Category: ATTRACTION

  • SEARCH TERUSKAN KONSERT DI PULAU PINANG DAN JOHOR BAHRU

    Kuala Lumpur, 13 Oktober 2022 – Persembahan Search Rockin’ On Rooftop di atas bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu dinamakan antara konsert terhebat tahun ini.

    Lebih sebulan selepas konsert berlangsung, peminat masih memperkatakan mengenai konsert itu terutama dari segi ‘sound’, pemilihan lagu dan pastinya persembahan mantap anggota Search iaitu Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus.

    Noordin mewakili Search berkata, mereka berterima kasih kepada peminat serta media yang memberi komen positif dan ulasan memberangsangkan terhadap konsert terbabit.

    “Kebanyakan klip video yang dikongsi di media sosial oleh peminat mendapat jumlah tontonan yang cukup tinggi. Kami amat terharu apabila peminat menobatkan konsert itu sebagai konsert yang paling berpengaruh tahun ini,” katanya.

    Perkongsian video itu turut membuatkan peminat yang tidak berkesempatan hadir ketika itu tidak sabar menantikan konsert seterusnya.

    Dan, penantian itu nampaknya bakal berakhir apabila Search akan tampil dengan dua konsert selepas ini iaitu Rockin’ Arena di Penang Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember ini jam 9 malam dan Rockin’ On Rooftop di bumbung pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari tahun depan jam 9 malam.

    Harga tiket untuk dua konsert ini ialah RM268 dan RM148 dan dijangka mula dijual minggu depan. Untuk pembelian dalam talian boleh ke www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh ke kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

    Search juga dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu dalam konsert ini nanti. Dalam masa sama, mereka juga akan meningkatkan kualiti sistem bunyi, permainan muzik dan persembahan supaya lebih baik berbanding sebelum ini.

    Noordin berkata, selepas berakhir Konsert Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, mereka dihujani banyak pertanyaan mengenai program Search selepas itu.

    Search bukan saja menerima tawaran mengadakan konsert di dalam negara, tetapi juga di luar negara.

    “Namun, kami mengambil sikap sangat berhati-hati dalam memilih untuk bersetuju. Perkara paling penting ialah Konsert Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell itu kami jadikan sebagai penanda aras untuk konsert seterusnya baik dari segi tempat, tarikh dan masa.

    “Selain itu, spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang sama atau lebh baik lagi. Pihak kami amat menitikberatkan piawaian ini selaras dengan nama besar Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock tanah air.

    “Ini bermaksud apabila peminat menonton persembahan Search, mereka akan menikmati ‘standard’ Search itu sendiri dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya dikendalikan jurutera Search yang cukup berpengalaman,” katanya.

    Selain dua lokasi di Pulau Pinang dan Johor Bahru yang sudah ditetapkan, Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai.

    “Kami merancang untuk ke sana (Kuching dan Kota Kinabalu) hujung tahun ini, tetapi ia terpaksa ditunda berikutan situasi musim tengkujuh ketika ini. Ini kerana kami mahu membuat konsert di kawasan terbuka, jika buat di lokasi berbumbung tidak ada lokasi yang sesuai pula. Insya-Allah, mungkin kami akan ke sana tahun depan,” katanya.

    Dalam masa sama, Search juga ada mengadakan perbincangan dengan penganjur konsert di Indonesia. Jika semuanya berjalan lancar, Search dijangka mengadakan konsert mereka di Bandung pada penghujung Februari tahun depan.

    Menurut Noordin, dia bersama anggota Search mula menjalani latihan minggu ini selepas penyanyi, Denden kembali ke sini dari Indonesia, Isnin lalu.

  • KONSERT EXISTS REUNION KEMBALI KE SINGAPURA

    12 OKTOBER 2022 – Di Singapura, persembahan terbaharu Exists Reunion pada 5 Oktober 2019, memberi kesan yang ketara kepada penonton. Sambutan positif ini terbukti apabila persembahan berlangsung di The Theatre at Mediacorp, di mana tiket untuk acara itu habis dijual dalam masa kurang dua hari.

    Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

    Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

    Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, “Menyaksikan para penonton menyanyi bersama-sama di Konsert Exists Reunion di Singapura adalah antara kenangan terindah kami, sama seperti di Stadium Malawati sebelumnya. Kami bawakan konsert ini kembali kerana mengerti dengan kerinduan peminat yang sudah menunggu kehadiran Exists Reunion usai pandemik melanda dunia.”

