Category: ATTRACTION

  • Suntik personaliti ibadurrahman kepada umat manusia

    Suntik personaliti ibadurrahman kepada umat manusia

    KUALA LUMPUR – Malaysia #QuranHour 1442H/2020 dengan tema ‘Malaysia Harmoni: Bina 12 personaliti ibadurrahman’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diadakan serentak di seluruh Malaysia dan luar negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63, pada jam 12 hingga 1 tengah hari tadi.

    Istimewanya, penganjuran Malaysia #QuranHour yang masuk tahun ke-enam kali ini adalah ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, pengisian Malaysia #QuranHour tahun ini diharapkan dapat membina diri, keluarga, komuniti, organisasi dan negara prihatin yang lahir daripada personaliti ibadurrahman dengan berpandukan surah Al-Furqan, 25, ayat 63 hingga 77.

    Menurutnya, ibadurrahman membawa maksud hamba ALLAH yang Maha Penyayang yang menyedari kedudukannya di hadapan ALLAH SWT dan menjaga hubungannya sesama makhluk.

    “Personaliti ibadurrahman adalah gambaran akhlak umat Rasulullah SAW yang mencapai kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

    “Seorang hamba kepada Ar-Rahman melahirkan tindakan yang mengharmonikan sekitarnya dengan menyebarkan salam, memberi makan, menyambung silaturahim dan bersolat malam ketika orang lain sedang tidur sebagai sumber kekuatan diri,” katanya pada program itu.

    Marhaini (kanan) dan Pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ditemu bual personaliti TV Alhijrah, Widad Hanan di Studio TV Alhijrah, Kuala Lumpur. -Foto ROSLI TALIB

    Marhaini (kanan) dan Pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ditemu bual personaliti TV Alhijrah, Widad Hanan di Studio TV Alhijrah, Kuala Lumpur. -Foto ROSLI TALIB

    Program sejam berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal itu bersiaran secara langsung dari Studio TV Alhijrah dan ditayangkan di Astro Oasis dan Bernama TV selain di platform digital, Sinar Harian dan Ideaktif.

    Program yang dicetuskan WUIF di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bekerjasama dengan rakan strategik, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia dan Rumah Ngaji.

    Turut memberi sokongan daripada rakan sinergi media adalah TV Alhijrah, Astro Awani & Astro Oasis, Zayan FM Kumpulan Media Prima (TV3 & TV9), RTM (TV1, TV2), Bernama, Bernama News Channel (BNC), TVIkim & IKIMfm, Media Jakim, Utusan Malaysia, Kosmo, NSTP Group (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Sinar Harian, Sinar Online dan Sinar TV) dan DenaiHati Network.

    Marhaini berkata, panduan al-Quran dan Sunnah berupaya memaknai kemerdekaan jiwa yang sebenar, serta membentuk diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara yang harmoni.

    Jelasnya, usaha kempen pengukuhan al-Quran sejam sehari dalam setiap individu, diharapkan dalam merealisasikan ‘MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah’, seterusnya menjadikan negara merdeka yang makmur dan dirahmati ALLAH SWT menjelang 1500H.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, orang ramai juga dapat menyertai Malaysia #QuranHour yang bersiaran secara langsung di saluran televisyen terpilih bersama keluarga di lokasi masing-masing.

    Menurutnya, ia supaya dapat mencetuskan perubahan dalam diri dan keluarga untuk sejam bersama al-Quran setiap hari secara berterusan selepas program tersebut.

    “Bersama kita menggemakan surah Al-Fatihah, Ar-Rahman, Surah Al-Furqan yang menjadi surah pilihan Malaysia #QuranHour tahun ini dalam membina 12 personaliti ibadurrahman dalam mencapai negara merdeka yang harmoni. Kelainan kali ini, ada Tadabbur bil Hadis, iaitu pengisian tadabbur hadis pilihan.

    “Inilah masa kita memerdekakan diri dengan al-Quran dengan kembali kepada kebenaran, sedangkan teori yang lain gagal. Kita perlukan ‘campur tangan’ ALLAH dalam menjalani dan menguruskan kehidupan dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan.

    “Mana-mana pihak yang menganjurkan Malaysia #QuranHour di seluruh negara diharapkan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan wabak Covid-19,” katanya.

    Katanya, selain itu, orang ramai dialu-alukan untuk meneruskan usaha menimba ilmu al-Quran melalui baca, faham dan amal dengan mengikuti My #QuranTime yang bersiaran di TV Alhijrah sejam setiap hari.

    Bermula kelmarin (28 Ogos) sehingga hari ini, ramai kalangan penggerak Rumah Ngaji di seluruh negara bersama rakan sinergi menganjurkan Malaysia #QuranHour di lokasi masing-masing, termasuk Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

    Ada juga kalangan pihak organisasi melaksanakan Malaysia #QuranHour lebih awal di lokasi masing-masing agar bersama memanfaatkan program kerohanian berkenaan.

