Category: ATTRACTION

  • Vivo Introduced its X50 series in Malaysia, Bringing a Professional Mobile Photography Experience to Users.

    Kuala Lumpur – Vivo Malaysia introduced their latest X series – X50 and X50 Pro in Malaysia at an Exclusive Media Launch. Realising Vivo’s commitment to user-centric design and innovation. X50 and X50 Pro feature professional-grade camera technologies that revolutionise the mobile photography experience.

    with cutting-edge stabilization, night mode, zoom feature and protrait technologies, X50 series enables users to capture stable high-quality images taht draws from natural elements to futuristic aesthetics which aiming to complement the active lifestyles of consumers. With professional photography capabilities, stunning design and smooth performance, X50 series pushes the boundaries to high-end flagship smartphones.

    since the 5G developing rapidly and soon available in Malaysia, more consumers will be able to enjoy the benfits of 5G can bring given its much faster speed, low latency and massive interconnectivity capabilities. through the X50 series, Vivo hopes to bring the next generation mobile experience closer and more accessible to users.

    Mobile Photography, Redefined

    To reduce shaking, X50 Pro’s camera is equipped with an industry-leading Gimbal Camera system that allowing users to take a clear photos and videos even at night. X50 Pro’s built-in miniature gimbal module moves in the opposite direction of shaking motions, providing increased the stability of the main camera. therefore, this technology can enchance image and video clarity.

    X50 series consists of true photography flagship smartphones. X50 Pro has a versatile camera set up with one 32MP front camera and four cameras on the rear (48MP. 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Potrait and 8MP 5x Telescopic). X50 Pro’s 5x Telescopic lens also supports 60x Hyper Zoom leading to photos of breathaking detail.

    X50 and X50 Pro feature Extreme Night Vision (Super Night Mode) and Starry Sky Mode which together enable users to capture stunning photographs of both city and country scenes at night. While 120 super Wide-Angle and Super Macro functions help create professional-quality photos in a wide range scenarios. Vivio’s Potrait Mode powered by 4-layer masking algorithm, allows users to separate the subject from the background and apply separate effects for a more refined results.

    Sleek Performance and Design

    This series supports 5G connectivity, allowing users to stay online with super fast speeds and low latency. Powered byt Qualcomm Snapdragon 765G processor, X50 Pro provides fast computing displaying crisp images, movies and games without smears blurs.

    Vivo TWS Earphone Neo Complement the X50 with Ultimate Audio

    Vivo also launching the TWS Earphone Neo. Buily to provide a high-quality experience that meets the needs of everyday music lovers, the wireless TWS Earphone Neo have costumized 14.2mm Moving Coil Unit, delivering a more powerful and full-bodied sound as well as a bio-fiber composite diaphragm to enhance audio details.

    Designed with the needs of consumers in mind, TWS Earphone Neo also feature AI Nose Cancelling for clearer phone calls and several voice-activated smart controls.

  • Sifat tawaduk ibadurrahman bentuk komuniti harmoni

    Sifat tawaduk ibadurrahman bentuk komuniti harmoni

    NILAI – Sifat tawaduk yang dimiliki umat Islam dan pemimpin boleh dijadikan contoh terbaik untuk menghidupkan masyarakat harmoni serta berkasih sayang di negara ini.

    Menurut Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi, individu tawaduk ini bukan sahaja merendah diri untuk jiwanya tetapi patuh arahan ALLAH SWT serta sentiasa mengikut al-Quran dan Sunnah.

    “Orang yang bersifat demikian mempunyai jiwa yang halus. Kehadiran mereka memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat dan negara.

    “Antaranya, dia suka membantu orang susah di sekelilingnya, mudah disenangi orang lain termasuk mereka yang bukan Islam, dan mengangkat kedudukan Islam kerana menunjukkan akhlak yang baik.

    “ALLAH SWT berfirman: “Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah itu adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan salam (surah Al-Furqan, 25: 63),” katanya.

