenas yang memaparkan sejarah pembangunan industri nanas di Pontian. Manakala info mengenai pemprosesan nenas, jenis-jenis nenas, penyakit nenas dan cara penjagaan nenas boleh didapati dan dipelajari di Muzium Nenas.

    IMG_1290

    IMG_1294

    Negeri Sembilan Media Trip Rumah tradisional Bugis RM2.3JUTA

    Rumah ini bernilai RM 2.3 Juta kerana kayu yang digunakan adalah berkualiti tinggi yang diimport dari Indonesia dan ketelitian dalam membuat pasak rumah yang kukuh  dan juga direka mengikut ciri-ciri rumah bugis tradisional yang sebenar. Rumah warian ini telah direka bentuk oleh Hajah Induk Chichuk mengikut rumah asal yang mereka pernah didiami sebelum ini.

    IMG_1305 (Small) IMG_1313 (Small)

    Rumah tradisional bugis ini dimiliki oleh Hajah Indok (Indok Chichuk Daeng Hadadek) terletak  di Kampung Sungai Kuali. Pelbagai gambar potret keluarga, catatan sejarah, susur galur keluarga, dan peralatan pertahanan boleh dilihat di Memorial Daing Hadadek ini. Manakala kipas, lampu, perabot dan hiasan antik berusia ratusan tahun juga boleh dilihat di rumah tersebut. Rumah ini didiami oleh Indok Chichuk Daing Hadadek dan anak lelaki beliau, Abd. Hadi yang merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Pontian.

    *Kesudian keluarga beliau berkongsi cerita adat dan budaya tradisi bugis amatlah dihargai.

    IMG_1324 (Small) IMG_1344 (Small)

    Rumah Tradisional Bugis ini bukan untuk dilawati oleh orang ramai, dibenarkan bergambar di luar kawasan sahaja.

    IMG_1346 (Small) IMG_1351 (Small) IMG_1400 (Small)

    Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut budaya masyarakat Bugis, bolehlah melawat ke Muzium Bugis terletak di bersebelahan Masjid Telok Kerang (berdekatan Taman Rekreasi Awam Sungai Rambah), Pontian.

    Taman Negara Tanjung Piai ( Tanjong Piai Johor National Park)

    IMG_1425 (Small)

    Taman Negara Tanjung Piai terletak di penghujung Benua Asia. Terdapat pelbagai jenis pokok kayu paya bakau. serta ekosistem hutan paya bakau di pinggir laut perlu dijaga kerana tempat ini menjadi tempat penghalang hakisan tanah pasir dan bagi keseimbangan alam semulajadi.  Pemandangan pelabuhan laut Singapura juga dapat dilihat dari sini.

    IMG_1431 (Small) IMG_1417 (Small)

    Terdapat Tanjung Piai Resort, Kampung Tanjung Piai jika ingin memancing sambil melihat keindahan Selat Melaka diwaktu malam dengan suasana kapal-kapal yang berlabuh. Bagi yang ingin merasai suasana kehidupan desa bolehlah menginap di homestay Tanjung Piai. Tempahan homestay bolehlah menghubungi pihak inap desa:

    Haji Abd Aziz Bin Abd Samad

    telefon +607-6960220

    Negeri Sembilan Media Trip Doubletree by Hilton JB

    IMG_1501 (Small)

    Double Tree oleh Hilton JB terletak di bangunan Landmark. Landmark ini dulu dikenali landmark mall  dan lot pejabat sesutu ketika dahulu.

    Tumpuan utama kepada anda yang menginap Double Tree:

    • Terletak dihati “Central Business District”
    • Lokasi hotel berdekatan untuk ke Singapore, Changi International Airport dan Senai International Airport
    • Syurga membeli-belah, taman permainan Johor Bharu iaitu  LEGOLAND® Malaysia
    • Ruang mesyuarat luar dan dalam bangunan
    • Disediakan dewan untuk majlis perkahwinan dan perniagaan.
    • Kemudahan asas seperti swimming pool, bilik panas dan 24 jam pusat fitness.

