Category: ATTRACTION

  • ‘Jangan sampai menyusahkan tuan rumah’

    ‘Jangan sampai menyusahkan tuan rumah’

    MESKIPUN ziarah itu dituntut dalam Islam, namun jangan sampai kita mahupun ahli keluarga merosakkan majlis Hari Raya Aidilfitri tuan rumah.

    Itu ingatan pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid kepada ibu bapa jika anak mereka tidak boleh dikawal ketika bertandang ke rumah orang.

    “Sebelum pergi ke rumah orang, kita kena pesan kepada anak-anak kita supaya duduk di tempat yang disediakan dan tidak pergi ke dapur, merosakkan harta benda atau haiwan peliharaan tuan rumah dan sebagainya.

    “Ada masa-masa tertentu yang tidak sesuai iaitu ketika anak ngantuk atau lapar. Jika mereka tidak dapat dikawal, cepat-cepat minta izin untuk balik. Jangan duduk lagi. Kalau anak kita boleh merosakkan majlis, lebih baik kita undurkan diri supaya majlis itu tidak rosak disebabkan kita atau ahli keluarga kita,” katanya kepada Sinar Islam ketika dihubungi baru-baru ini.

    Beliau turut mengingatkan agar setiap daripada kita memperbetulkan niat ziarah iaitu bukan untuk makan. Sebaliknya, untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan.

    “Lagi satu, elakkan ziarah pada tiga waktu ini iaitu sebelum Subuh, tengah hari dan selepas Isyak. Tuan rumah juga hendak berehat. Perkara ini ada disebut di dalam al-Quran. Jika mahu juga berziarah waktu itu, minta kebenaran masa terlebih dulu daripada tuan rumah,” ujarnya.

    IMAM MUDA ARAN

    IMAM MUDA ARAN

    Sementara itu, tokoh agama Ustaz Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menitipkan pesan supaya tetamu tidak menyusahkan tuan rumah jika mahu raya secara konvoi.

    “Tiada masalah raya beramai-ramai, cuma kita kena pandai bawa diri. Jangan sampai kita menyusahkan tuan rumah. Tunjukkan kesungguhan bahawa kita datang untuk menziarahinya, bukan untuk makan.

    “Namun, jika tuan rumah tetap mahu menjamu makanan kepada kita dengan seikhlasnya, maka kita bantulah mereka menghidangkan makanan atau minuman, angkat dulang dan sebagainya,” ujar beliau.



    Sumber

  • Amalan pemakanan sihat semasa bulan Ramadan

    Amalan pemakanan sihat semasa bulan Ramadan

    BULAN Ramadan sama seperti bulan-bulan yang lain, bezanya cuma kita makan pada waktu malam.

    Namun, jangan kerana kita berpuasa sepanjang hari kita tidak memikirkan nilai makanan yang diambil dan tidak mengendahkan kesan kepada kesihatan.

    Sebaik-baiknya kita membahagikan waktu makan kepada beberapa hidangan supaya perut tidak terkejut menerima makanan sekali gus.

    Anda harus memilih makanan tidak hanya sedap tetapi perlu berkhasiat dan ada semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan kecergasan seharian berpuasa.

    Sentiasa bersederhana ketika menjamu selera

    Sentiasa bersederhana ketika menjamu selera

    Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa seperti berikut:

    1. Amalan sewaktu bersahur

    – Bersahur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masuk waktu imsak.

    – Ambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut dan oat (mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan).

    – Ambil juga protein turut melambatkan proses pencernaan (protein yang disyorkan seperti kekacang, soya, ayam, kasein/protein susu), daging dan ikan)

    – Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

    2. Amalan sewaktu berbuka puasa

    – Digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ia bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman. -Mulakan dengan buah kurma. Kandungan fruktosa boleh memberi tenaga segera. Selain kurma juga mengandungi enzim membantu proses penghadaman makanan seterusnya.