    DR AHMAD SANUSI AZMI

    DR AHMAD SANUSI AZMI

    Beliau berkongsi kupasan mengenai sifat ibadurrahman yang pertama iaitu tawaduk dalam Surah Al-Furqan ayat 63, di pejabatnya baru-baru ini.

    Beliau turut menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak meninggi diri kerana ia ciri utama ibadurrahman yang disebut dalam al-Quran.

    “Menurut Imam al-Qurtubi, orang yang berjalan dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan diri namun dia berjalan tidak terlalu tunduk atau lembik.

    “Rasulullah SAW berjalan dalam keadaan tegas dan tegap tetapi jiwanya dalam keadaan rendah diri. Inilah ALLAH SWT maksudkan rendah diri sebagai ciri utama ibadurrahman yang disebut dalam al-Quran,” katanya.

    Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidaklah mengurangi harta. Tidaklah ALLAH menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya. Dan juga tidaklah seseorang memiliki sifat tawaduk (rendah diri) kerana ALLAH melainkan ALLAH akan meninggikan darjatnya.” (Riwayat Muslim)

    Dalam pada itu, kata Ahmad Sanusi, pemimpin yang bersifat tawaduk akan disukai dan disenangi ramai berbanding pemimpin yang sombong serta bongkak.

    Katanya, umat Islam perlu mengambil teladan kisah yang disebut dalam al-Quran mengenai sifat syaitan yang meninggi diri, timbulkan persaingan diri, melakukan perkara tidak baik sehingga akhirnya tergelincir dari syurga.

    “Selain itu, kita boleh mengambil pengajaran kisah golongan yang sombong dan bongkak dalam al-Quran, dan bagaimana ALLAH menghilangkan nikmat mereka dalam sekelip mata.

    “Untuk memiliki sifat tawaduk, kita harus mendekati golongan anak yatim, orang tua dan fakir miskin. Ini dapat mendidik diri kita menjadi orang yang bersyukur selain menziarahi serta membantu saudara mara yang berada dalam kekurangan,” katanya.

    Orang ramai dijemput untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman pada 30 Ogos ini.

    Orang ramai dijemput untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman pada 30 Ogos ini.

    Tambah beliau lagi, sifat Rasulullah SAW yang bercakap baik ketika berhadapan dengan kaum Quraisy merupakan sifat ibadurrahman yang perlu dicontohi.

    “Ayat 63 dalam Surah Al-Furqan, ALLAH SWT mengajar kita untuk berkata baik apabila berhadapan dengan golongan yang bersifat tinggi diri. Contohi sifat Rasulullah SAW yang bercakap baik ketika berhadapan dengan kaum Quraisy yang hebat tetapi sombong kerana menentang Islam.

    “Konfrontasi atau pertembungan dengan orang yang bongkak tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah. Sebagai ibadurrahman, berkata baik atau berdiam diri lebih baik daripada menimbulkan perseteruan dan merosakkan diri sendiri,” katanya.

    Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 77 menjadi surah pilihan bagi Malaysia #QuranHour yang bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman, pada 30 Ogos ini bersamaan dengan 11 Muharam 1442H.

    Dalam melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan Covid-19, Malaysia #QuranHour akan disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis secara serentak pada jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Orang ramai dijemput untuk menyertai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini yang membawa visi “MengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah”.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Pesan Ilmuwan- 12 Personaliti Ibadurrahman, sila layari http://bit.ly/ibadurrahmanYouTube dan https://www.facebook.com/WorldQuranHour/



    Sumber

  • WUI teruskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah

    WUI teruskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) akan meneruskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah di Malaysia dan memperluaskan ke seluruh dunia melalui kempen Quran Hour.

    Pengasas WUI, Datuk

    Sumber

  • Kerjasama Strategik Media Prima Berhad & Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

    Media Prima Berhad & Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah bekerjasama melancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2020 untuk memberikan penghormatan di atas pengorbanan setiap veteran yang telah berjasa kepada negara.  Kempen ini dilancarkan menerusi siaran langsung di program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas oleh YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan.

