Category: ATTRACTION

  • PETRONAS MENGAJAK RAKYAT MALAYSIA CINTAI PRODUK TEMPATAN

    Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah meneruskan semarak kempen beli barangan Malaysia dengan melancarkan Kempen “Love Local’ pada 8 September 2020 dalam menyahut usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kempen ini dilancarkan sebagai usaha berterusan PDB untuk sama-sama mengajak rakyar Malaysia supaya membeli dan menyokong produk tempatan dalam menjana pendapatan domestik.

    Kempen ‘Love Local’ yang digiatkan ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan yang kini sudah setanding dengan jenama antarabangsa. Usaha yang telah dilakukan ini, bertujuan menyemai rasa bangga di kalangan  rakyat Malaysia terhadap bakat tempatan, di samping memperkasakan bakat yang mereka ada serta sama-sama memulihkan ekonomi Malaysia yang telah terjejas ketika COVID-19.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, PDB mengajak rakyat Malaysia memilih jenama tempatan dengan tawaran diskaun istimewa bagi setiap pembelian produk makanan dan minuman (F&B) buatan     tempatan yang telah terpilih di Kedai mesra Petronas mulai sekarang hingga Februari 2021. Manakala, mulai November 2020 hingga Januari 2021, pelanggan yang berbelanja minimum RM30 untuk bahan api atau membeli barangan di Kedai Mesra Petronas dapat menikmati baucer diskaun bagi tawaran istimewa oleh rakan kongsi dan vendor tempatan PDB.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Alexander Nanta Linggi telah memberitahu kepada media, “Kami amat berbesar hati mendapat sokongan daripada PETRONAS dalam kempen ini yang bertujuan untuk memperkasakan perniagaan tempatan terutama ketika berdepan cabaran yang sedang dihadapi negara ketika ini. Kesan penularan COVID-19 telah memberikan impak kepada perniagaan tempatan dan menjadi harapan kami agar kempen ini dapat mengajak rakyat Malaysia sama-sama berganding bahu”.

    Kempen ini juga sejajar dengan program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PDB, yang telah dilaksanakan selama lebih dari 25 tahun untuk mendukung perniagaan tempatan. Setakat ini, PDB mempunyai lebih dari 350 vendor tempatan di Kedai Mesra Petronas di seluruh negara, yang membekalkan pelbagai pilihan makanan tempatan seperti nasi lemak, bihun goreng termasuklah makanan ringan, pastry dan minuman tempatan.

    Ketika pelancaran kempen ini di Stesen PETRONAS Jalan Kolam Ayer, PDB membawakan khas tujuh peniaga tempatan baharu di bawah program PKSnya iaitu Brownie Cookies oleh TFN Success Group, Nasi Lemak Saleha, Snek Tempatan baharu oleh Industri Makanan Bistari, Kuih Tempatan (Sri Talamaz) oleh Rahmat Venture Sdn. Bhd, Jus Sparkling oleh The Tapping Tapir, Sambal Rindu oleh Far Cekap dan Jus Jagung Hebat oleh AEH Internasional Trade. Naib Presiden Pemasaran PETRONAS, Ahmad Adly Alias berkata, “Sebagai jenama tempatan, kami juga berkongsi sentiment yang sama dengan usaha kerajaan terutamanya atas pencapaian kami dari satu tahap dalam memanfaatkan keupayaan dan sumber daya tempatan. Dengan bangganya juga, rangkaian produk kami yang merangkumi Primax 95 dengan Pro-Drive yang diformulasikan secara tempatan telah menjadi pilihan rakyat Malaysia.

  • Platform Video iQIYI Menyajikan Program Popular Termasuk ‘Variety Show’, Drama Cinta dan Drama Sejarah dengan Penampilan Bintang Ternama di Malaysia

    Platform Video iQIYI Menyajikan Program Popular Termasuk ‘Variety Show’, Drama Cinta dan Drama Sejarah dengan Penampilan Bintang Ternama di Malaysia

    iQiyi International telah menyediakan perkhidmatan striming video Internet yang menyaji pelbagai rancangan hiburan untuk tontonan di Malaysia September ini.  Memiliki pelbagai genre seperti – variety show, cinta, aksi dan banyak lagi.  iQiyi telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh syarikat teknologi multinasional China – Baidu, yang pada awalnya hanya menyiarkan drama China.  Kini telah menambah drama dan filem Korea, persembahan aneka ragam dan anime Jepun dan beberapa lagi menerusi platform nya bagi memenuhi selera peminat milenial, bukan setakat di China, bahkan di kalangan penggemar dari Asia Tenggara.

    Antara judul pelbagai genre hidangan iQIYI yang telah menang anugerah termasuk The Golden Eyes, pemenang Golden Bird Prize di 2019 Seoul International Drama Awards; dan Story of Yanxi Palace, sebuah drama bersiri berlatar sejarah silam China yang telah distrim lebih 15 bilion kali sepanjang 2018. iQIYI juga telah merintis dan menghasil persembahan Internet aneka ragam berprofil tinggi seperti peraduan rap – The Rap of China bermula 2017, dan persembahan kumpulan ramaja perempuan China 2020 – Youth With You yang turut mengetengah Lisa dari Blackpink sebagai salah seorang mentor.

    iQIYI menawarkan pelan langganan termampu lagi fleksibel. Bagi mereka yang memilih akses untuk menyaksi program yang baru dan eksklusif, boleh memilih langganan akaun VIP standard berharga RM8.90 atau akaun VIP premium berharga RM16.90. Isi kandungan atau judul program lama juga boleh diperoleh secara percuma menerusi laman web iQIYI (iQ.com) atau menerusi platform aplikasi mudah alih.

