Category: ATTRACTION

  • DATO’ JAMAL ABDILLAH MUNCUL DENGAN SINGLE YANG MEMILIKI

    KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2022 – Vokalis lagenda ini adalah antara segelintir yang masih mengarang dan membuat persembahan sehingga kini. Malah, tidak pernah ada sambutan hambar terhadapnya. Penyokongnya datang dari semua peringkat umur dan generasi.

    Malah, Dato’ Jamal Abdillah dilihat sebagai penyanyi yang bijak mengatur kerjaya seni agar terus kekal relevan. Selain muncul dengan single baharu, kolaborasi dengan beberapa penyanyi muda dan popular masa kini antara pendekatan dibuat.

    Terbukti hasilnya berjaya apabila lagu yang dirakam Jamal bersama mereka menjadi siulan anak muda dan kekal trending hingga kini.

    Terbaharu, Jamal, 63, muncul dengan single YANG MEMILIKI hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu.

    Jamal berkata, lagu YANG MEMILIKI ini cukup dekat dengan kehidupan seharian selain apa yang dinikmati hari ini hanya bersifat sementara.

    “Lagu ini mengisahkan mengenai kita sebagai manusia hanyalah hamba yang menumpang sementara di atas muka bumi ini. Segala kenikmatan yang kita miliki hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT.

    “Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita. Kaya atau miskin itulah ujian buat kita. Segala kehebatan, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan segala yang baik-baik adalah daripada Allah, Pemilik dan Pencipta yang abadi,” katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai lagu YANG MEMILIKI, Jamal berkata dia jatuh cinta dengan melodi dan lirik yang dihasilkan.

    “Lagu dan lirik YANG MEMILIKI disiapkan demonya terlebih dahulu oleh penerbit dan pencipta lagu iaitu Kusham sebelum diperdengarkan kepada saya. Kali pertama mendengar, saya suka dan terus menyatakan persetujuan. Selepas itu baru pihak penerbit bawa kepada pihak Universal Music Malaysia untuk proses seterusnya. Alhamdulillah, pihak Universal Music Malaysia berminat dan proses rakaman pun bermula,” katanya.

    Menariknya mengenai proses rakaman lagu YANG MEMILIKI ini, muzik disusun oleh Kusham dan alat muzik dimainkan secara langsung oleh pemuzik professional.

    Sementara itu, penerbit lagu, Kusham berkata, proses rakaman berlangsung selama dua jam.

    “Apabila muzik siap dirakam, proses merakam suara Dato’ Jamal pun dilakukan. Rakaman suara mengambil masa lebih kurang dua jam. Proses rakaman berlangsung di One Scream Studio.

    “Selepas itu, proses adunan digalas oleh saudara Raja Iskandar atau Is Wow. Bagi saya, ini satu lagi pengalaman berharga buat kami apabila dapat bekerjasama dengan legenda. Proses yang mudah dan sangat profesional,” katanya.

    Kusham juga berharap lagu YANG MEMILIKI bukan sekadar lagu dan hiburan, tapi dapat memberikan manfaat buat semua pendengar.

    “Semoga lagu ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi dapat mendidik jiwa pendengar ke arah kebaikan yang dicari,” katanya.

    Single YANG MEMILIKI boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music daripada 9 September jam 12 tengah malam.

  • ROCK ON 40- The Legends SEARCH

    The famed rock band Search will perform at Istana Budaya next on December 4 as part of the ongoing Rock on 40 Concert Series.

    Announcing their show after a simple signing ceremony held at Menara Network office this afternoon, Amy of Search said they are proud to be part of the historic Rock On 40 concert series and have always wanted to come back to the prestigious venue as Search was the highest grossing act to perform there in the last decade. “It is always a privilege to perform Istana Budaya and to perform to our fans”, Dato Amy said.

    Organizer Menara Network Sdn.Bhd., Datuk Ab Razif Asmuni said that Rock on 40 2022, is a celebration to record the journey and development of Malaysia’s rock music for the last four decades. “This mega performance marks the kick-off of our concert rock series which will carry on into next year with the tour of the country including Sabah, Sarawak and Singapore. Due to great response from the fans, we chose to extend the series to 4th December with the legendary band Search.

    Ticket categories include RM168, RM288, RM388, RM488 and VVIP BOX at RM2,500 for the meet and greet experience.

    Dato Razif also hinted that the three-night performance at Istana Budaya, Kuala Lumpur will bring the audience back to the heydays of Malaysian rock music and could see the superstar rocker churning out hits they rarely perform at the Rock On 40: Search concert.

    You may visit our website at menaranetwork.com to purchase your tickets.