                Persembahan menarik daripada Angkatan Tentera Malaysia iaitu ‘Tempur Tanpa Senjata’ dari Tentera Darat Malaysia (TDM), kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ‘drumline’ Tentera Udara Diraja Malaysia dan persembahan terakhir oleh Ning Baizura dan Zainal Ariffin Ismail dengan lagu ‘Perwira’.  Media Prima Berhad turut menyediakan pelbagai pengisian program dan aktiviti menarik dalam menyemarakkan lagi kempen tersebut.  Kempen Tabung Pahlawan 2020 bertujuan menggalakkan orang ramai memberi sumbangan secara ikhlas untuk membantu Veteran ATM.  Kempen Tabung Pahlawan 2020 mensasarkan jumlah kutipan melebihi RM 10 juta. Anda boleh menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Bank 1059 5000 3201).  20 selebriti popular tanah air akan turut menyumbangkan barangan peribadi untuk dijual dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Pahlawan.  Aktiviti jualan tersebut akan dihebahkan menerusi laman media sosial rasmi TV3 dan program Wanita Hari Ini dan Melodi, bermula 24 Ogos – 4 September 2020.

                Usaha Media Prima Berhad mengiklankan kempen tersebut dengan menghasilkan lagu dan muzik video ‘Perwira’, mengadakan segmen khas dalam Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini, episode khas di Majalah 3 dan Nona, telefilem khas iaitu Kelab Gentleman dan Kapsul Apa Kata Orang Muda untuk menyemarakkan lagi kempen tersebut.  ‘Perwira’ boleh didengari di semua pelantar digital termasuk Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 17 Julai 2020 manakala video muzik pula bakal disiarkan bermula 24 Ogos 2020. Video muzik ‘Perwira’ diinspirasikan oleh kisah benar kejadian pertempuran di Somalia yang lebih dikenali sebagai insiden ‘Black Hawk Down’ pada tahun 1993.

    Malaysia Hari Ini: Perwiraku, JHEV, Berkongsi Cerita Berkongsi Rasa

    20, 21 & 24 Ogos 2020, 8.00 – 9.30 pagi, TV3

    Majalah 3: Penghormatan Atas Pengorbanan

    31 Ogos 2020, 9.00 malam di TV3

    Wanita Hari Ini: Susulan Kejayaan

    26 Ogos 2020, 12.00 tengah hari di TV3

    Nona: Rentas Kemahiran Reformasi

    30 Ogos 2020, 2.00 petang di TV3

    Apa Kata Orang Muda #AKOM, (2 minit)

  • KEMPEN TABUNG PAHLAWAN

    Pada 31 Julai setiap tahun Malaysia menyambut Hari Pahlawan, Kempen Tabung Pahlawan merupakan salah satu program yang dijalankan bagi mengenang Pahlawan Negara yang telah berjuang dan berkorban demi bangsa dan negara.  Kempen Tabung Pahlawan bermula pada tahun 1950 yang dikendalikan oleh persatuan Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya selepas Perang Dunia Kedua.  Tujuan Kempen Tabung Pahlawan ini adalah untuk mengiktiraf jasa pahlawan negara dan mendapatkan sumbangan kepada Veteran ATM, balu dan keluarga veteran yang kurang bernasib baik.  Ia juga dilakukan supaya dapat meningkatkan semangat patriotisme di dalam diri setiap warganegara, menyokong usaha kerajaan untuk memberikan veteran ATM kemudahan dan bantuan seperti rawatan perubatan, bantuan pendidikan dan berbagai lagi. 