    IMG_1505 (Small) IMG_1510 (Small) IMG_1508 (Small)

     

    Negeri Sembilan Media Trip JB Pasar Karat

    IMG_1559 (Small) IMG_1564 (Small)

    Pasar malam seperti bazar uptown / bazar downtown  in terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Bazar bermula selepas waktu maghrib hingga jam 2 pagi .

    Homestay Seri Paya, Kulaijaya (Homestay Trail)

    Pemilik Homestay Seri Paya, Kulaijaya sangat peramah melayan tetamu.Kami dihidangkan makanan tradisional jawa nasi ambeng. Nasi ambeng merupakan nasi putih berlaukkan mi goreng, serunding kelapa, ayam kicap, ikan masin bulu ayam dll. Lauk boleh ditukar mengikut selera contohnya ayam rendang atau ayam masak merah.

    Rasa seperti berada dirumah kerana homestay ini mempunyai ketenangan tersendiri. Ruang rumah yang luas dan mempunyai lima bilik yang boleh dihuni tetamu. Walaupun tuan rumah menghuni rumah yang sama namun terdapat ruang tamu dan ruang dapur yang berbeza antara tetamu dengan penghuni rumah.

    Ketika disitu, tetamu boleh merasai pengalaman berbasikal mengelilingi kampung, memanjat pokok buah-buahan seperti rambai, rambutan dan banyak lagi. Permainan tradisional seperti bermain bola, sepak takraw, boling kelapa juga boleh dilakukan disitu.

    *Bagi aktiviti SME di Homestay Seri Paya, Kulaijaya menjalankan perusahaan Mee Siput, cendawan dan Otak-otak KJ.

    Mee siput (mi sanggul)

    Mee siput atau dikenali sebagai mi sanggul diusahakan oleh seorang ushawan wanita di homestay Seri Paya. Mee siput ini sangat sedap dimakan dengan masak sup, goreng. Bagi yang tidak pernah merasai kelazatan Mee siput bolehlah ke pasaraya cari mi sanggul.

    Otak-otak KJ

    Pernah makan otak-otak? Isi ikan yang di adun dengan rempah ratus (half cooked)  dibungkus dengan daun kelapa/nipah dan dipanaskan dengan memanggang sebelum dimakan. Kami membuat lawatan ke kilang membuat otak-otak di Kulai. Pernah dengar Otak-otak KJ ? Mesti tak pernah kan sebab kita makan sahaja bila dihidangkan diatas meja. Bagi yang biasa shopping frozen di pasaraya pastinya pernah terlihat jenama ini.

    Membungkus otak-otak kelihatan mudah. Namun hakikatnya, jari pembungkus sering luka dek ketajaman lidi ketika proses membungkus dibuat dengan pantas. Harga sekeping otak-otak murah menjadikan kuantiti yang banyak diperlukan bagi mencapai keuntungan yang dikehendaki pengusaha.

    Layanan yang diberikan oleh pengusaha Otak-Otak KJ  sangat menggembirakan tetamu dan pelbagai juadah makanan tradisional Johor turut dihidangkan antaranya tempe goreng, ubi ketuk (ubi getuk) dan lain-lain. Terima kasih pengusaha KJ .

    *Otak-otak KJ  rasanya sangat sedap.

    Renaissance Hotel

    Renaissance Hotel merupakan anak syarikat kepada Marriott International, Inc. Diasaskan oleh J. Willard dan Alice Marriott dan dipimpin oleh keluarga Marriott lebih dari 80 tahun. Ia merupakan sebuah syarikat hospitaliti terkemuka dengan lebih daripada 3,900 hartanah dan 18 jenama, rakan seperniagaan dan francais di seluruh dunia. Syarikat yang bertapak di Bethesda, Maryland dan Amerika Syarikat dinyatakan memperolehi pendapatan sebanyak hampir 13 bilion setiap tahun.