    – Ambil makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia

    – Minum banyak air sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelak dehidrasi.

    – Mengambil makanan yang pedas serta berempah tidak digalakkan semasa berbuka bimbang menimbulkan ketidakselesaan kepada perut.

    3. Amalan sewaktu moreh

    – Ambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih

    – Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng pada waktu malam kerana kita tidak memerlukan tenaga yang banyak. Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan antaranya menepati.

    Pilih kuantiti makanan mengikut Piramid Makanan Malaysia

    Pilih kuantiti makanan mengikut Piramid Makanan Malaysia

    Tip memilih makanan agar kekal sihat dan cergas:

    1. Kurangkan penggunaan lemak ketika menggoreng dan menumis.

    2. Hadkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula bagi mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan .

    3. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan garam terutama ketika bersahur. Pengambilan makanan masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa.

    4. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar (membekalkan vitamin, mineral dan serat).

    5. Lebihkan pengambilan air dengan mengambil sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Tingkatkan juga pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.



    Sumber

  • Resipi teh halia untuk tingkat metabolisme

    Resipi teh halia untuk tingkat metabolisme

    TAHUKAH anda bahawa halia adalah sejenis tumbuhan yang banyak khasiatnya?

    Selain mengeluarkan angin dalam badan, ia juga berfungsi meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya.

    Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

    Bagaimana caranya? Mudah sahaja.

    1) Ambil tiga batang serai dan tiga inci halia (diketuk).

    2) Masukkan kesemua bahan tersebut bersama air dalam periuk, masak atas dapur api sederhana.

    3) Perlahankan api, masak dalam satu jam hingga air bertukar warna ala-ala teh o.

    4) Tunggu sejuk dan sedia diminum.

    Minum setiap pagi atau malam ya. Selamat mencuba!



    Sumber

  • Perodua wujudkan Laman Hijau demi melestari alam sekitar

    Perodua wujudkan Laman Hijau demi melestari alam sekitar

    PERODUA telah membuktikan komitmennya terhadap operasi hijau, mesra alam dan mampan dengan pelancaran Laman Hijau baru-baru ini.

    Terletak di kampus ibu pejabat dan pengeluaran Perodua di Sungai Choh, Selangor, Laman Hijau merupakan kawasan rekreasi terbuka untuk kakitangannya yang dihiaskan dengan tumbuhan hijau serta air pancut yang dikuasakan dengan tenaga elektrik suria.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif itu termasuk pemasangan panel suria di atas bumbung kilang.

    Kampus 162 hektar Perodua terdiri daripada bangunan korporat, fasiliti penyelidikan dan pembangunan, dua kilang pengeluaran kenderaan, pusat alat ganti, pusat latihan dan pusat jagaan kanak-kanak.

    “Usaha kami tidak berakhir di sini sahaja, kami juga mengumpul dan mengguna semula sumber semula jadi lain seperti air hujan dan air atmosfera sebagai usaha untuk mengurangkan pembaziran, melindungi bumi dan meningkatkan kecekapan operasi kami. “Seiring dengan produk kami yang cekap bahan api, inilah cara kami memastikan pertumbuhan yang mampan dalam ekosistem semula jadi kita,” tambah Zainal Abidin.

    Inisiatif hijau Perodua bermula pada Jun 2017 dengan pengumuman Taman ECO yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Taman seluas 1,500 meter persegi itu menggunakan bahan kitar semula dalam pembinaannya, tenaga suria serta pelbagai tumbuh-tumbuhan.



    Sumber

  • Jangan membalas cacian orang kepada kita

    Jangan membalas cacian orang kepada kita

    APABILA berdepan kata cacian ditujukan kepada kita, memang tiada siapa yang dapat menahan betapa sakitnya hati ini tatkala mendengarnya.

    Adakah kita patut membalasnya atau berdiam diri dan memekakkan telinga sahaja?