    • Persembahan aneka ragam terbaru lagi original termasuk The Rap of China 2020, satu-satunya rancangan realiti pertandingan rap nukilan asli iQIYI yang kemunculan semulanya dengan pengacara Kris Wu dan Jay Park sangat dinanti-nantikan; Let’s Party, persembahan aneka ragam pertama yang membawa kumpulan remaja perempuan popular THE 9, juga dilahirkan dari rancangan top iQIYI,Youth With You; dan Dimension Nova, persembahan talen idola untuk karakter maya yang mempersembahkan barisan selebriti seperti , antara lain – Fan Cheng Cheng, Angelababy dan Wan Lin Kai.
    • Drama cinta bertajuk Love Yourself, berkisar tentang konflik pertengahan hidup empat individu yang meniti kerjaya yang menemui jalan buntu mendaki ke puncak tetapi mula berpacaran; dan tajuk original iQIYI Love is Sweet, yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bertemu rakan karib semasa kecil, seorang budak lelaki di tempat kerja tetapi menjadi saingan dalam kerjaya, dibintangi pelakon popular Leo Luo dan Bai Lu.
    • Drama berlatar sejarah ciptaan original seperti Dance of the Sky Empire, berlatar zaman Dinasti Tang Dynasty di era manusia dan jembalang saling wujud mengharungi kehidupan. Penonton dibawa merentasi masa silam dengan kisah kembara yang membabit manusia-jembalang hibrid (Xu Kai, yang pernah membintangi Story of Yanxi Palace) menjadi wira setelah mendamaikan puak bertentangan dan menjalin hubungan romantik dengan manusia. Lain-lain ciptaan original termasuk The Moon Brightens for You, kisah cinta dua pakar pertahanan diri sewaktu masing-masing berjuang untuk muncul sebagai ketua dunia persilatan; In A Class of Her Own, kisah gadis miskin bertemu anak seorang perdana menteri, menyamar sebagai lelaki untuk melayak diri masuk ke pusat pengajian yang dikhaskan untuk lelaki sahaja.
    • Peminat drama Korea pasti terhibur kerana ahli kumpulan popular Backstreet Rookie – Chang-Wook Ji dan Yoo-Jeong Kim boleh ditonton di iQIYI, dan Flower of Evil, yang dibintangi Lee Joon-Gi menjejak kisah seorang berpenyakit mental yang cuba menyorokkan kisah silam daripada pengetahuan wanita yang dikahwini. Drama popular Korea Love Revolution turut disaji iQIYI, dibintangi ahli THE BOYZ, Kim Young-Hoon dan Park Ji-Hoon dari Wanna One, dalam satu kisah romantik dan persahabatan antara kumpulan pelajar sekolah tinggi. More Than Friends, dibintangi Ong Seong-Wu dari Wanna One iaitu kisah hubungan dua orang muda yang saling meminati sesama lain secara rahsia sejak lebih sepuluh tahun lalu.
    • Penonton warga Malaysia juga akan dihiburkan dengan pelbagai drama dan filem tempatan seperti drama cinta terhangat yang kini eksklusif di iQIYI: Pengantin Satu Malam, kisah siri cinta antara seorang perempuan muda yang bersetuju menjalinkan hubungan fizikal ditiduribosnya untuk mendapat upah bagi menampung belanja pembedahan ibunya; Anak Merdeka, sebuah drama patriotik bersiri enam episod yang mula ditayangkan 2017 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60; Ola Bola, sebuah filem yang diilham dari pasukan bolasepak kebangsaan yang terbabit dalam kejohanan Olimpik 1980; dan Adiwiraku, sebuah drama tempatan yang mengisahkan pengalaman hidup seorang cikgu pedalaman. Adiwiraku menang Anugerah Filem Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-29.
    • Maklumat lanjut mengenai program, barisan pelakon dan sinopsis boleh diperoleh di Annex.

    Dinesh Ratnam, Pengurus Wilayah iQIYI untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata: “Kami amat bersyukur dengan sokongan dari para penonton di Malaysia sejak aplikasi antarabangsa kami dilancarkan pada akhir 2019. Kami teruja untuk menantikan ketibaan drama dan rancangan hebat yang akan dilancarkan di platform iQIYI.

    “Pelancaran drama sulung yang eksklusif di iQIYI, 7 Hari Mencintaiku 2 koleksi sulung judul dari Malaysia pada akhir Julai telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dan kami berharap sambutan itu dapat diteruskan dengan pelancaran filem dan drama tempatan sepanjang bulan September ini. Pilihan filem dan drama tempatan ini sepadan dengan isi kandungan pan-Asia kami yang merentasi pelbagai genre dan citarasa penonton. Kami harap pilihan tempatan ini akan diminati orang ramai dan memberi hiburan dan keseronokan ketika musim PKP ini.”

  • MILO® goes even further with new MILO® Activ-Go Plus Fibre

    Kuala Lumpur- The goodness MILO® goes even further with the new MILO® Activ-Go Plus Fibre and The latest MILO® powder variant joins its growing range of products, they offering us  more added goodness of the nutritious MILO® energy that has been powering Malaysian breakfasts and nourishing generations of champions.MILO® Activ-Go Plus Fibre contains 2.5 times fibre compared to the regular MILO® Activ-Go powder.

    Dietary fibre is a critical component of a wholesome, balanced diet to maintain digestive health. The recent National Health & Morbidity Survey 2019 shows that 9 out of 10 Malaysians do not eat enough fruits and vegetables, which are important sources of dietary fibre. MILO® Activ-Go Plus Fibre is formulated to be high in fibre to help address this. One serving (30g) of MILO® Activ-Go Plus Fibre fulfills 12% of the recommended daily dietary fibre intake.