    Sumbangan yang disampaikan melalui program kebajikan; CAKNA VETERAN adalah untuk terus membela dan menjaga kesejahteraan para Veteran ATM dan tanggungan mereka.  Pelaksanaan Kempen Tabung Pahlawan 2020 akan menggunakan platform digital akibat terkesan dengan wabak COVID-19 di Malaysia ini.  Tujuan kempen ini juga adalah untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan dan swasta iaitu syarikat Government-Linked Company (GLC) untuk sama sama memberikan bantuan kepada veteran yang telah berkhidmat untuk Malaysia.  JHEV ATM juga bekerjasama dengan Kumpulan Media Prima untuk menyiarkan melalui beberapa program di saluran TV3 antaranya dokumentari khas mengenai perjuangan seorang Veteran ATM di Majalah 3, akan disiarkan pada 31 Ogos 2020 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.  Selain itu juga, kempen ini akan membicarakan topik ini dengan menjemput hero veteran dan veteran kurang upaya di Malaysia Hari Ini, Nona dan Wanita Hari Ini. 

    Barangan berunsurkan KTP akan dijual secara online melalui portal Tabung Pahlawan bagi meningkatkan kutipan sumbangan.  Pada bulan September 2020 pula, acara kutipan amal akan diadakan melalui pertandingan golf dan kayuhan basikal.

                  Dalam perancangan akan dibuat jualan barangan berkaitan KTP secara online melalui portal Tabung Pahlawan, bagi meningkatkan kutipan akan diadakan Majlis Makan Malam Amal melalui acara jualan meja sumbangan, Majlis Penghargaan bagi  mengenang dan menghargai para penyumbang Kempen Tabung Pahlawan dirancang diadakan pada bulan September 2020 serta acara kutipan amal antaranya melalui pertandingan golf atau kayuhan basikal.

    Pihak Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang yang membantu memberikan pertolongan kepada pahlawan-pahlawan negara yang telah berkorban untuk bangsa dan negara tercinta. 

  • Teladani 12 personaliti Ibadurrahman

    Teladani 12 personaliti Ibadurrahman

    SHAH ALAM – Walaupun negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik koronavirus (Covid-19), namun program membudayakan al-Quran, Malaysia #QuranHour masih diteruskan bersama rakan sinergi media untuk memperluaskan lagi misi tersebut.

    Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, sinergi media menjadi tonggak utama untuk menyebarkan lagi gelombang al-Quran kepada orang ramai.

    Menurut beliau, kempen ini perlu diteruskan agar hasrat mengQurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah dapat direalisasikan.

    “Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerjasama rakan media utama ini sangat diperlukan bagi membangkitkan gelombang al-Quran dalam kalangan masyarakat walaupun kita masih dalam fasa PKPP.

    “Usaha memulihkan negara perlu dimulakan dengan memulihkan gaya hidup umat Islam melalui pemahaman mendalam kitab al-Quran.

    “Bila semua media bergabung dan kempen berjalan serentak, gelombang luar biasa akan terhasil kerana kita mahu gerakkan kesedaran bukannya majlis membaca al-Quran semata-mata. Kempen ini membawa orang Islam mendekati al-Quran,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Sinergi Media Malaysia #QuranHour di Kumpulan Karangkraf hari ini.

    Hussamuddin Yaacob

    Hussamuddin Yaacob

    Antara media yang akan menjayakan kempen tersebut ialah Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, TV Alhijrah, Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian, IKIMfm dan blogger, DenaiHati Network.

    Kempen Malaysia #QuranHour kali keenam ini bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman’ akan disiarkan secara langsung melalui stesen TV dan platform digital iaitu TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis, Sinar Harian dan Ideaktiv pada 30 Ogos ini pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal kali ini membawa kelainan apabila surah Ar-Furqan dipilih berserta hadis mengenai empat tindakan Rasulullah SAW ketika masuk ke Madinah selain surah Ar-Rahman.

    “Surah Ar Rahman yang ditadabbur bersama World #QuranHour pada 13 Mei lalu telah membawa kita kepada penghayatan empat nikmat terbesar yang ALLAH SWT kurniakan iaitu nikmat al-Quran, komunikasi, keinsanan dan alam sekitar.