    Sebagai orang Islam yang beriman, kita sebenarnya mempunyai dua pilihan untuk bertindak.

    Pertama, lakukan tindakan yang mendatangkan pahala dan lagi satu tindakan yang memenuhkan ‘saham’ dosa.

    Jadi, mana satu pilihan kita?

    Sebaiknya, pilihlah tindakan yang mendatangkan pahala kepada kita iaitu berdiam diri adalah lebih baik.

    Rasulullah SAW bersabda: “Apabila ada orang yang mencaci maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk dia.” (Riwayat Ad Dailami)

    Hadis itu mengingatkan kita agar jangan mudah melatah apabila dicaci, dikeji atau diumpat.

    Serahkan semua itu kepada ALLAH SWT.

    Contohilah sikap Rasulullah SAW yang sentiasa bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH SWT.

    Malah, baginda tidak pernah membalas dengan kata-kata kesat. Sebaliknya, hanya tersenyum dan menasihati secara berhemah serta tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.

    Salah seorang sahabat yang rapat dengan baginda SAW, Anas bin Malik RA menceritakan, Rasulullah tidak pernah melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mencaci maki.

    Kata Anas bin Malik lagi, ketika seseorang mencela baginda SAW sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang sepatutnya sahaja.

    Belajarlah untuk menerima segala kepahitan cacian orang kepada kita dengan bersikap terbuka dan mengadulah pada ALLAH SWT.

    Sesungguhya, pahala yang kita cari, bukannya perkara yang mendatangkan dosa.

    (Sumber: Mohd Nasruddin Dasuki)



    Sumber

  • Toyota lancar cawangan 2s di Taman Petaling Utama

    Toyota lancar cawangan 2s di Taman Petaling Utama

    UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini melancarkan pusat 2S (servis dan alat ganti) baharu yang telah pun beroperasi di Taman Petaling Utama, Kuala Lumpur.

    Dikendalikan oleh Laser Motor Sdn Bhd, pusat 2S ini pastinya menjadi tumpuan para pemilik kenderaan Toyota di kawasan sekitar Petaling Jaya, Puchong dan Kinrara, kata Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

    “Kami memuji inisiatif Laser Motor Group yang meningkatkan kemudahan mereka dalam rangkaian Toyota di Malaysia. “Dengan lebih banyak cawangan di lokasi strategik, pelanggan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti,” katanya.

    Pusat 2S baharu itu juga dilengkapi dengan lounge pelanggan yang serba selesa di samping perkhidmatan wifi secara percuma serta ruang permainan untuk kanak-kanak.

    • Alamat: No. 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1,
    • Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Kuala Lumpur
    • Servis: Dilengkapi dengan 14 petak penyelenggaraan dan 13 juruteknik terlatih untuk menyelenggara kenderaan Toyota
    • Operasi: Isnin hingga Jumaat (pukul 8 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum).Pusat 2S UMW Toyota Motor



    Sumber

  • Penangan Sir Uzair, Cikgu Zameer

    Penangan Sir Uzair, Cikgu Zameer

    HARI ini merupakan sambutan Hari Guru. Memang sukar untuk menafikan peranan seorang guru yang sentiasa bekerja keras untuk membentuk anak bangsa yang bakal mencorak masa depan negara.

    Pada edisi kali ini, bagi meraikan hari istimewa itu, Oh! Lelaki mewawancara dua guru yang pernah menjadi tular di laman sosial.

    Mereka ialah Uzair Mohd Taib, 23, atau lebih dikenali sebagai Sir Uzair dan Syahizam Zamir Sharifudin, 31, atau Cikgu Zameer.

    Sir Uzair menggunakan teknik interaktif semasa mengajar subjek Matematik

    Sir Uzair menggunakan teknik interaktif semasa mengajar subjek Matematik

    **

    Sir Uzairi merupakan pendidik yang cukup popular. Menerusi carian ‘Sir Uzairi Matematik’, artikel mengenai dirinya terlalu banyak.