    Tambahannya lagi, pihak Shiraz Projects sering mendapat pertanyaan bilakah lagi Exists Reunion akan kembali lagi ke Kota Singa dan menyemai momen indah bersama peminat dengan lagu-lagu malar segar mereka.

    “Memahami kerinduan yang mereka rasakan, kami bawakan Exists Reunion ke The Theatre at Mediacorp, Singapura sebagai lokasi pertama dalam rangkaian siri jelajah Exists Reunion pada tahun 2023. Lokasi yang seterusnya akan diumumkan kelak. Buat masa sekarang kami ingin memberikan berita baik ini kepada peminat di Singapura dahulu,” tambah Shiraz yang juga teruja dengan sambutan terdahulu yang diberikan oleh peminat Exists Reunion di Singapura.

    Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

    “Kami sentiasa teruja dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para peminat di Singapura. Ketika kali pertama kami muncul di Singapura atas nama Konsert Exists Reunion, sambutan yang diberikan sangat membuatkan kami terharu. Oleh itu, kami ingin kembali lagi untuk sama-sama membina momen-momen indah bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan karier. Jadi jangan lupa dapatkan tiket segera,” ujar Ajai mewakili kumpulan Exists Reunion.

    Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre at Mediacorp.

    Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ini merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

    Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

    Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

    Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

    Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects.

    Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan infomasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan.

    KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

    KONSERT EXISTS REUNION- SINGAPURA Tarikh : 14 Januari 2023 Venue : The Theatre at Mediacorp, Singapura

    Laman Web : www.shirazprojects.com

    Harga tiket : SGD245 (Meet & Greet) SGD155 (Diamond) SGD135 (Platinum) SGD95 (Gold), SGD75 (Silver)

    Tiket : www.myticket.asia

    Facebook : shirazprojects

    Instagram : shirazprojects

    Hashtag : #KonsertJelajahExistsReunion

  • BUDGET 2023 BEING SEEN TO BE UNABLE TO PROVIDE A POSITIVE LONG-TERM EFFECT TOWARDS THE RECOVERY OF THE HOTEL INDUSTRY AND NEEDS A SPECIAL INDUSTRY BUDGET TO BE DRAFTED

    We would like to applaud the Malaysian government for recognising that the tourism sector has been significantly impacted by the COVID-19 pandemic and has yet to reflect the successes prior to the COVID-19 pandemic, as well as for introducing numerous critical measures during the introduction of the 2023 budget on October 7, 2022. We have frequently described the concerns that the Malaysian Government should focus in crafting the 2023 budget, and we hope that the Malaysian Government would consider assisting the Hotel Industry in surviving and gradually recovering in the next years.

    However, we think that the 2023 budget cannot have a positive long-term effect towards the recovery efforts for the Hotel Industry.

    In 2023, the Government has targeted the arrival of more than 15 million foreign tourists with an income value of 47.6 billion ringgit. However, in restoring the capability of the Hotel Industry, the Malaysian Government should be able to introduce a budget that is more effective in solving the threats to the Industry as well as recovering the taxes that have been lost or revenue leakage due to failure to take early action against the threats to the Hotel Industry due to the absence of specific laws to regulate :

    a. short-Term Residential Accommodations (STRA).
    b. all types of Online Travel Agencies (OTA’s).

    We are also disappointed when there is no change in efforts to raise the Annual Threshold Value of the Service Tax (SST) for the Hotel Industry from RM 500,000.00 to RM 1,500,000.00 where Budget Hotel is an industry used by the B40 Group and also did not introduced any kind of Taxs Incentive for Domestic Tourists which aims to mobilize or encourage people to travel within the country in re-stimulating the Tourism and Hotel Industry. It will not have the maximum effect for the recovery of the Industry when the arrival of foreign tourists is still low and Malaysians chooses to travel abroad.

    In general, the 2023 budget can be drafted better for the sustainability of the Hotel Industry in realizing the recovery of the Industry as well as introducing initiatives to resolve all threats for the Hotel Industry in addition to be more attentive to the Hotel and Tourism Industry that has been affected before the spread of the Covid-19 panmdemic in Malaysia as well as the current condition of the world economy and it will take a long time to recover as a result of various economic factors that directly affect domestic and foreign tourists including hotel industry operators.