    Like the regular MILO® Activ-Go powder, this new variant maintains the goodness of MILO® made from malt barley, milk and cocoa – all with the familiar great MILO® taste. To top it off, it contains only about half a teaspoon (2.9g) of added sugar (sucrose) per serve (30g). MILO® Activ-Go Plus Fibre also meets the new Healthier Choice Logo criteria outlined by the Ministry of Health Malaysia. It is lower in total sugars and fat, while higher in fibre compared to other products in the same malted powder drink category without the Healthier Choice Logo.

    “We remain committed to our brand purpose by advancing product innovations that provide nutritious offerings for the different consumer needs, tastes and preferences. With the added goodness of MILO® Activ-Go Plus Fibre, we want Malaysian families to get more out of the nutritious MILO® energy by offering an option that helps to further meet their daily fibre intake. In doing so, we hope to pass on the goodness of MILO® to our future generation of champions,” said Ng Su Yen, Business Executive Officer of MILO® Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad.

    “The launch of MILO® Activ-Go Plus Fibre also marks another important milestone for us, and we could not be any prouder to coincide it with our 70th year in Malaysia,” she added.

    As with other nutritious MILO® offerings, MILO® Activ-Go Plus Fibre complements a wholesome, balanced diet. The added goodness makes MILO® Activ-Go Plus Fibre the perfect breakfast pairing for the whole family. Its unique combination of essential vitamins and minerals helps to release energy from the food we eat.

    MILO® Activ-Go Plus Fibre is now available at a store near you or online via your preferred e-commerce sites. To learn more about the added goodness of MILO® Activ-Go Plus Fibre, visit www.milo.com.my/milo-activ-go-plus-fibre


  • PropertyGuru: Ruang, Harga dan Reputasi Pemaju menjadi keutamaan untuk pencari rumah Malaysia pada 2020

    PropertyGuru: Ruang, Harga dan Reputasi Pemaju menjadi keutamaan untuk pencari rumah Malaysia pada 2020

    Menurut kajian sentimen pengguna property guru Malaysia H2 2020,lebih ramai rakyat Malaysia yang mencari rumah yang memiliki ruang yang besar dengan menilai hartanah, harga dan reputasi rumah tersebut.  Rakyat Malaysia kini semakin peka dan teliti terhadap harga rumah dan apabila menguruskan perbelanjaan berikutan  COVID-19 menjelang kemelesetan yang diunjurkan.

    Selain pertimbangan ruang dan pemaju, para responden juga memilih pengudaraan dan pencahayaan semula jadi (63%), infrastruktur internet berkelajuan tinggi dan pemasangan Internet of Things (IoT) (60%) serta sistem penyejukan dan penjimatan tenaga pintar (53%) sebagai kemudahan yang lebih penting kepada mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan.

    Kemudahan kecergasan dan perniagaan bersepadu merupakan ciri-ciri projek yang paling tidak diingini (37%). Ini dapat dikaitkan dengan fakta bahawa banyak kemudahan sebegini tidak dapat diakses selama tempoh PKP. Dari segi lokasi, kesan penularan wabak COVID-19 secara tempatan pada corak pencarian hartanah adalah kecil, dengan hanya 20% responden yang menyatakan bahawa mereka akan mengelakkan zon merah atau unit-unit hartanah yang diletakkan di bawah langkah-langkah PKP yang diperketatkan.

    Ciri-ciri pemaju yang dicari oleh pencari rumah

    Fernandez berkata: “Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah menjadi kurang peka jenama dalam perjalanan pembelian hartanah mereka. Kini, mereka lebih sudi mempertimbangkan unit hartanah daripada pemaju-pemaju lain, selagi pemaju berkenaan dapat membekalkan ciri-ciri yang mereka mahukan pada harga yang mereka ingini.”

    Dengan memanfaatkan jangkauan PropertyGuru sebagai laman web hartanah terbesar di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa reputasi pemaju, portfolio dan rekod prestasi lebih penting daripada status penyenaraian awam syarikat kepada pencari rumah, dengan hanya 31% responden masih mengutamakan syarikat tersenarai awam ketika mencari unit hartanah. Pencari rumah yang lebih muda dan golongan yang tinggal bersama ibu bapa adalah pengecualian dapatan kajian ini, jadi demografi ini masih mengutamakan syarikat-syarikat tersenarai awam.

    Faktor-faktor lain yang dipertimbangkan oleh pencari rumah dalam menilai pemaju, menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia, termasuklah insentif kewangan, potongan harga dan pulangan tunai yang ditawarkan (68%), kualiti kelengkapan dalaman yang disediakan (66%) dan kestabilan kewangan pemaju (58%).

    “Ini menyoroti keperluan pemaju untuk mengubah pendekatan mereka, dan terutamanya relevan dalam masa ini ketika cadangan untuk cukai pengosongan dan kawalan sewa dan harga baru sahaja dikemukakan, serta kesan PKP terhadap jumlah penjualan dan aliran tunai. Anda mesti membina apa yang orang perlukan. Memadankan penawaran pasaran dengan permintaan bukan lagi satu pilihan, tetapi ia telah menjadi keperluan pemaju untuk kekal hidup,” kata Fernandez.

    Penemuan ini muncul di tengah lonjakan minat terhadap pemilikan rumah di kalangan rakyat-rakyat Malaysia yang lebih muda dan golongan penyewa selepas PKP, dengan 34% pembeli rumah kali pertama mempertimbangkan pembelian hartanah pada H2 2020 dan 51% sedang merancang perjalanan pembelian hartanah mereka untuk H1 2021.