    Menyelak profil Sir Uzair, beliau merupakan guru tuisyen subjek Matematik sepenuh masa.

    Beliau dikenali ramai ekoran teknik pengajarannya yang lain daripada lain. Ramai menyimpulkan, pendekatannya telah mengubah persepsi masyarakat terhadap subjek yang sentiasa dianggap susah itu.

    Berlainan pula cerita Cikgu Zameer. Beliau menjadi tular disebabkan gambarnya dikaitkan dengan kes ‘Surat Cinta untuk Cikgu Hanafi’.

    Cikgu Zameer menggunakan pendekatan seni untuk menarik pelajar sukakan subjek bahasa Inggeris

    Cikgu Zameer menggunakan pendekatan seni untuk menarik pelajar sukakan subjek bahasa Inggeris

    Sebenarnya, dirinya tiada kena mengenai dengan surat itu tetapi memandangkan beliau memiliki wajah yang tampan, membuatkan fotonya telah dieksploitasi sesuka hati.

    Minat mendalam

    Kepada Oh! Lelaki, Sir Uzair berkata, institusi pendidikan memang serasi dengan dirinya berbanding dengan kerjaya lain meskipun beliau mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan.

    “Saya sebenarnya sudah lama mengajar tuisyen dan memulakan kerjaya itu di premis milik abang ipar, Math Clinic yang terletak di Klang Valley, Kuala Lumpur.

    Sir Uzair ketika membuat bengkel Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah

    Sir Uzair ketika membuat bengkel Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah

    “Saya juga pernah dipanggil menjadi cikgu di sebuah sekolah,” katanya yang kini sibuk memenuhi undangan melakukan seminar di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.

    Dek kerana mahu membantu lebih ramai orang daripada bertumpu kepada satu sekolah, beliau menolak pelawaan itu dengan baik.

    Bagi Cikgu Zameer pula, beliau sememangnya meminati bidang pendidikan sejak di bangku sekolah lagi.

    Bak kata peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. “Arwah datuk saya pernah bekerja sebagai guru. Jadi, keluarga mengharapkan saya mewarisi kerjaya sebagai pendidik.

    “Saya gembira dengan pilihan ini dan sering mengingatkan diri untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sesungguhnya, pekerjaan sebagai guru sangat mulia,” kata guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor itu.

    Cabaran

    Bercerita tentang cabaran berdepan dengan para pelajar pada zaman ini, Sir Uzairi dan Cikgu Zameer senada menyatakan bahawa corak pemikiran generasi baharu bukan semakin ke hadapan dan lebih berdaya saing.

    Sir Uzair berkata, beliau pernah ditanya soalan yang beliau sendiri tidak tahu jawapannya.

    Sir Uzair tidak pernah jemu mendidik pelajar

    Sir Uzair tidak pernah jemu mendidik pelajar

    “Semenjak itu, saya selalu ingatkan diri supaya bersedia dengan 1,001 soalan bakal ditanya oleh pelajar.”

    “Selain itu, saya akan menggunakan teknik pembelajaran lebih interaktif. Saya tidak akan benarkan pelajar duduk diam dalam kelas. Maklumlah, pelajar-pelajar ini biasanya hanya mampu fokus kepada apa yang diajar sekitar 20 minit. Jadi, saya perlu sentiasa menarik perhatian mereka,” katanya.

    Lazimnya, semasa mengajar Matematik, Sir Uzair akan mengaitkan isu semasa termasuk memahami trend kesukaan remaja masa kini.

    Cabaran Cikgu Zameer juga tidak kurang hebatnya lebih-lebih lagi subjek Bahasa Inggeris yang bukan menjadi subjek kegemaran para pelajar.

    Cikgu Zameer mahu pelajar gembira belajar bahasa Inggeris

    Cikgu Zameer mahu pelajar gembira belajar bahasa Inggeris

    “Apa yang saya lakukan ialah menggunakan kemahiran seni yang ada pada diri saya seperti tarian, nyanyian dan melukis.