    EXTEND THE TEMPORARY MEASURES FOR REDUCING THE IMPACT OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID19) ACT 2020 [ACT 829]

    We would also like to request the Malaysian Government to extend the Enforcement of the Temporary Measures For Reducing The Impact of Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) Act 2020 [Act 829] to provide special protection to those in the Hotel and Tourism Industry from Banking or Financial Institutions , property owners and also allow them to postpone the execution of the contract as mentioned in the “Table of Section 7 – List of Contract Categories” of Act 829.

    “A STRONG INDUSTRY ECONOMIC FOUNDATION IS THE BEST SHIELD FOR THE SUSTAINABILITY OF THE HOTEL INDUSTRY”

    For and on behalf of
    The Malaysia Budget & Business Hotel Association (MyBHA)

  • PENUNDAAN KONSERT SABYAN & SEVENTEEN

    Konsert Sabyan & Seventeen, yang dijadualkan berlangsung di Arena Axiata di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 15 Oktober 2022, telah ditangguhkan oleh penerbit acara tersebut, RR Brothers Studio.

    Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti juga dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti.

    Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

    “Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu. Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” ujar Jimmy Edward  mewakili pihak penganjur.

  • PROGRAM JELAJAH FRANCAIS MIKRO DAN MAMPU MILIK (F3M) ZON TENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA DAN MAJLIS PENYEMPURNAAN PROGRAM F3M

    PUTRAJAYA, 12 Oktober 2022 – Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Program Jelajah Francais Mikro dan Mampu Milik Zon Tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya di Hotel Marriot Putrajaya di Putrajaya. Program ini merupakan siri terakhir lawatan yang dirancang untuk 2022, merangkumi 12 tempat di seluruh negara, dengan matlamat untuk mendidik orang ramai tentang kemungkinan dan prospek perusahaan francais berskala kecil dan harga berpatutan.

    Program ini adalah salah satu komponen yang digerakkan di bawah inisiatif Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik (F3M) KPDNHEP dalam usaha membangunkan industri francais berskala mikro dan menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais. Aktiviti seperti sesi business pitching dan pemadanan, sesi konsultasi, sesi ceramah dan pameran oleh syarikat-syarikat francais yang menawarkan pakej permulaan perniagaan pada skala mikro dan mampu milik termasuk bantuan kewangan atau pembiayaan yang ditawarkan oleh Kerajaan semua ini merupakan antara pengisian utama program bagi mendedahkan masyarakat mengenai potensi perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik yang wajar diterokai kerana mampu menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara. Sebanyak dua belas (12) siri jelajah F3M telah dianjurkan sepanjang tahun ini dengan penyertaan lebih 1,000 peserta dari seluruh negara.

    Pada program ini, KPDNHEP turut menyampaikan Geran Penuh Program F3M kepada 11 francaisor dan bakal francaisor yang telah dinilai termasuk memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian dan MFA. Inisiatif Geran Penuh juga merupakan inisiatif di bawah Program F3M yang mensasarkan pihak francaisor untuk membangunkan pakej permulaan perniagaan francais mampu milik bernilai RM100 ribu ke bawah serta pakej permulaan perniagaan francais mikro bernilai RM50 ribu ke bawah. Penyampaian geran ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof yang turut merasmikan Majlis Penyempurnaan Program F3M. Di bawah Program F3M yang diperkenalkan sejak tahun 2021, sebanyak 19 francaisor telah menerima manfaat daripada pemberian Geran Penuh manakala seramai 33 francaisi telah dilahirkan melalui inisiatif pemberian Geran Padanan.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku peneraju sektor perdagangan pengedaran di peringkat nasional sentiasa memberi penekanan kepada usaha memperluaskan pembabitan rakyat dalam arus pembangunan ekonomi. Sebagai pihak yang mengawal selia industri francais negara, KPDNHEP telah melaksanakan program-program pembangunan dalam negara bagi mempromosikan francais kepada rakyat termasuk perlaksanaan Program F3M ini. Program ini adalah salah satu program utama dalam usaha menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais.

    Sementara itu, Pengerusi MFA Datuk Dr. Radzali Hassan amat berbesar hati kepada KPDNHEP di atas kepercayaan yang diberikan bagi melaksanakan Program F3M seterusnya berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan terutamanya dalam membantu golongan B40 dan M40 meningkatkan taraf hidup mereka. MFA juga sentiasa komited dan berusaha memantapkan mekanisme pelaksanaan bagi Program F3M agar konsep perniagaan francais dapat dihayati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan sama ada sebagai pemilik francais atau pekerja kepada syarikat francais selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan memulihkan sektor ekonomi akibat Pandemik Covid-19.