  • PropertyGuru Terima Pelaburan S$300M untuk Memajukan Pertumbuhan di Asia Tenggara

    Kuala Lumpur- Kumpulan PropertyGuru, syarikat teknologi hartanah atau dikenali sebagai ‘PropTech’ terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima pelaburan tambahan sebanyak S$300 juta atau AS$220 juta dalam pusingan pendanaan baru-baru ini oleh firma pelaburan global terkemuka TPG Capital dan KKR.

    Pelaburan ini diterima pada masa yang luar biasa bagi PropertyGuru dengan pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 24%, PropertyGuru mengatasi ramalan tahun 2019 dan terus menjadi peneraju di Asia Tenggara dengan bahagian pasaran sebanyak 57%. PropertyGuru berada di kedudukan teratas dalam kalangan PropTech di kesemua lima pasaran di rantau ini dengan pasaran-pasaran No. 1 syarikat tersebut: PropertyGuru di Singapura dan Malaysia, Batdongsan.com.vn di Vietnam, DDproperty.com di Thailand, Rumah.com dan RumahDijual.com di Indonesia. Sepanjang tahun lalu, momentum perniagaan dan prestasi kewangan di pelbagai pasaran utama adalah sangat kukuh.

    Pendanaan ini akan memacukan strategi pertumbuhan PropertyGuru di semua pasaran terutamanya di mana kumpulan ini meningkatkan pelaburannya untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah dalam ekosistem hartanah. Dengan adanya sokongan yang berterusan oleh TPG dan KKR, PropertyGuru akan melabur dalam bidang-bidang pertumbuhan strategik yang telah dikenalpasti termasuklah pasaran gadai janji yang dilancarkan pada tahun ini, penyelesaian keupayaan jualan hujung ke hujung bagi pemaju hartanah dan keupayaan data untuk memperkasakan pencari hartanah di serata Asia Tenggara menerusi ‘Find. Finance. Own’.

    Olivier Lim, Pengerusi Lembaga Pengarah, Kumpulan PropertyGuru, berkata, “Sejak diasaskan pada tahun 2007, PropertyGuru telah menjadi peneraju dengan sentiasa membawakan peningkatan nilai kepada semua pelanggan dan pengguna. Kami berjaya mendapat tempat di Asia Tenggara dengan begitu cepat kerana menumpukan usaha kami dalam menjangka dan menangani keperluan pengguna melalui strategi berasaskan data di bawah pimpinan pasukan ‘Guru’ yang berbakat. Tahun ini, dalam keadaan realiti perniagaan yang berubah, kekuatan yang ditunjukkan oleh platform kami telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran serta membuka peluang baharu untuk memajukan pertumbuhan organik dan inorganik menerusi pelaburan baharu. Sokongan yang lebih kuat dari TPG dan KKR untuk memajukan pertumbuhan adalah suatu pengiktirafan besar terhadap prestasi cemerlang yang dicapai oleh Kumpulan ini, pasukan kepimpinannya dan strategi mereka untuk merintis peluang dalam mencapai aspirasi Kumpulan ini di rantau ini.”

    Hari V. Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Kumpulan PropertyGuru, berkata, “Prestasi kewangan kami yang kukuh sepanjang beberapa tahun yang lalu membolehkan kami membuat pelaburan yang agresif dan bijak, untuk membina sebuah platform teknologi yang bersepadu dan mempunyai kelainan, khusus untuk memenuhi peluang yang tersendiri di pasaran Asia Tenggara. Pelaburan tambahan daripada TPG dan KKR ini akan membolehkan kami meneruskan usaha membina platform keyakinan hartanah bagi Asia Tenggara, serta meningkatkan momentum kami di pasaran-pasaran utama seperti Malaysia dan Vietnam. Kami membantu pencari hartanah mencari pembiayaan untuk kediaman mereka menerusi ‘Find.Finance.Own’ dan pelaburan baharu ini akan memesatkan lagi rancangan pertumbuhan yang telah kami kenal pasti kerana kini lebih ramai pengguna dan pelanggan memanfaatkan penyelesaian digital bagi urus niaga jual beli hartanah. Sepanjang 13 tahun yang lalu, kami membantu mewujudkan industri Prop Tech di rantau ini, dan sebagai peneraju pasaran kami ingin menyediakan lebih banyak lagi inovasi untuk mendigitalkan sektor hartanah.”

    Penambahbaikan dan penawaran baharu setakat ini bagi tahun 2020

    PropertyGuru yakin bahawa teknologi berfungsi sebagai penghubung dan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pencari kediaman, oleh itu syarikat ini tidak henti-henti melabur dan mengembangkan perkhidmatannya dalam bidang data dan kelengkapan digital untuk meningkatkan ketelusan dalam ekosistem hartanah bagi pengguna, pemaju dan rakan-rakan ejen di serata Asia Tenggara.

    Tahun ini, PropertyGuru terus berkembang dengan melangkah ke bidang pembiayaan perumahan dengan pelancaran pasaran gadai janji di Singapura, ‘PropertyGuru Finance’, serta menjalankan penambahbaikan yang besar bagi pengalaman pencari hartanah di Vietnam. Kumpulan ini mempertingkatkan penawaran untuk menyediakan tinjauan yang dipacu data serta sumber pendapatan tambahan bagi rakan-rakan niaga dikalangan ejen. Bagi pemaju hartanah pula, terdapat penambahan yang ketara pada PropertyGuru FastKey dengan pelancaran PropertyGuru FastKey – StoryTeller – produk digital yang membolehkan lawatan maya 360 darjah yang imersif bagi sesebuah projek, unit-unitnya dan pandangan sekitarnya, untuk mempamerkan dan meneliti hartanah dengan ketersediaan masa sebenar, yang dibawakan terus ke skrin pencari hartanah yang dapat melihat hartanah tersebut dari kediaman mereka sendiri. Penyelesaian ini membolehkan pemaju hartanah memasarkan projek mereka lebih awal lagi, iaitu sebelum pembinaan galeri jualan atau rumah contoh.