    For more details of the concert and ticket purchase, do contact the Menara Network Hotline below:

    +6019-9729288

    +6019-8879288

    +6019-4519288

    Or go to their IG, Facebook and Tiktok page.

  • PERLUASAN DIGITALISASI PERUNCITAN (ReDI) KE BAZAR JB MERANCAKKAN AKTIVITI EKONOMI SEKTOR PERUNCITAN NEGERI JOHOR

    JOHOR BAHRU, 6 Oktober 2022 – Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, secara rasminya melancarkan Inisiatif Pendigitalan Runcit (ReDI) peringkat Negeri Johor hari ini di Bazar JB.

    Pelancaran ReDI ini adalah sebahagian dari pelaksanaan inisiatif pengembangan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Program ReDI telah berjaya dilaksanakan di Putrajaya, Hulu Terengganu, Kapit Sarawak, Pulau Pangkor, Labuan, Sandakan, Sabah, Kuala Perlis, Perlis dan kemuncaknya oleh dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Bera, Pahang pada 27 Ogos 2022 yang lalu.

    Sehingga 1 Oktober 2022 sebanyak 5,596 peniaga telah beralih ke medium digital dan kini ianya diperluaskan di lagi di Johor dengan menyasarkan keseluruhan 265 peniaga Bazar JB yang menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai di sini. Inisiatif ReDI ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga (3) aspek iaitu MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT.

    Selain itu, bagi menyokong pelaksanaan ReDI yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan rakan strategik penyedia ewallet ini, Kementerian bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,400 bagi melaksanakan program insentif baru kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di Bazar JB ini.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdnhep.gov.my

    YB Dato’ Rosol bin Wahid
    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Bahru, 1 Oktober 2022

  • GABUNGAN DUA DIVA- KRIS DAYANTI DAN NORYN AZIZ DALAM SATU KONSERT

    KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA dipersembahkan oleh ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM), dan menampilkan bintang ‘berbilang bakat’ Indonesia, Kris Dayanti, dan vokalis jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.

    Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket akan mula dijual mulai 7 Oktober 2022, 3 petang.

    Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!

    “Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.

    Kami percata bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).

    Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas 5 tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya. Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia 9 tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia.

    Noryn Aziz, salah seorang penyanyi dan penulis lagu jazz dan R&B terhebat di Malaysia, memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, ‘Fantasi O Realiti’ . Vokalnya yang sangat kuat telah memukau penontonnya selama bertahun-tahun.

    Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini! Sertai kami untuk malam persembahan yang menarik dan penuh keseronokan di MIECC!

    Harga tiket ialah:

    VIP – RM 1,188

    Cat 1 – RM 988

    Cat 2 – RM 788

    Cat 3 – RM 488

    Cat 4 – RM 288

    Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/

  • CARING PHARMACY MEMPERBAHARUI PROGRAM KESETIAAN & MEMPERKENALKAN KEAHLIAN 3 PERINGKAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-28

    CARiNG Pharmacy meraikan ulang tahunnya yang ke-28 dengan mewujudkan program keahlian khas tiga peringkat menerusi program keahlian Prihatin Kesetiaan bagi melahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia mereka. Dari 6 hingga 10 Oktober 2022, perasmian besar akan berlangsung di Karnival CARiNG, Gelanggang Tengah, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil.

    Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesahan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.

    Sebagai sebuah rangkaian farmasi yang memiliki keahlian terbesar di Malaysia iaitu seramai 1.3 juta ahli, CARiNG Pharmacy bertindak untuk menambah baik aplikasi mudah alih untuk memberi pelbagai faedah kepada pengguna. Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat.

    Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring.

    Demi meraikan acara ini, CARiNG Carnival menganjurkan pelbagai aktiviti percuma seperti Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan pelbagai lagi aktiviti mesra keluarga. Tambahan lagi, carnival ini turut menampilkan booth jenama terkenal seperti Brand’s, Ensure, Hada Labo, Iconic Medicare, Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor. Para pembeli akan dihadiahkan dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahli, membeli di booth pameran, dan  menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival ini.

    Bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan. Sebagai Langkah inisiatif untuk lebih mendekati, Langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolestrol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG di carnival ini.

    CARiNG Pharmacy turut menggesa masyarakat untuk “Do It Right” berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat. Pembuangan bahan perubatan yang tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Dengan menyediakan tempat pengumpulan di carnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat-ubatan secara selamat.

    Muat turun aplikasi Caring di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery sekarang untuk menikmati 200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARiNG Pharmacy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/member-privilege/.