  • PREMIS DISYAKI TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DISERBU PENGUATKUASA KPDNHEP

    PUTRAJAYA, 12 Oktober 2022 – Dalam serbuan minggu lalu di sebuah lokasi di Taman Industri Selesa Jaya, Selangor yang disyaki dijadikan lokasi menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dan depoh simpanan minyak diesel haram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ) berjaya menumpaskan operasi pengalihan minyak diesel bersubsidi.

    Serbuan yang telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDNHEP Putrajaya pada jam 3.00 petang itu hasil daripada risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum serbuan itu. Semasa pemeriksaan, seorang lelaki warga tempatan lingkungan 30 an bersama seorang lelaki bukan warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan.

    Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dianggarkan berjumlah 9,000-liter bersama beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti terbabit. Premis juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada KPDNHEP berhubung berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

    Sehubungan dengan itu, pasukan serbuan telah bertindak dengan menyita sejumlah 9,000-liter minyak diesel, sebuah lori, peralatan penyambungan dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 99,350.00.

    Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut terhadap kes ini akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti punca bekalan minyak diesel diperolehi dan diedarkan termasuklah mendakwa pihak yang terlibat ke Mahkamah.

    KPDNHEP ingin memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual khususnya minyak diesel agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh di ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta).

    Selain itu, siasatan juga akan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewegan berkaitan minyak diesel.

    Jika disabit kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana lebih tinggi.

    Orang ramai disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi ini bagi memastikan aktiviti ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada rakyat dan Negara.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi ini boleh menyalurkan aduan kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    iii. Call Centre 1-800-886-800
    iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    v. Ez ADU KPDNHEP

  • WARM THEIR WINTER, “FLAG OFF” PROJEK PENGUMPULAN PAKAIAN MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN SYRIA

    Projek “Warm Their Winter”, yang mengumpul pakaian musim sejuk untuk pelarian Syria di Laman 83, Bukit Jelutong, Shah Alam dari 2 hingga 8 Oktober 2022, telah berakhir hari ini. Seramai 40 sukarelawan dari MSU, UITM, AITAF, dan individu swasta telah menyertai inisiatif ini.

    Secara kesuluruhannya, jumlah kotak pakaian musim sejuk yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 460 buah. Hasil kerjasama daripada kesemua sukarelawan yang hadir, kotak telah selesai dimuatnaik ke dalam kontena. Kontena dijangka berlepas ke Port Klang pada jam 5 petang ini.

    Projek ini akan diteruskan bagi zon Selatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Pagoh, Muar, Johor yang akan bermula pada 17 sehingga 24 Oktober 2022. Orang ramai yang berada di Johor, Melaka dan Singapura dialu-alukan untuk hadir memberi sumbangan dan sokongan.

    Jumlah dana untuk menampung kos pengurusan kontena ialah sebanyak RM114,000.00. Walaubagaimanapun, dana ini masih amat diperlukan. Kami menyeru orang ramai untuk teruskan menyumbang.

    Ini merupakan salah satu platform untuk orang ramai bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi. Bagi sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang, hubungi hotline ‘Warm Their Winter’ di talian 011-1136 2567 (Zana), 013-971 5901 (Fayyadh) dan 011-3703 0900 (Nisa) atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my/warmtheirwinter atau ikuti kami di media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter dan Syria Care Media di YouTube dan TikTok.

    Terima kasih.

  • Terpaling Juara Episod Akhir

    Segmen Terhangat Minggu ini akan mengumumkan prestasi terbaik setiap minggu, dan pemenang akan memperoleh ganjaran wang tunai RM5,000. Pemenang dipilih menggunakan skor gabungan 30% daripada undian dalam talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara dan 70% daripada hakim tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff.

    Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

    ‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

    Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton

    Terpaling Juara!

    Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital. 

    Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit.