    Oleh kerana tingkah laku yang diamalkan semasa pandemik menyebabkan pembentukan semula kebiasaan dan keutamaan pengguna dalam norma baharu, transformasi digital menjadi lebih pantas di pelbagai sektor. Menurut laporan terkini oleh Bain & Company dan Facebook, hampir 70% penduduk Asia Tenggara dijangka akan menjadi pengguna digital menjelang penghujung 2020. Landskap yang dinamik ini memperlihatkan peluang pertumbuhan yang baharu dalam pasaran sedia ada PropertyGuru untuk meningkatkan dan meluaskan lagi penawaran kepada para pengguna, ejen hartanah dan pemaju.

  • Harga permintaan rumah kekal berdaya tahan sepanjang tempoh PKP

    Kuala Lumpur, 4 Ogos – Pemilik dan para penjual hartanah tetap teguh dalam menghadapi wabak COVID-19, dengan PropertyGuru Malaysia Property Market Index meningkat kepada 89.80 mata pada Q2 2020, menunjukkan eskalasi daripada 89.46 mata yang dicatatkan dalam suku pertama.

    Pertumbuhan ini didorong oleh kenaikan harga permintaan sebanyak 1.05% di Selangor, bantu meningkatkan prestasi lebih lemah yang dapat diperhatikan di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, dengan minat yang semakin bertambah banyak di pasaran lain seperti Perak ketika tren desentralisasi memuncak. Walaupun indeks penawaran rumah merosot sebanyak 3.60%, ini adalah peningkatan besar berbanding penurunan sebanyak 10.47% pada Q1 2020. Rakyat Malaysia juga menamakan portal hartanah sebagai sumber maklumat yang lebih dipercayai dalam memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka semasa wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan berikutan wabak berkenaan, dengan media sosial dan laman web pemaju rumah menjadi pilihan popular di kalangan rakyat juga.

    Kenaikan dan keturunan di pasaran hartanah

    “Kami telah melihat indeks harga Selangor meningkat daripada 93.20 mata pada Q1 2020 kepada 94.18 mata pada suku kedua. Ini, ditambah dengan penurunan Kuala Lumpur sebanyak 1.28% dari 96.62 mata menjadi 95.38 mata dalam tempoh yang sama, menunjukkan penyebaran minat dari kawasan bandar ke pinggir bandar dan bandar-bandar satelit,” kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia.

    Para pemaju telah memanfaatkan tren ini melalui pelbagai inisiatif dan insentif digital, yang kebanyakannya dikaitkan dengan projek-projek di Selangor, mendorong minat terhadap hartanah di sana walaupun kesan COVID-19 di negeri itu masih kelihatan. Tatkala kesan wabak berkumandang di seluruh pasaran, PropertyGuru juga menyaksikan kenaikan 8.7% dalam bilangan pertanyaan hartanah di Perak, khususnya Ipoh dan Taiping.

    Pertumbuhan Selangor memaparkan angka yang lemah bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di Pulau Pinang dan Johor juga, menyaksikan harga permintaan masing-masing merosot sedikit sebanyak 0.17% dan 0.61%. Walaupun terdapat unjuran bahawa penurunan harga hartanah akan menimpa kerana sentimen dan sekatan industri yang lemah berikutan wabak COVID-19, namun penyatuan sisi di pasaran-pasaran utama masih berlaku.

    “Harga rumah kekal berdaya tahan di sini mencerminkan situasi di pasaran serantau, dengan penjual rumah kurang gembira dengan penurunan harga, terutamanya urusan jual-beli yang melibatkan rumah lelong. Namun, fenomena ini mendatangkan kesan terhadap transaksi hartanah juga, para pembeli memilih untuk tidak meneruskan pembelian pada masa ini kerana mereka menjangka harga rumah akan menjunam lagi di masa depan,” kata Fernandez.

    “Faktor-faktor utama yang menyebakkan penurunan harga semacam ini adalah kenaikan kadar pengangguran dan unjuran pengurangan KDNK, di mana kedua-dua faktor ini pernah dikaitkan dengan pergerakan harga hartanah pada masa lalu. Dengan kemelesetan 1997/8 dan wabak virus Nipah sebagai senario terburuk, kami memproyeksikan had 10% pada impak harga – dengan potongan harga di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan semula mendorong perubahan segera di sini.”

    Pergerakan penawaran: pembetulan pasaran di Johor

    Walaupun aktiviti ekonomi telah disambung semula pada bulan Jun, indeks penawaran padaQ2 2020 masih menurun secara keseluruhan, walaupun penguncupan ini lebih kecil daripada suku sebelumnya. Tahun ke tahun, penurunan penawaran sebanyak 1.98% pada Q2 2020 tahun ini berbeza dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten sejak Q4 2017.

    Kadar penguncupan yang menurun ini jelas kelihatan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Selangor adalah satu-satunya pasaran yang menunjukkan pertumbuhan penawaran tahun ke tahun pada Q2 2020, dengan indeks penawarannya meningkat sebanyak 5.12% berbanding dengan suku yang sama tahun lalu.

    Sebaliknya, Johor adalah satu-satunya pasaran di mana kadar penguncupan penawaranmeningkat dari suku ke suku, dari 8.09% pada Q1 2020 menjadi 9.18% pada suku kedua. Penurunan ini mencerminkan pembetulan pasaran yang berskala besar di bahagian selatan Malaysia, yang secara tradisionalnya bergantung pada pelaburan asing untuk menjana pertumbuhan.