    Hotel Renaissance membantu dalam inspirasi kepada pelancong yang hadir melalui pelbagai program yang dijalankan. Antara perkhidmatan dan program yang disediakan adalah seperti “navigator” iaitu perkhidmatan yang memberitahu tempat-tempat yang menarik seperti pusat beli-belah dan tempat beriadah. Selain dari itu, terdapat juga beberapa restoran berjenama dan “RLife Live” iaitu pentas di mana pengunjung boleh menikmati juadah sambil bertemankan karya seni muzik yang merdu dan menarik.

    Pada tahun 2012, Hotel Renaissance pertama kali telah melancarkan sebuah kempen iaitu ‘Live Life to Discover’. Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang tempat yang sesuai untuk melakukan urusan perniagaan dan percutian.Untuk pelancong yang ingin bercuti dan berehat, Hotel Renaissance telah menyediakan kolam renang yang terdapat di bahagian luar bangunan dan pusat kecerdasan. Untuk mereka yang hadir untuk urusan perniagaan dan mesyuarat, pihak hotel telah menyediakan 7 buah bilik yang serba lengkap dengan peralatan mesyuarat. Untuk tujuan majlis, pihak hotel turut menyediakan 12 buah bilik khas berkeluasan 2,400 persegi dan boleh ditambah dengan pelbagai kelengkapan bertujuan untuk menjadikan majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar

    Traders Hotel di Puteri Harbour Theme Park

    Terletak berdekatan dengan Puteri Harbour Family Theme Park, Traders Hotel Puteri Harbour  menyambut tetamu dengan keindahan reka bentuk bangunan seperti kolam renang, pusat kecergasan dan WiFi. Hotel Puteri Harbour  juga  terletak berdekatan Johor Premium Outlets yang popular, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjarak 35 minit memandu dari hotel ini, Taman tema Legoland.

    Kemudahan:

    • TV Skrin
    • kaunter penerimaan tetamu 24 jam
    • ruang simpanan bagasi
    • kemudahan mesyuarat/jamuan
    • kemudahan membuat teh/kopi
    • pengering rambut
    • mandian wap atau urutan tradisional

     

    Legoland Themepark Malaysia

    Legoland Malaysia, telah dibuka kepada umum pada 15 September 2012 dan merupakan Legoland ke-6 dibina di seluruh dunia dan pertama di Asia. Ia merupakan taman tema yang menyediakan pelbagai tarikan yang bercirikan 3 dalam 1 seperti pengembaraan, pendidikan dan keseronokan. Terdapat lebih daripada 40 jenis tarikan yang menanti oleh pengunjung dan direka khas untuk keluarga dan kanak-kanak berusia dari seumur 2 hingga 12 tahun. Legoland Malaysia Resort  merangkumi taman tema, taman air dan hotel. Taman Tema terbahagi kepada tujuh bahagian yang merangkumi bahagian tunggangan yang mendebarkan, bengkel LEGO, taman mini di mana mercu tanda di Asia dicipta dengan menggunakan skala yang kecil dengan menggunakan 30 juta lego.

    Lat’s place

    Lat’s Place menampilkan kehidupan kampung dan desa cuba diterapkan di dalam interior dan exterior. Pelbagai cenderamata jenama Lat juga turut dijual disitu. Konsep Budak kampong merupakan karya Datuk Lat iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat   : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Darul Ta’zim, Malaysia
    Tel           : 1300 88 LATS (5287) / +603 2203 9667 (Outside Malaysia)
    Email      : ph.enquiries@tar.com.my
    Website : http://www.latsplace.com.my/

    Waktu operasi:

    • Isnin- Jumaat- 11.00 am -8.00 pm
    • Sabtu- Ahad   – 9.00 am   – 8.00 pm

     

    Corporate Travel Bazaar di Puteri Pacific Hotel

    Bazar pelancongan ini diadakan bagi menarik minat sektor korporat. Terdapat pelbagai pakej pelancongan diijual antaranya program teambuilding, family day, pakej mesyuarat dan banyak lagi. Konsep pakej pelancongan “under one roof” yang telah diadakan ini berjaya menarik jualan jutaan ringgit.