    Antaranya adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) mengadakan Malaysia #QuranHour di Masjid Wilayah Khalid Al-Walid MINDEF, Kuala Lumpur kelmarin (28 Ogos).

    Pada hari yang sama, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam turut mengadakan program tersebut bersama warga sekolah seawal jam 7.40 hingga 8.40 pagi.

    Acara Malaysia #QuranHour 2020/1442H yang bersiaran di stesen TV dan platform digital hari ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, 1: 1-7, Surah Ar-Rahman, 55: 1-5 dan Surah Al-Furqan, 25: 63-77, yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

    Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi.

    Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi.

    Sesi tadabbur empat nikmat utama (Surah Ar-Rahman) dan 12 personaliti ibadurrahman (Surah Ar-Rahman) pula dibawakan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

    Keistimewaan program berinteraksi dengan al-Quran kali ini juga ada pengisian Tadabbur bil Hadis oleh Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi.

    Beliau berkongsi hadis Rasulullah SAW mengenai empat tindakan ketika berhijrah di Madinah dalam sesi Tadabbur bil Hadis. Bacaan doa ibadurrahman dalam Surah Al-Furqan, 25: 74 menjadi penutup program berinteraksi al-Quran hari ini.

    Sementara itu, Marhaini berkata, buku elektronik (ebook) ’40 Hari Islah: Ke arah membina 12 Personaliti Ibadurrahman’ telah dilancarkan pada 22 Julai lalu agar momentum perubahan diri dapat dilakukan setiap hari.

    “Usaha ini merupakan inisiatif agar kita pasakkan iltizam untuk menjadi ibadurrahman yang akan memacu transformasi peradaban dunia bermula dengan diri, keluarga, organisasi dan komuniti yang akhirnya menjadi asas kepada terbinanya sebuah tamadun umat dan negara yang berbudi dan penyayang di bawah naungan keredaan ALLAH.

    “Bersempena Malaysia #QuranHour 2020/1441H, WUIF turut kongsikan bahan bagi penghayatan al-Quran dari Surah Ar-Rahman, Surah Al-Furqan serta buku elektronik (ebook) ’40 Hari Islah: Ke arah membina 12 Personaliti Ibadurrahman’,” katanya.

    Program sejam berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal itu bersiaran secara langsung dari Studio TV Alhijrah.

    Program sejam berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal itu bersiaran secara langsung dari Studio TV Alhijrah.

    Katanya, orang ramai boleh dapatkan bahan tersebut secara percuma di https://bit.ly/BAHANMQH2020.

    Tambah beliau, buku panduan untuk 40 hari itu sebagai pencetus motivasi diri menjadi ibadurrahman dengan berpandukan Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 77.

    “Pembaca boleh merefleksi diri dengan bermuhasabah dan menulis bagi menguatkan semangat dan mencapai cita-cita menjadi hamba ALLAH Ar-Rahman,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, terdahulu ketika tampil pada program Facebooklive Malaysia #QuranHour bersama Widad Hanan, Marhaini berkata, seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan kali ini ‘Malaysia Prihatin’, ciri-ciri rakyat Malaysia yang prihatin mahu dibawa melalui personaliti ibadurrahman.

    “Akhirnya kita nak ia jadi momentum untuk kita lahirkan remaja, ibu dan ayah ibadurrahman.

    “Macam mana kita nak lahirkan ‘Malaysia Prihatin’ atau ‘Malaysia Harmoni’ tanpa keharmonian itu diwujudkan dalam keluarga dan pastinya (kita kena wujudkan bermula) dari diri kita sendiri,” katanya.



    Sumber

  • 2,000 bertadabur di Kelantan sempena Malaysia #QuranHour

    2,000 bertadabur di Kelantan sempena Malaysia #QuranHour

    KOTA BHARU – Lebih 2,000 rakyat negeri ini bertadabur secara serentak sempena Malaysia #QuranHour hari ini dengan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP).

    Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan

    Sumber

  • Warga SMK Tengku Afzan jayakan Malaysia #QuranHour

    Warga SMK Tengku Afzan jayakan Malaysia #QuranHour

    KUANTAN – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, di sini mengambil bahagian menjayakan Malaysia #QuranHour hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Afzan sekolah itu disertai guru, pentadbir

    Sumber

  • Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh jayakan Malaysia #QuranHour

    Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh jayakan Malaysia #QuranHour

    LUMUT – Seramai 35 peserta menjayakan program Malaysia #QuranHour yang dianjurkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.