    Fernandez berkata: “Ketegangan perdagangan global dan juga wabak COVID-19 telah mempengaruhi selera pelabur antarabangsa, seperti yang dilihat pada pergerakan harga dan pergerakan penawaran baru-baru ini di Johor. Ini menempatkan Johor pada satu posisi yang lebih bagus untuk memenuhi permintaan domestik, dan sebenarnya ia juga lokasi ketiga tertinggi untuk pencarian dan pertanyaan hartanah di Malaysia sekarang menurut data PropertyGuru.”

    Sementara itu, penggunaan platform dalam talian telah meningkat dengan ketara dalam tempoh PKP, dengan 75% rakyat Malaysia memilih portal hartanah sebagai titik permulaan yang lebih disukai untuk perjalanan pemilikan rumah mereka, menurut PropertyGuru Malaysia Consumer Sentiment Study H2 2020.

    “Tren ini mencerminkan peralihan dalam skala yang lebih besar ke alatan digital setelah wabak COVID-19 tercetus. Dalam peranannya sebagai laman web hartanah terbesar di Malaysia dengan pilihan rumah yang paling banyak, PropertyGuru sedang memenuhi permintaan ini menggunakan lebih daripada 450,000 listing rumah dan penekanan pada lawatan maya dan inisiatif maya lain,” beginilah yang dikatakan oleh Fernandez.

    Lebih banyak pengguna sedang beralih ke media sosial juga, daripada 64% pada H1 2020kepada 66% pada H2 2020. Laman web pemaju adalah sumber maklumat hartanah yang ketiga paling popular, meningkat dari 57% menjadi 62% dalam tempoh yang sama.

  • MILO 70 TAHUN KEBAIKAN DIHULURKAN

    Meraikan 70 Tahun Kebaikan

    • Milo merupakan minuman coklat malt ikonik telah berkongsi kebaikan khasiatnya di Malaysia sejak 1950.
    • Tahun ini, sempena ulang tahun ke-70, ingin meraikan kebaikan yang dihulurkan selama ini bemula dengan kebaikan khasiat Milo yang kekal dari dulu hingga sekarang.
    • Milo mengandungi kebaikan barli malt, susu dan koko serta padat dengan vitamin dan mineral penting . Gabungan unik ini membantu untuk membebaskan tenaga daripada makanan, menjadikan Milo minuman sarapan pilihan yang sesuai dipadankan dengan sarapan seimbang supaya kita dapat memulakan hari yang aktif dengan lebih tenaga.
    • Tahukah anda 9 juta cawan Milo dinikmati oleh rakyat Malaysia setiap hari?
    • kebaikan yang lainnya yang telah dihulurkan Milo ialah semangat takkan gentar.
    • Sebagai rakyat Malaysia, kita telah menghadapi pelbagai cabaran yang besar bukan sahaja sepanjang tahun ini malah bertahun-tahun sebelumnya. Namun kita tidak pernah mengalah malah kekuatan kita menjadi lebih kuat apabila kita bersatu.
    • Dengan adanya semangat tidak pernah gentar, kita mampu melangkah lebih jauh.
    • Untuk rentetan kisah yang telah membentuk sejarah dan kebaikan Milo selama 70 tahun, layari www.milo.com.my.
    • Kongsi pengalaman Milo 70 tahun di Malaysia anda di media sosial dengan #MILO70Tahun.

    Aktiviti Sambutan MILO 70 Tahun di Malaysia

    1. Peraduan 70 Tahun Kebaikan dalam 70 hari
    • Peraduan Milo 70 tahun kebaikan Dalam 70 hari telah memulakan sambutan Sambutan MILO 70 Tahun di Malaysia telah bermula sejak Julai lalu.
    • Ia menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM550,000 kepada lebih 900 peserta bertuah.
    • Untuk menyertai peraduan, anda hanya perlu membuat pembelian sebarang produk Milo serbuk, mixes, UHT, PET dan tin bernilai RM15 minimum dalam satu resit.
    • Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my/70years
    • Peraduan berakhir 27 September 2020.
    • Konvoi Kebaikan MILO
    • Hidupkan nostalgia zaman dahulu dengan van vintaj Milo dari 22 Ogos – 4 Oktober.
    • Van Milo dari tahun 1950-an sehingga reka bentuk terkini menjelajahi setiap negeri di Malaysia untuk menghulurkan kebaikan dan berkongsi keceriaan dengan Milo dari van Milo yang menyegarkan dan bertenaga, percuma untuk semua.
    • Konvoi ini akan berada di Dataran Merdeka pada 16 September 2020 sempena sambutan Hari Malaysia.
    • Pekan Milo
    • Pekan Milo di Sunway Pyramid merupakan persinggahan sementara Konvoi Kebaikan Milo pada ketika ini (2-6 September 2020)
    • Pekan Milo mempelawa pengunjung menelusuri sejarah 70 tahun Milo, di samping menyingkap masa hadapan jenama itu.
    • Antara tarikan di Pekan Milo:
      • Panggung Milo
        • Terokai Panggung Milo dan ketahuilah sejarah dan kegemilangan Milo sejak 1950-an
      • Galeri Milo
        • Pameran koleksi barangan Milo
      • Kopitiam Ping Loong
        • Singgah di kopitiam klasik Malaysia ini untuk menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman, MILO!!
      • Kedai Serbaneka
        • Jualan semua barangan Milo dengan promosi yang menarik.
      • Milo Activ-Go Plus Fibre
        • Cuba Produk Milo serbuk baharu, Milo Activ-Go Plus Fibre dengan lebih kebaikan 2.5 kali serat dan hanya kira-kira setengah sudu kecil gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g), frngan kehebatan ras Milo yang digemari ramai
        • Ia memenuhi kriteria Logo Pilihan lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
        • Milo Activ-Go Plus Fibre mengembangkan lagi rangkaian produk Milo yang berkhasiat yang menepati keperluan dan cita rasa pengguna yang pelbagai.                 .           
      • CAREton Project
        • CAREton Project merupakan kempen kitar semula karton minuman terpakai menerusi kerjasama Milo UHT dan Tetra Pak yang mengubah pek minuman kepada genting atap dan papan panel mesra alam sekitar dan komuniti.
        • Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kitar semula dan komuniti.
        • Jumlah pengumpulan yang disasarkan menerusi projek ini ialah 45 juta karton minuman terpakai sehingga penghujung tahun 2020
        • Pada masa yang sama, menerusi rangkaian produk UHT, Milo telah memulakan penggunaan penyedut minuman kertas sejak 2019 untuk keseluruhan rangkaian produk UHT menjelang akhir tahun ini.
        • Ini adalah antara usaha Milo ke arah kelestarian alam sekitar.
      • Milo Aktif Negaraku
        • Milo Aktif Negaraku ialah matlamat Milo untuk membudayakan gaya hidup dalam segenap lapisan masyarakat.
        • Ketahui bagaimana adanya cara untuk setiap orang kekal aktif dengan pelbagai program sukan Milo yang disatukan di bawah gerakan ini.
        • Semua program sukan Milo seperti Milo Hidup Bola, Milo Champions Clinic dan Milo Activ Jam Senam Aerobik telah disatukan menerusi platform Milo Aktif Negaraku di mana ada sesuatu untuk setiap individu kekal aktif.
  • Lebih Jimat Semasa Anda Berbelanja di ‘Boost Day’ dalam talian