  • RESAH — ALIAH ADILAH

    Aliah Adilah yang terkenal dengan pentasnya sebagai Dilla merupakan pelajar diploma muzik di UITM, Shah Alam dalam jurusan vokal. Sejak kecil, Dilla sangat meminati bidang nyanyian. Dia kerap menyertai pertandingan nyanyian dan membuat persembahan di majlis makan malam dan majlis perkahwinan. gaya nyanyian tersendiri! Dilla gemar belajar menyanyi dalam genre balada, pop, klasik dan etnik Malaysia.

    Bakat yang di miliki oleh Aliah Adilah menjadi perhatian komposer baru iaitu saudara Joy atau nama penuhnya Azizul Jaabar Bin Azizain selepas menonton salah satu persembahan Dilla di ibu negera.

    Hasil perbincangan maka terhasilah ‘single’ pertama Aliah Adilah bertajuk Resah.

    Resah merupakan hasil ciptaan Azizul Jaabar Bin Azizain @ Joy dan Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S. dan liriknya oleh saudara Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S.. Resah tidak seperti jagu-lagu yang sedang popular masa kini, Resah merupakan kisah benar yang dialami penulis lirik sendiri jaitu sebuah penceritaan mengenai penderitaan seorang pesakit yang mengalami penyakit Anxiety disorder atau Serangan Panik dimana penyakit hadirnya tanpa amaran dan menjadikan orang yang mengalaminya menjadi sangat murung.

    Hasrat penulis lirik ini juga adalah ingin berkongsi rasa apa yang di alaminya di saat awalnya, semasa dan setelah menajalani rawatan selain menyampaikan agar orang ramai atau keluarga perlu mengambil peduli keadaan pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan dalam tempoh

    penyembuhan.

    Diharap dengan kemunculan lagu ini sikit sebanyak dapat memberi kesedaran orang ramai menghadapi pesakit yang mengalami Anxiety ini dan berusaha untuk membantu mereka untuk sembuh. Untuk Dilla sendiri semoga kehadirannya dalam industri dapat memeriahkan dan dapat diterima peminat seni tanah air.

  • PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT  PENDIDIKAN ANAK BANGSA

    Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia untuk mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Pertama solo sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November. , 2022. Ini berikutan kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, dan Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000.

    Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Ybhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini.

    Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket  Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September.

    Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA).

    Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri  Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

    Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik: Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya. “Rossa 25th Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin yang sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata “Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan PRIHATIN untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi bakal memanfaatkan pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan golongan B40 yang akan disalurkan kepada Tabung Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN.

    Semua sedia maklum, PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia.

    Pada sidang media ini juga turut diperkenalkan artis Malaysia, Hael Husaini akan turut membuat kemunculan sebagai penyanyi jemputan Malaysia dan bakal bergandingan dengan penyanyi terkenal Indonesia Dato’ Sri Rossa di Konsert Rossa ’25 Shining Years’ yang bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 2 November ini.

    Bagi peminat di Malaysia yang masih berminat untuk mendapatkan tiket. Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM 3,000. Tiket Konsert ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan secara offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian (013-3886533- Pn. Nelle).

  • TAPAUFEST 2022: DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIAN INDIE MUSIC & NATURE IN LENGGONG!

    Returning this year with a twist is one of the most distinctive and varied independent events in Southeast Asia. TAPAUfest 2022, which aims to improve the festival experience, promises a thrilling fusion of nature and the arts. Although music has always been and will continue to be at the forefront, festival founder Faris has always clung to the idea that festivals are designed to be places where memories are built. This time, these moments will take root in Lenggong, a truly magnificent location!

    On the 22 and 23 October, TAPAUfest goes beyond what is expected of a music festival by assembling together what is essentially a camping trip at Resort Tasik Raban in Lenggong. This means the best of Southeast Asian independent music surrounded by gorgeous scenery. With the lake and the mountains almost always in view, you can see the magic of the landscape reflected upon the waters.

    Founder of TAPAUfest, Ahmad Faris, has a clear vision in mind, “One of the reasons we’re doing it in Lenggong, is because we yearn for a chance to discover Malaysia outside of the cities. People post-pandemic are more adventurous! They want more than just another concert”

    With #SerumpunBerpesta as the theme, TAPAUfest Lenggong is curated to the minutest details to be diverse and representative while emphasizing the collective commonalities we share as a region. 12 guaranteed-to-be-memorable acts from Malaysia, Indonesia and Singapore will be soundtracking your two days there!. Day 1 features .Feast (ID), Margasatwa (MY), Abangsapau (SG), Sweetass (MY), The Pinholes (SG) dan Salammusik (MY). Day 2 continues to serve more exciting performances with  Kungfu Heidi (MY), The DARE (ID), The Filters (MY), Sobs (SG), The Times (MY) dan Hindia (ID).