    “Kanak-kanak mudah belajar apabila kita menggunakan pendekatan fun learning berbanding jika kita minta mereka membaca buku sahaja,” ceritanya yang sudah tujuh tahun bergelar cikgu.

    Sama ada Sir Uzair atau Cikgu Zameer, tiada apa yang lebih bermakna kepada mereka selain dapat membantu membina karakter cemerlang dalam kalangan pelajar dan melahirkan sebanyak mana ramai pemimpin pelapis pada masa depan.

    Sesungguhnya, jasa guru memang sukar dihitung. Mereka bekerja bukan hanya semata-mata untuk mendapat gaji malah mereka ialah kunci pembangunan bangsa. Selamat Hari Guru.

    ANEKDOT

    NAMA PENUH: Uzairi Mohd Taib/ Sir Uzairi

    UMUR: 23 Tahun

    ASAL: Kuala Lumpur

    STATUS: Bujang

    MATA PELAJARAN DIAJAR: Matematik

    BERTUGAS: Pusat Tuisyen Math Clinic, Klang Valley

    PENDIDIKAN: Kejuruteraan UiTM Puncak Alam, Shah Alam

    HOBI: Membaca

    UCAPAN HARI GURU: Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana, di sekolah, di pusat tuisyen, di semua institusi pendidikan mahupun di rumah. Teruskan menjadi inspirasi dan pelita kepada anak bangsa. Terima Kasih cikgu!

    NAMA PENUH: Syahizam Zamir Sharifudin (Zameer)

    UMUR: 31

    ASAL: Ampang, Kuala Lumpur

    STATUS: Bujang

    MATA PELAJARAN DIAJAR: Bahasa Inggeris

    BERTUGAS: Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Ampang,Selangor

    MULA BEKERJA SEBAGAI PENDIDIK: 2012

    PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kimia & Diploma Pendidikan TESL

    HOBI: Berlari

    ANUGERAH: Anugerah Khidmat Cemerlang 2017

    UCAPAN HARI GURU: Selamat hari guru kepada semua insan bergelar pendidik termasuk semua guru yang pernah mengajar saya dari sekolah hingga universiti.



    Sumber

  • Cara simpan pewangi agar tahan lama

    Cara simpan pewangi agar tahan lama

    PEWANGI dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Kaum wanita amat gemarkan pewangi, tidak kisah harganya mahal atau murah. Apa yang penting baunya yang mampu memikat hati. Pun begitu, masih ramai yang menyimpan pewangi dengan cara yang salah hingga baunya tidak kekal lama. Jom ikuti cara-cara penyimpanan yang tepat.

    1) Simpan pewangi dalam peti sejuk.

    Agak pelik bukan, ia sebenarnya dapat membantu untuk memanjangkan jangka hayat pewangi. Namun begitu, jangan simpan pewangi terlalu rapat dengan produk makanan lain kerana ia mampu menyerap bau. Contohnya, mentega.

    2) Jangan sesekali goncang botol pewangi

    Tindakan menggoncang pewangi sebelum digunakan adalah cara yang salah. Ia mitos semata-mata. Anda perlu tahu bahawa pewangi sememangnya direka untuk kekal sama rata bercampur jika ia disimpan dengan betul.

    3) Simpan jauh daripada haba.

    Tempat sejuk, kering dan jauh daripada cahaya matahari adalah tempat yang sesuai untuk menyimpan pewangi. Ingat, haba yang terlampau panas atau sejuk boleh menjejaskan keseimbangan minyak sekali gus dapat menukar bau pewangi itu.

    Pewangi yang disimpan elok dapat mengekalkan baunya dalam tempoh yang lama.

    Pewangi yang disimpan elok dapat mengekalkan baunya dalam tempoh yang lama.