    Kuala Lumpur, 7 Ogos 2020 – Homegrown e-wallet Boost mempunyai ‘Online’ terbesar mereka, Hari Peningkatan adalah dari 6 hingga 8 Ogos. Pengguna boleh menikmati diskaun eksklusif hingga 20% untuk tawaran dan baucar dari jenama seperti Starbucks, Lazada, Hermo, Cason (Tokyoninki), Vouk HotelPulau Pinang, Vivatel KL, Kinta Riverfront Ipoh, Tanjung Inn Cherating, Berrykinn, Perromart, MPHDalam talian, Oxwhite, Vettons, JOCOM dan Createtec.

    Untuk perbelanjaan minimum RM150 dalam satu transaksi, Boost memberikan hingga 6 kali ganda (6X) dalam Boost Coins apabila pengguna berbelanja dengan rakan niaga dalam talian Boosted tempatan seperti Potboy, PrestoMall, JOCOM, HappyFresh, Watsons Online, Jobbie Nut Butter. Untuk yang lain rakan kongsi seperti Malaysia Airlines, PichaEats, dahmakan, GSC Online, Poplook, MR. DIY, Lelong.my, Catch That Bus, Recommend.my, Senheng, pengguna masih boleh menikmati 2 kali (2X) lagi dalam Boost Coins. Secara keseluruhan, pengguna boleh mendapat ganjaran sehingga RM100 apabila mereka membeli-belah melalui dalam talian.

    Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Online Boost Day Surprise Shake bernilai RM5 yang akan dikreditkan terus dalam ‘Dompet Rakan Kongsi’ secara rawak rakan niaga yang mengambil bahagian. ‘Partner Wallet’ adalah ciri unik Boost yang baru diperkenalkan untuk mengembalikan urus niaga berulang kali ke perniagaan dari pelanggan setia mereka. Ini membantu memastikan pengguna tidak terlepas penjimatan dan sangat berguna apabila pengguna membeli-belah di tempat kegemaran atau pergi ke tempat mereka. Sebarang pulangan tunai yang dimiliki pengguna dalam Dompet Rakan Kongsi akan dikurangkan secara automatik pada yang berikutnya transaksi dibuat pada rakan niaga masing-masing.

    Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Boost sangat teruja untuk menawarkan lebih banyak hadiah dan pengguna pengembalian wang sebagai cara untuk memberi insentif perbelanjaan untuk perniagaan dalam talian tempatan, yang kemudiannya memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat Malaysia secara positif. Selagi memberikan yang lebih bersih, lebih selamat dan cara tidak bersentuhan untuk bertransaksi dengan e-wallet, untuk memenuhi peralihan pengguna yang semakin berubah dalam talian membeli-belah serta menyumbang ke arah agenda pemulihan ekonomi kerajaan. “

  • MILO MERAIKAN 70 TAHUN KEBAIKAN DI MALAYSIA

    Subang Jaya- Milo ialah minuman coklat malt ikonik yang telah menambat hati rakyat Malaysia sejak tahun 1950. Pada tahun ini, Milo meraikan ulang tahun ke-70 di Malaysia sempena musim Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

    Milo yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta padat dengan vitamin dan mineral penting sentiasa menjadi keperluan seisi rumah dan juga pelengkap sarapan Malaysia setiap hari.

    Sebagai peneraju pembangun sukan, Milo sentiasa memimpin usaha memupuk dan mencungkil bakat juara sukan bertaraf dunia untuk Malaysia bermula di peringkat angkar umbi menerusi pelbagaui program sukan yang telah dianjurkan di samping membudayakan gaya hidup aktif untuk semua melalui gerakan Milo Aktif Negaraku.

    Mengimbas perjalanan Milo selama 70 tahun ini, Milo menghulurkan kebaikan khasiat dan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan yang telah memacu pembangunan rakyat dan negara selama 70 tahun. Sehubungan itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan menanti rakyat Malaysia.

    Sambutan Milo 70 tahun di Malaysia telah bermula pada bulan Julai dengan Peraduan Milo 70 Tahun Kebaikan Dalam 70 Hari yang akan berakhir pada 27 September. Peraduan ini menawarkan peluang kepada lebih 900 peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM550,000.