    “Kali ini kita membawa misi mengQurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah dengan pembinaan 12 personaliti ‘Ibadurrahman’ berteraskan surah Al-Furqan.

    “Personaliti ‘Ibadurrahman’ adalah gambaran akhlak umat Rasulullah SAW yang mencapai kemuliaan di sisi ALLAH serta seorang hamba kepada Ar Rahman yang melahirkan tindakan yang mengharmonikan sekitarnya dengan menyebarkan salam, memberi makan, menyumbang silaturahim dan bersolat malam ketika orang lain sedang tidur sumber kekuatan diri,” katanya.

    Marhaini Yusoff

    Marhaini Yusoff

    Antara personaliti ‘Ibadurrahman’ ialah tawaduk, berbudi bahasa, bertauhid, sederhana dalam membelanjakan harta, mendirikan solat malam, menyelami ayat-ayat ALLAH dan memohon kebaikan untuk keluarga.

    Katanya, usaha ini juga merupakan inisiatif untuk menjadikan ‘Ibadurrahman’ yang akan memacu transformasi peradaban dunia bermula diri sendiri, keluarga, organisasi dan komuniti.

    “Ia akhirnya menjadi asas kepada terbinanya sebuah tamadun umat dan negara yang berbudi serta penyayang di bawah naungan keredhaan-Nya.

    “Justeru, rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara diminta bersama-sama mengimarahkan kempen ini di rumah-rumah agar kita dapat memahami karakter yang terdapat dalam al-Quran sekali gus mencontohinya,” katanya.



    Sumber

  • SKY MIRROR ( The Amazing Paradise )

    Terdapat suatu tempat yang menarik dari segi pemandangan yang cantik untuk dilawati oleh pengunjung dan pelawat dari negara luar. Tempat ini dinamakan sebagai Pantai Cermin yang terletak di Kuala Selangor, Malaysia. Mereka telah melancarkan jeti rasmi milik mereka yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor pada bulan September 2017

    Seterusnya  seperti yang semua maklum, Kuala Selangor adalah sebuah bandar kecil yang terletak di Selangor. Ia mengambil masa selama satu jam setengah  bagi yang memandu dari Kuala Lumpur. Dulu  dikenali sebagai ibu kota kerajaan Selangor, ia mempunyai kepelbagaian sejarah, alam semua jadi dan kaya dengan hidupan liar. Sehingga terjadinya penemuan pantai cermin. Kuala Selangor juga sebuah kota yang tenang yang ekonominya didorong oleh industry perikanan di selat Melaka.

    Selain itu, Pantai Cermin adalah sebuah pulau  misteri yang hanya akan muncul selama berberapa hari setiap bulan iaitu pada 1 dan 15 bulan lunar dan 4 hari sebelum atau selepas tarikh, atau ketika permukaan laut rendah. Cermin raksasa ini dijuluki sebagai Salar de Uyuni dari Malaysia, selepas keajaiban semula jadi yang serupa terjadi di Bolivia

    Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan gambar yang menarik bolehlah  hadirkan diri bersama rakan – rakan ,keluarga, dan pasangan dan tak perlu untuk menghabiskan duit untuk ke luar negara semata- mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyeni.

    Pantai Cermin ini sebenarnya adalah dasar laut yang muncul di atas air selama beberapa jam pada waktu surut, dan memperlihatkan luas palang pasir sebesar lima puluh padang bola sepak. Orang tempatan biasanya memanggilnya sebagai Pantai dolar pasir dan Pasir hitam.

    Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Pantai Cermin , anda akan terpegun dengan keindahan pemandangan seperti syurga dunia. Tidak seperti tasik cermin lain, anda secara fizikal boleh berjalan di atas dasar laut, dan merakam momen unik dalam semua alam persekitaran reflektif.

