Platform Video iQIYI Menyajikan Program Popular Termasuk ‘Variety Show’, Drama Cinta dan Drama Sejarah dengan Penampilan Bintang Ternama di Malaysia

Platform Video iQIYI Menyajikan Program Popular Termasuk ‘Variety Show’, Drama Cinta dan Drama Sejarah dengan Penampilan Bintang Ternama di Malaysia

iQiyi International telah menyediakan perkhidmatan striming video Internet yang menyaji pelbagai rancangan hiburan untuk tontonan di Malaysia September ini.  Memiliki pelbagai genre seperti – variety show, cinta, aksi dan banyak lagi.  iQiyi telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh syarikat teknologi multinasional China – Baidu, yang pada awalnya hanya menyiarkan drama China.  Kini telah menambah drama dan filem Korea, persembahan aneka ragam dan anime Jepun dan beberapa lagi menerusi platform nya bagi memenuhi selera peminat milenial, bukan setakat di China, bahkan di kalangan penggemar dari Asia Tenggara.

Antara judul pelbagai genre hidangan iQIYI yang telah menang anugerah termasuk The Golden Eyes, pemenang Golden Bird Prize di 2019 Seoul International Drama Awards; dan Story of Yanxi Palace, sebuah drama bersiri berlatar sejarah silam China yang telah distrim lebih 15 bilion kali sepanjang 2018. iQIYI juga telah merintis dan menghasil persembahan Internet aneka ragam berprofil tinggi seperti peraduan rap – The Rap of China bermula 2017, dan persembahan kumpulan ramaja perempuan China 2020 – Youth With You yang turut mengetengah Lisa dari Blackpink sebagai salah seorang mentor.

iQIYI menawarkan pelan langganan termampu lagi fleksibel. Bagi mereka yang memilih akses untuk menyaksi program yang baru dan eksklusif, boleh memilih langganan akaun VIP standard berharga RM8.90 atau akaun VIP premium berharga RM16.90. Isi kandungan atau judul program lama juga boleh diperoleh secara percuma menerusi laman web iQIYI (iQ.com) atau menerusi platform aplikasi mudah alih.

  • Persembahan aneka ragam terbaru lagi original termasuk The Rap of China 2020, satu-satunya rancangan realiti pertandingan rap nukilan asli iQIYI yang kemunculan semulanya dengan pengacara Kris Wu dan Jay Park sangat dinanti-nantikan; Let’s Party, persembahan aneka ragam pertama yang membawa kumpulan remaja perempuan popular THE 9, juga dilahirkan dari rancangan top iQIYI,Youth With You; dan Dimension Nova, persembahan talen idola untuk karakter maya yang mempersembahkan barisan selebriti seperti , antara lain – Fan Cheng Cheng, Angelababy dan Wan Lin Kai.
  • Drama cinta bertajuk Love Yourself, berkisar tentang konflik pertengahan hidup empat individu yang meniti kerjaya yang menemui jalan buntu mendaki ke puncak tetapi mula berpacaran; dan tajuk original iQIYI Love is Sweet, yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bertemu rakan karib semasa kecil, seorang budak lelaki di tempat kerja tetapi menjadi saingan dalam kerjaya, dibintangi pelakon popular Leo Luo dan Bai Lu.
  • Drama berlatar sejarah ciptaan original seperti Dance of the Sky Empire, berlatar zaman Dinasti Tang Dynasty di era manusia dan jembalang saling wujud mengharungi kehidupan. Penonton dibawa merentasi masa silam dengan kisah kembara yang membabit manusia-jembalang hibrid (Xu Kai, yang pernah membintangi Story of Yanxi Palace) menjadi wira setelah mendamaikan puak bertentangan dan menjalin hubungan romantik dengan manusia. Lain-lain ciptaan original termasuk The Moon Brightens for You, kisah cinta dua pakar pertahanan diri sewaktu masing-masing berjuang untuk muncul sebagai ketua dunia persilatan; In A Class of Her Own, kisah gadis miskin bertemu anak seorang perdana menteri, menyamar sebagai lelaki untuk melayak diri masuk ke pusat pengajian yang dikhaskan untuk lelaki sahaja.
  • Peminat drama Korea pasti terhibur kerana ahli kumpulan popular Backstreet Rookie – Chang-Wook Ji dan Yoo-Jeong Kim boleh ditonton di iQIYI, dan Flower of Evil, yang dibintangi Lee Joon-Gi menjejak kisah seorang berpenyakit mental yang cuba menyorokkan kisah silam daripada pengetahuan wanita yang dikahwini. Drama popular Korea Love Revolution turut disaji iQIYI, dibintangi ahli THE BOYZ, Kim Young-Hoon dan Park Ji-Hoon dari Wanna One, dalam satu kisah romantik dan persahabatan antara kumpulan pelajar sekolah tinggi. More Than Friends, dibintangi Ong Seong-Wu dari Wanna One iaitu kisah hubungan dua orang muda yang saling meminati sesama lain secara rahsia sejak lebih sepuluh tahun lalu.
  • Penonton warga Malaysia juga akan dihiburkan dengan pelbagai drama dan filem tempatan seperti drama cinta terhangat yang kini eksklusif di iQIYI: Pengantin Satu Malam, kisah siri cinta antara seorang perempuan muda yang bersetuju menjalinkan hubungan fizikal ditiduribosnya untuk mendapat upah bagi menampung belanja pembedahan ibunya; Anak Merdeka, sebuah drama patriotik bersiri enam episod yang mula ditayangkan 2017 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60; Ola Bola, sebuah filem yang diilham dari pasukan bolasepak kebangsaan yang terbabit dalam kejohanan Olimpik 1980; dan Adiwiraku, sebuah drama tempatan yang mengisahkan pengalaman hidup seorang cikgu pedalaman. Adiwiraku menang Anugerah Filem Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-29.
  • Maklumat lanjut mengenai program, barisan pelakon dan sinopsis boleh diperoleh di Annex.

Dinesh Ratnam, Pengurus Wilayah iQIYI untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata: “Kami amat bersyukur dengan sokongan dari para penonton di Malaysia sejak aplikasi antarabangsa kami dilancarkan pada akhir 2019. Kami teruja untuk menantikan ketibaan drama dan rancangan hebat yang akan dilancarkan di platform iQIYI.

“Pelancaran drama sulung yang eksklusif di iQIYI, 7 Hari Mencintaiku 2 koleksi sulung judul dari Malaysia pada akhir Julai telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dan kami berharap sambutan itu dapat diteruskan dengan pelancaran filem dan drama tempatan sepanjang bulan September ini. Pilihan filem dan drama tempatan ini sepadan dengan isi kandungan pan-Asia kami yang merentasi pelbagai genre dan citarasa penonton. Kami harap pilihan tempatan ini akan diminati orang ramai dan memberi hiburan dan keseronokan ketika musim PKP ini.”