    Bagi merancakkan fasa sambutan seterusnya, dari sekarang hingga 4 Oktober, Konvoi Kebaikan Milo, iaitu jelajah konvoi van Milo vintaj dari 1950-an hingga reka bentuk terkini. Perjalan dimulakan di seluruh negara bagi meneruskan kebaikan dan berkongsi keceriaan dengan Milo dari van Milo yang telah menyegarkan dan bertenaga untuk semua secara percuma.

    Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan Milo iaitu di jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid yang dilancarkan hari ini. Dengan reka bentuk yang menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia, Pekan Milo menyatukan semua kebaikan Milo masa lalui, masa kini dan masa hadapan. Pengalaman seumur hidup untuk menggamit kenangan perjalanan 70 tahun Milo di samping meneroka sekilas gambaran masa hadapan jenama itu menanti para pengunjung. Pekan Milo di Sunway Pyramid dibuka sehingga 6 September.

    “Seiring dengan Nestle, Milo telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan negara sehingga menjadi sebati dengan cara hidup masyarakat. Kami berbangga dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan khasiat Milo, malahan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan, kegigihan, keberanian dan semangat takkan gentar. Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun nilai-nilai ini telah mendorong kita untuk melangkah lebih jauh,” ulas Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad.

    Sementara itu, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad pula berkata,”Milo telah menjalinkan ikatan yang cukup istimewa dengan Malaysia menerusi kebaikan yang dihulurkan. Baik susah mahupun senang, kami telah sentiaasa berada di sisi rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat serta inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Kami amat menghargai kepercayaan serta perasaan cinta terhadap jenama Milo yang dicurahkan oleh rakyat Malaysia selama ini. Dengan Milo di sisi, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama kami.”

    Milo juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama Milo menerusi cerita Milo saya di HITZ, ERA, dan MY FM. Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin Milo vintaj edisi terhad.

    Layari www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan Milo selama 70 tahun. Di samping itu, kongsi pengalaman Milo 70 tahun di Malaysia anda di media sosial dengan #MILO70Tahun.

  • Ultra Remote Astro Menangkan Anugerah Red Dot 2020 untuk Produk Reka bentuk dalam Kategori “Hiburan TV dan Rumah”

    Kuala Lumpur, 11 Ogos 2020 – Alat kawalan jauh Ultra Remote Astro yang terbaru telah memenangi Red Dot 2020 yang berprestij Anugerah bagi Reka Bentuk Produk dalam kategori “Hiburan TV dan Rumah”. Alat kawalan jauh Ultra itu telah dipilih oleh 40 juri dari pakar antarabangsa kerana susun atur butangnya mesra pengguna yang mengagumkan serta susun atur yang disusun secara logik sehingga membolehkan peranti dikendalikan dengan selesa oleh pengguna.

    Alat kawalan jauh Ultra adalah sebahagian daripada Kotak Ultra baru Astro yang mempunyai ciri ciri termasuk UHD 4K, Rakaman Awan dan merupakan antara muka pengguna baru yang membolehkan penggunaan bagi kandungannya lancar di pelbagai skrin, penemuan kandungan dengan cadangan yang diperibadikan diperbaiki agar menjadi lebih baik, bermula dari fungsi permulaan dan kemampuan untuk merakam beberapa pertunjukan pada masa yang sama. Lebih daripada 100,000 pelanggan telah memasang Ultra Box tersebut.

    Sebagai sebahagian daripada reka bentuknya, permukaan alat kawalan jauh Ultra ini terdiri daripada kombinasi matte dan permukaan gloss. Ciri khasnya pula adalah di bahagian atas yang diperlihatkan, yang mencerminkan penggayaan produk khas Astro. Butang pula dibuat dengan plastik keras premium dengan membran kubah logam yang memberikan maklum balas segera dan klik yang tepat, sehingga meningkatkan pengalaman mengklik butang.

    Shahrul Imran Sultan, Naib Presiden Kejuruteraan Produk Astro berkata, “Kami gembira dengan ini dapat memenangi untuk reka bentuk inovatif Ultra terpencil sebagai sebahagian daripada peningkatan berterusan kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman yang lebih baik. Kami amat bangga kerana alat kawalan jauh tidak hanya dirancang dengan baik tetapi juga menggabungkan bentuk dan fungsi dengan cara yang sangat baik”.

    Beberapa ciri alat kawalan jauh di masa depan termasuk, fungsi kawalan suara untuk penemuan kandungan dan fungsi find-me untuk memastikan alat kawalan jauh senang dijumpai. Alat kawalan jauh juga berfungsi pada pangkalan data TV berasaskan awan untuk alat kawalan jauh untuk dikemas kini dengan perisian terkini untuk bekerjasama dengan pelbagai Jenama TV di pasaran.

    Alat kawalan jauh direka oleh ruwido secara eksklusif untuk Ultra Box, yang menggambarkan jenama Astro dan reka bentuknya.  Ruwido adalah sebuah syarikat yang berpusat di Austria dengan kedudukan terkemuka dari segi reka bentuk, teknologi dan pembuatan peranti input dan mekanisme interaksi.

    “Kami semua di ruwido sangat bangga dengan hubungan yang baik antara Astro & ruwido. The Red Dot Award menggaris bawah kisah kejayaan kerja bersama kami sejak beberapa bulan kebelakangan ini amat baik sekali. Oleh itu, hanya produk seperti alat kawalan jauh Astro yang dibuat oleh penglihatan reka bentuk yang dapat mencapai keharmonian sempurna antara kualiti fungsi, penggunaan, tanggungjawab dan sentuhan emosi” kata Ferdinand Maier, Ketua Pegawai Eksekutif ruwido.