    Di samping itu, ia juga merupakan rumah bagi banyak hidupan laut, paling banyak hidupan yang terdapat disitu ialah kerang laut dan kerang bayi yang tersebar luas di pasar. Walaupun kecil, anda pasti akan jatuh hati dengan berjuta – juta kerang bayi yang berkilauan seperti berlian di bawah cahaya matahari.

    Akhirnya, cara untuk pergi ke sana adalah dengan menaiki bot . Bot akan berlepas dari sky mirror jeti rasmi di Kuala Selangor. Tempoh keseluruhan adalah lebih kurang 3 jam bagi perjalanan pergi dan balik ketika di Pantai cermin.

  • Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd Kerjasama Liverpool

    Seperti yang sedia maklum, baru – baru ini penjual barangan sukan, iaitu Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah melancarkan satu Perasmian Liverpool FC x Nike 2020/2021 kit rumah. Kelab bola Liverpool dan Nike telah melancarkan kit- rumah untuk tahun 2020/2021. Ia adalah satu koleberasi pertama yang menarik selepas bertahun-tahun antara dua ikon kelab sukan yang terkenal.

    Kerjasama ini membawa pemegang Primier League, Eropah dan juara kelab piala dunia dengan jenama sukan yang teratas di dunia, bermula pada 1 August , akan menjadi pembekal rasmi  bagi Liverpool FC kit. Kerjasama ini mewakili detik penting bagi LFC dan Nike . Kedua – dua kelab ini memahami tradisi dan memilikki keunikkan hubungan dengan bandar mereka dan perminat yang berdedikasi dalam seluruh dunia . Mereka turut berterima kasih  kepada gaya pasukan dan sikap mereka di padang. Nike akan menyediakan  pangkalan bagi peminat melalui inovasi ,dan kerjasama rekaaan dan kreativiti yang akan membawa kepada kegembiraan dan tenaga sukan ke peringkat global.

    Liverpool FC 2020-21 kit rumah telah menyambut hubungan baru antara pihak. Ia mengakui masa lampau, sambil itu menetapkan nada kepada koleksi masa akan datang.Kit rumah terbaru Liverpool ini terdiri daripada tradisi jersey merah dan seluar sukan bola merah serta stoking. Kegunaan warna merah yang lebih cerah memancarkan keremajaan dan kegemilangan, kelengkapan tradisi warna dan pengenalan terhadap menyarung jersi tuan rumah.

    Merah, putih dan teal telah menjadi tradisi gabungan warna untuk LkFC selama bertahun-tahun, terutamanya ia berkaitan dengan puncak kelab tradisional. Teal itu mengadakan hubungan simbolik yang lebih jauh ke kota Liverpool melalui burung-burung  yang duduk dengan bangga melihat ke arah bandar, dan  berkaitan dengan puncak kelab tradisional.  Teal memegang simbolik yang lebih jauh. Sambungan ke

    bandar Liverpool melalui Burung  yang duduk dengan bangga melihat ke atas bandar, dan telah menjadi penentu jersi Liverpool Football Club sejak kelab ini  dibentuk pada tahun 1892.

    Dalam pada itu, Jersi rumah mempunyai kolar leher V yang bergaya dengan jalur berwarna putih dan merah.  Jalur juga muncul di bahagian atas lengan baju dan membentuk gelung di bahagian atas kaus kaki.  Akhir sekali, ada tengkuk leher 96 lambang, dibungkus oleh api abadi, duduk dengan bangga mengenang  96 kanak-kanak, wanita dan lelaki yang kehilangan nyawa di Hillsborough.

  • Makanan Menarik di Persekitaran MRT

    NASI KAHWIN HARI-HARI

                Nasi Kahwin Hari-Hari yang diusahakan oleh Encik Rudi Farique telah menyajikan pelbagai hidangan menggunakan resepi turun temurun selama 40 tahun.  Dibuka seawal 10 pagi dari hari Isnin hingga Sabtu.  Mula bertapak di Bukit Bintang berdekatan dengan MRT sejak 2 tahun lalu. 