    Sanrio Hello Kitty Town

    Hello Kitty merupakan kucing comel yang suka pakai baju pink  kini telah berada di Johor Bharu. Peminat-peminat Hello Kitty jangan melepaskan peluang ini kerana daya tarikan ini hanya terdapat di Malaysia. Selain Hello Kitty, terdapat Pingu, Thomas the train, Bob the builder.

    Johor Premium Outlets (JPO)

    Johor Premium Outlet mensasarkan pelbagai jenis pelanggan dari luar dan dalam negara terutama dari Asia Tenggara. Ia juga merupakan perhentian antara Resorts World Genting di Malaysia dengan Resort World Sentosa di Singapura di mana memakan masa perjalanan lebih kurang 3.5 jam dari Johor Premium Outlet.

    Johor Premium Outlet merupakan syarikat yang menyediakan pelbagai jenis rekaan dan jenama yang memaparkan penjimatan 25% hingga 65% setiap hari. Sejak dibuka pada Desember 2011, pelbagai jenama dihimpunkan dibawah Johor Premium Outlet antaranya ialah Fossil, Michael Kors, Vincci, Burberry, Gap, Nike, Polo, Coach dan lain-lain lagi. Pelbagai barang berjenama dengan harga lebih murah berbanding ditempat lain boleh terdapat di Johor Premium Outlet.

    Syarikat ini dipegang penuh oleh Genting Simon Sdn. Bhd. (GSSB) iaitu anak syarikat Simon Genting Ltd (SGL). SGL adalah syarikat yang melakukan perkongsian dengan Azzon Ltd (Azzon) sebanyak 50%.  Azzon pula merupakan anak syarikat milik penuh Genting Plantation Bhd. dan Premium Outlet.

  • Pulau Redang – Kuala Terengganu

    Pulau Redang – Kuala Terengganu

    Pulau Redang

    Pulau Redang

    Pulau Redang dikenali Redang dikalangan penduduk tempatan merupakan antara pulau yang yang terbesar di pantai timur Malaysia. Ia menawarkan kemudahan seperti pulau-pulau lain iaitu snorkling dan menyelam untuk melihat keindahan laut biru. Pulau ini sangat penting sebagai tapak pemuliharaan penyu laut. Rantau Abang sering didengari melalui media massa terkenal dengan penyu berasal dari Terengganu. Oleh itu, tidak hairanlah pengunjung yang hadir disini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengenali serta bersama-sama dalam pemuliharaan penyu laut.

    SAMSUNG CAMERA PICTURES

    Pasir memutih

  • Tasik Kenyir Resort And Chalet

    Tasik Kenyir Resort And Chalet

    Tasik Kenyir Resort And Chalet

     

    Tasik Kenyir merupakan lokasi tadahan air untuk air hujan dengan dikelilingi keindahan alam semula jadi antaranya tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai dan dipelihara.

    Kepada anda yang singgah di Tasik Kenyir boleh menginap di Tasik Kenyir Resort and Chalet sebelum memulakan perjalanan jauh.

    Jenis-jenis Resort dan Chalet:

    • Kenyir Lake View Resort
    • Petang Island Resort
    • Kenyir Sanctuary Resort
    • Lake Land Resort
    • Uncle John Resort
    • Musang Kenyir Resort
    • Tanjung Mentong Resort
    • Federal Government Resthouse
    • Kenyir Lake Resort

    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi ditalian:

    Kenyir Lake View Resort

    Tel           : +609-666 8888
    Fax         : +609-666 8343
    Website : www.lakekenyir.com