    4) Simpan dalam almari pakaian atau kotak hiasan

    Almari pakaian adalah tempat yang paling sesuai untuk menyimpan minyak wangi kerana keadaannya yang gelap dan bebas daripada kelembapan yang berlebihan. Selain itu, anda boleh menyimpannya dalam kotak hiasan yang tertutup.

    5) Jangan simpan dalam kenderaan

    Tindakan menyimpan pewangi dalam kenderaan menyebabkan bau dan kandungannya tidak bertahan lama. Udara dalam kenderaan akan bertukar dari panas kepada sejuk bergantung kepada cuaca.



    Sumber

  • Cara menegur aurat saudara-mara ketika beraya di kampung

    Cara menegur aurat saudara-mara ketika beraya di kampung

    SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

    Jika bukan kampung sekalipun, pasti kita akan berkumpul di rumah orang tua atau saudara-mara.

    Pada masa inilah semua adik-beradik, ipar-duai, biras dan sepupu berkumpul untuk sama-sama meraikan lebaran.

    Walaupun dalam satu keluarga, batas-batas aurat masih perlu dijaga terutama jika ada ipar-duai, biras dan sepupu duduk dalam satu bumbung yang sama.

    Kadangkala ada yang terkhilaf dalam hal itu.

    Bagaimana kaedah yang kita boleh gunakan untuk menegur dan menasihati ahli keluarga kita untuk menjaga aurat dan pada masa sama turut menjaga hati golongan yang lebih berusia daripada kita?

    Sebelum menjawab persoalan itu, Islam sebenarnya sudah menggariskan batas aurat bagi lelaki dan perempuan.

    Setiap umat Islam wajib menjaga aurat dan kehormatan di mana sahaja dia berada.

    Aurat ialah suatu anggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain.

    Firman ALLAH SWT: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur, ayat 31)

    Berdasarkan ayat al-Quran itu, para ulama menetapkan hukum wajib untuk menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.

    Justeru, aurat wajib dijaga daripada dilihat dan dipandang oleh orang lain dalam apa jua keadaan.

    Selain itu, kita juga perlu menjaga pandangan daripada melihat aurat orang lain.

    Apabila kita pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya, tidak dinafikan memang kadangkala ada yang culas dalam hal batasan aurat.

    Jadi, ia hendaklah dicegah dengan hikmah dan mengikut kemampuan yang ada.

    Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka dengan lisannya, jika dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

    Antara kaedah yang difikirkan sesuai untuk menegur:

    1. Menyampaikan pesanan kepada ahli keluarga yang paling berpengaruh seperti bapa atau anak sulung dalam keluarga agar menasihati dan mengambil cakna tentang hal itu.

    2. Mengasingkan tempat dan membuat penghadang antara lelaki dan perempuan dalam kalangan sepupu, ipar-duai dan biras bagi menjaga aurat masing-masing khususnya ketika menukar pakaian, tidur dan sebagainya.

    3. Menghantar tazkirah berkaitan aurat yang perlu dijaga di dalam group WhatsApp keluarga dan saudara-mara.

    4. Membuka topik berbualan sesama sanak saudara berkaita aurat dan menimbulkan kesedaran kepada mereka untuk menjaganya.

    5. Menghadiahkan kepada saudara-mara yang tidak menutup aurat dengan pakaian yang berjenama agar dia terdorong untuk memakainya.

    Semoga ALLAH terus memberikan taufik dan hidayah kepada kita serta keluarga untuk terus beramal soleh dan taat kepada perintah-Nya.

    (Sumber: Al-Kafi #1218: Kaedah Menegur Aurat Saudara-Mara Ketika Beraya di Kampung, Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • Yayasan PEKEMA berbakti

    PERSATUAN Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) baru-baru ini menjelajah ke pusat beli-belah Mydin dan beberapa pasar raya lain di seluruh Malaysia bagi memberi sumbangan kepada anak-anak

    Sumber