    Satu set lengkap makanan utara ala-ala hidangan kenduri kahwin dengan air yang berkonsepkan ‘free flow’ boleh didapati dengan hanya RM8.50.  Dengan RM3.00 sahaja anda juga boleh menikmati ABC yang sangat enak.

    JIJU’S CAFÉ

                Jiju’s Café menyediakan pelbagai jenis manisan seperti tart, brownies, kek dan pastri yang memiliki visual yang sangat menarik seperti Pandan Gula Melaka, Biscoff dan Rose Lime.  Bagi yang menggemari rasa yang unik, Rose Lime adalah jawapannya.

                Jiju dan suaminya telah mengusahakan Jiju’s Café sejak tahun Mac 2013 lagi.  Perniagaan nya yang bermula kerana hobi dan minat di rumah mereka (Seputeh) telah berkembang dengan sangat maju sehingga mereka dapat membuka sebuah restoran pada tahun 2019 yang bertempat di Putra Heights.  Jiju’s Café dibuka setiap Selasa hingga Ahad dari jam seawal 10 pagi hingga 7 petang sahaja.

    BERGER KTM JULIESUIP

                Konsep perniagaan burger yang sangat unik ini telah menarik perhatian masyarakat setempat.  Pemiliknya yang bernama Suip Ahmad ini terpaksa berniaga burger menggunakan motosikal setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan Suip Ahmad kehilangan kakinya.  Walaupun keupayaan dirinya terbatas, keadaannya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berniaga walaupun terpaksa bergerak ke mana-mana menggunakan kaki palsu. 

    Beliau juga menjadi semakin kreatif dalam perniagaannya dengan menawarkan menu eksotik seperti daging unta dan rusa.  Double Trouble atau Triple Trouble telah mendapat tempat di hati ramai masyarakat.  Suip Ahmad juga telah menaik tarafkan kualiti burger beliau dengan membuat sendiri perapan sos lada hitam dengan resepi istimewa.  Sedar tidak sedar beliau telah berniaga selama 13 tahun dan masih giat meneruskan perniagaannya.

    NASI KAK WA

                Nasi Kak Wa diusahakan oleh Mohd Arpashaz Bin Abdul Rahim, dengan menggunakan nama isteri beliau.  Kedai ini bertempat di Pantai Dalam dan sudah mula berniaga sejak 5 tahun dahulu.  Mula beroperasi seawall jam 8 pagi.  Menggunakan resepi istimewa untuk sambal cili ayam cincang dan nasi dagang menyebabkan gerai Nasi Kak Wa memiliki pelanggan setia mereka tersendiri.  Turut menyediakan masakan Kelantan yang berlainan seperti Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Daging Kerutuk.  Semua juadah dijual dengan harga yang berpatutan serendah RM5 sahaja.

  • Rapid Rail Tidak Membenarkan Warga Asing Bergelang Hijau Masuk Ke Stesen Pasar Seni

    Pada 4 Ogos 2020, Rapid Rail Sdn Bhd telah memberikan penjelasan berkenaan dengan isu yang melarang warga asing yang memakai gelang hijau bertulis COVID-19 dan seorang rakannya daripada masuk ke sistem LRT di Pasar Seni pada Sabtu lepas.  Tujuannya adalah untuk mengelakkan rasa panik di kalangan pengguna LRT.

    Pihak Rapid Rail telah mengesahkan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa hanya warna merah jambu dan putih sahaja yang digunakan untuk gelang tangan individu yang sedang dikuarantinkan.

                Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini, pihak Rapid Rail dan Rapid Bus sentiasa mengsanitasi tren serta bas dan memastikan bahawa pekerja dan pengguna mematuhi standard operasi prosidur yang telah ditetapkan.  Juga dinasihatkan supaya pengguna perkhidmatan Rapid KL agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tanpa maklumat yang tepat.