    Program bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman’

    Sumber

  • Enam kedutaan Malaysia imarahkan Malaysia #QuranHour Merdeka

    Enam kedutaan Malaysia imarahkan Malaysia #QuranHour Merdeka

    SHAH ALAM – Enam kedutaan Malaysia di luar negara turut sama mengimarahkan Malaysia #QuranHour dengan tema ‘Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman’ yang diadakan serentak di seluruh negara

    Sumber

  • Malaysia #QuranHour di Pulau Pinang capai objektif

    Malaysia #QuranHour di Pulau Pinang capai objektif

    BUTTERWORTH – Penganjuran Malaysia #QuranHour di Pulau Pinang mencapai objektifnya walaupun diadakan dalam keadaan negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    Dalam keadaan

    Sumber

  • Empat lokasi My #QuranTime di Pahang

    Empat lokasi My #QuranTime di Pahang

    KUANTAN – Masjid Saidina Umar al Khattab, Taman Cenderawasih di sini antara empat lokasi My #QuranTime sempena Program Jelajah Ambang Malaysia #QuranHour yang diadakan di negeri ini bermula semalam dan

    Sumber

  • keunikan Sayangku Salmah – Alvin Chong

    keunikan Sayangku Salmah – Alvin Chong

    Tahun 2019 menyaksikan penyanyi yang mesra disapa sebagai Alvin ini merekod sejarah peribadi, apabila dijemput untuk mewakili Malaysia dalam acara berprestij antarabangsa 2019 Asia Song Festival yang berlangsung di Korea Selatan, Alvin cukup bertuah apabila bukan saja disayangi tapi Berjaya mengumpul peminat tersendiri sekali gus menjadikan dirinya artis bukan melayu yang mampu bersaing dengan selebriti melayu sedia ada.

    Dari segi lakonan, mungkin Alvin sudah cukup mampu menarik nafas lega, tapi dalam bidang nyanyian, jejaka kelahiran Pulau Pinang itu menyifatkan dia masih perlu berusaha bagi menambat hati peminat muzik tempatan. Biarpun sudah melancarkan beberapa single seperti Lagu Mu, Mencintaimu, Tajam, Tak Terganti serta beberapa lagu bahasa Inggeris sebelum ini, namun tuah belum berpihak pada dirinya.

    Enggan mengalah dan berputus asa, Alvin Chong, 29, melancarkan pula single Sayangku Salmah pada 21 Ogos lalu. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Dedeq dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia itu memberi warna baru dalam kerjaya nyanyian Alvin.

    Lebih menarik apabila, muzik video rasmi Sayangku Salmah yang bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini di saluran YouTube AlvinChongVEVO turut dipersembahkan dalam bentuk travelog sebanyak tiga episod.

    Ia adalah inisiatif Alvin dan pasukan dalam memaparkan lokasi menarik yang terdapat dalam MV itu yang mana bakal ditayangkan di platform ourdaily.co bermula 7 September bagi episod pertama, 14 September (episod kedua) dan 21 September (episod ketiga).

    Kenapa judul Sayangku Salmah, sebab Salmah nama yang sangat sinonim dan dekat dalam komuniti kita. Malah, saya berasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka pastinya ada yang bernama Salmah. 😉

  • Perak sokong Malaysia #QuranHour

    Perak sokong Malaysia #QuranHour

    TANJUNG MALIM – Kerajaan Perak menyokong penuh penganjuran Malaysia #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

    Exco Agama dan Penerangan Perak, Mohd Akmal

    Sumber

  • THE REAL ENDURANCE REALME C12 IS IN TOWN

    Realme Malaysia has launched their latest addition to its Realme C Series family, Realme C12 and Realme Buds Classic. The real Endurance 6000mAh Mega Battery can already be bought online on 25th August 2020 at 1.00 p.m. and will start selling offline from 31st August 2020 onwards. Realme C12 has set a new record when it can last for 57 days in standby mode. The design will be a Trendsetting Design which is the Geometric Gradient Design and it comes with two colors, marine blue and coral red. The curves were engraved on the back cover of Realme C12 using an industry-leading German five-axis precise radium engraving machine to create the special reflective light effect.

    The camera also has been upgraded with a triple camera which supports PDAF autofocus, users will be able to zoom up to 4X while taking photos. It is also equipped with a 6.5 inch mini-drop full screen display. The 6000mAh battery could stay on call continuously for 46 hours or play 30 rounds PUBG. It could also play 1200 songs or 18.6 movies online. Reverse charging are supported in Realme C12. The device will turns into charging station and acts as a lot products’ battery lifesaver. It is also equipped with App Quick Freeze, Screen Battery Optimization and Super Power saving mode.

    The camera has triple camera setup with a 13MP image sensor, B&W lens and Macro Lens. On the front, it has a 5MP selfie camera. Realme C12 also supports the fingerprint unlock as well as facial recognition. The device features three card slots, a dual SIM slot and a dedicated SD card slot that is expandable up to 256GB.

    Realme C12 comes together with Realme Classic Buds for Malaysians who still prefer to use wired earphones. Realme Buds Classic is not the usual earphones, it comes with a new half in-ear design and 14.2mm drivers. It houses an in-line HD microphone and single button which can be used to control the music playbacks and answering calls conveniently. It consists of the unique built-in organizer cable which keeps the earphones tangle-free.