    Hos Program

    Haziq Hussni dan Shiha Zikir

    Juri Tetap

    Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff

    Juri Jemputan

    Dato’ Sri Siti Nurhaliza

    Kapten & peserta

    Kapten Akim Ahmad Hazami Aqeesh (Aqeesh Aleeya) – Tersingkir pada episod 6Kapten Hael Husaini Rahmad Mega Shaz (Shazreen Shaharum)Kapten Naim Daniel Ifa Raziah – tersingkir pada episod 4 Aqmal (Aqmal Ramdan)

    Senarai Pemenang & Hadiah

    Juara – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM100,000

    Rahmad Mega (Kapten Hael)

    Tempat kedua – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 50,000

    Aqmal (Kapten Naim)

    Tempat ketiga – Trofi &  Hadiah Wang Tunai RM 30,000

    Hazami (Kapten Akim)

    Tempat keempat – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 10,000

    Shaz (Kapten Hael)

  • ‘YOLO MALAYSIA: NOAH LIVE IN KL’

    On November 12, 2022, at 8:30 p.m., at the newest state-of-the-art concert venue, Zepp Kuala Lumpur, YOLO Malaysia is proud to present NOAH, one of Indonesia’s biggest rock bands, who will perform live in a much-anticipated rock musical extravaganza titled “YOLO MALAYSIA: NOAH Live In KL,” promising concertgoers an extraordinary and out-of-this-world experience.

    “YOLO Malaysia marches ahead by bringing more exhilarating and exciting top musical acts. After 6 successful ‘YOLO Live Sessions’ concerts by top Malaysian artists, we’ve progressed one step further by bringing today’s most sought-after international artists.

    “For starters, we’ve decided to bring top musical acts from around the Southeast Asian region, and a famous rock band from Indonesia, NOAH, was chosen to end the year with a bang,” explained Haniff Hamzah, as the Executive Producer of YOLO Malaysia.

    Recently, YOLO Malaysia has successfully organized a one-of-a-kind concert ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ which brought together 3 prominent rock musicians of different generations and genres such as Spider, Noh Salleh and XPDC.

    According to Ib Harun, Founder of YOLO Asia, “Most concert attendees were utterly satisfied with the rocking performances by all 3 major acts. Each of them gave a mind-blowing performance and the audience were simply captivated during the concert.

    “In keeping the ‘rock’ momentum running, we bring you Indonesia’s legendary rock band, NOAH who has a legion of fans in Malaysia. The band was chosen on the basis of their ability to put on a brilliant show that will captivate concert-goers, and this is just the beginning as we’ve planned for many more international acts to perform in the near future.

    NOAH consists of 3 band members, frontman or lead vocalist, composer and music producer, Nazril Irham or famously known as Ariel, main guitarist, Lukman Hakim or Lukman, and also keyboardist, David Kurnia Albert Dorfel or better known as David.

    The band, which was established in August 2012 has agreed to perform in Kuala Lumpur by YOLO Malaysia’s initiative to bring more international acts for the Malaysian audience.

    “Besides entertaining fans of NOAH in Malaysia, get ready to experience the best 90 minutes of your life with non-stop hits by them throughout their involvement in the music industry.

    “On the night of the concert, 3 professional musicians will be accompanying NOAH and there’s also a surprise, so to those who wish not to miss the excitement, make sure you’re there.” according to Hamka Mohd Taufik, Creative Producer of YOLO Malaysia.

    Ticket buyers will not only get the chance to witness an energetic and out-of-this-world performance by NOAH in a more intimate setting, but also get the chance to interact with their idols.

    “The response has been very encouraging indeed, we extend our thank you to all. And to those who don’t want to miss out on future events, don’t forget to pre-register on our website,” said Haniff.

    As an added information, before any concert organized by YOLO Malaysia takes place, a pre-registration period is introduced for buyers to gain privileges to purchase tickets at an early stage, after which the remainder will be sold to the public.

    For future references, the organizers highly suggest that future ticket buyers follow all the YOLO Malaysia’s social media platforms for latest updates.

  • SUTRADARA DAIN SAID KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM

    Dain Said, seorang pembuat filem terkenal, baru-baru ini kembali dengan projek baharu yang dinanti-nantikan. Bermula pada 9 Februari 2023, pawagam di seluruh Malaysia akan mula menayangkan filem seram Harum Malam.

    Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan is timewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

    Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

    Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pic tures and Skop Productions. Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih me megang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gang ster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana da ripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Aus tin, Texas pada 22-29 September 2022.

    Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (Eu ropean premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengke tengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tar antino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve.

    Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower.
    “Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sa bar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!
    – Dain Said –
    (Pengarah filem Harum Malam)

    Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.