    These performances under ‘PENTAS’ combine the veterans of the alternative scene with fresh up-and-coming acts stretching across a multitude of genres, attitudes and energy. Sunset anthems, night time party energy, all in the name of celebrating nature – you name it, the curation has it! TAPAUfest is also proud to be the Malaysian debut of many Indonesian acts, namely Hindia, The Dare and .Feast! Even Malaysian acts are promising a new twist in their repertoire. Hip hop staple Kungfu Heidi, for example, will be performing with the band Serbuk Cheese, serving a new instrumental sheen to her already fiery discography. The Singaporean acts who will be performing are also no less exciting, from the pop-yeh-yeh nostalgia of The Pinholes, to the kain-pelekat swagger of Abangsapau, to the dreamy indie of Sobs!

    The music stage will only begin at 5pm, allowing time for you to explore the myriad of things Lenggong has to offer. It’s a chance to have a chill time while discovering new activities. There’s no need to rush setting up your camp. Soak in the fresh air, walk around the site, and have a great time!

    This year’s edition of ‘BENGKEL + LAYAR’, which starts at 10am and ends at 4pm, we’ve collaborated with arts & cultural non-profit, Kakiseni! Don’t miss out on the chance to catch screenings by indie filmmakers and learn new skills and knowledge from workshops and talks – use this opportunity to “tapau some knowledge” on top of having a good time.

    One principle TAPAUfest adheres to is in elevating the local economy. Whether it’s in the display of craftsmanship or the accessibility of a marketplace called ‘WARUNG’, TAPAUfest creates a space for local flavours, ensuring a rejuvenating time while you shop around for merch, records and artworks from your favorite artist and more, as TAPAUfest also collaborates with Kedai Serba Serbi to bring you variety beyond simply music. There will also be a DJ booth to keep things pumping and alive while you shop and hang out!

    When purchasing a ticket to a concert, the value of your experience starts when the artists start performing till they leave the stage, but with TAPAUfest, the experience starts the moment you leave your house! The TAPAUfest playlists are curated to introduce you to the massive world of Southeast Asian indie music  to keep you and your friends company on your 3 hour scenic journey to Lenggong from Kuala Lumpur.

    A festival should be more than just about music. It’s about the people you meet, and the memories you keep. Lenggong itself is already an exciting site, as a UNESCO Heritage location which houses one of the most complete skeletons of an ancient man in Southeast Asia called the Perak Man (approximately 11,000 years old). Experiencing the beauty and the vibe in a magical place like Lenggong AND good music means people are not just paying for a concert, but an immersive, unforgettable time.

    Ahmad Faris also adds, “We truly appreciate Majlis Daerah Lenggong’s continuous effort and active investment in making TAPAUfest happen in their own backyard. TAPAUfest would also not be possible without the support of CENDANA who really showed their faith in the indie community once again. Thank you as well to Waka, Ipoh Social Club, Santuy Travellers, Kadiak, Versussika, PBUY, Outsiders Bike, and Anbot for believing in us to elevate Lenggong and Southeast Asian indie arts, community and culture!”

    Pre-Sale tickets are available now with Solo Daily Passes going for RM165 (1 ticket for either Day 1 or Day 2), Solo Weekend Passes going for RM320 (1 ticket for both Day 1 and Day 2) and Geng Weekend Passes going for RM1240 (4 tickets for both Day 1 and Day 2).

    For more information head to www.TAPAUfest.asia and TAPAU your tickets now! Listen to the TAPAUfest 2022 playlist here: https://open.spotify.com/playlist/3e77WAVfk3TaGM9uVoCgLK?si=96e45fc199874ebe



  • Lotus’s Malaysia and VSTECS Berhad surprises SK Seksyen 17, Shah Alam with a new computer lab and 50 laptops

    Lotus’s Malaysia Corporate Services Executive Director, Azliza Azmel delivering the launching speech for Lotus’s SMART Up programme and the Officiation of Refurbished Computer Lab of SK Seksyen 17.

    SHAH ALAM, 05 Oct 2022: Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17, Shah Alam received a computer lab improvement as part of Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) #KitakanJiran Lotus’s Adopted School initiative, and the hypermarket chain collaborated with VSTECS Berhad to provide 50 laptops for the school’s pupils and staff.

    Officiating the event was Dr. Sukumar Subramaniam, School Improvement Partners (SIP+) District Education Officer of Petaling Perdana, accompanied by Mohd Misbah Ajir, Headmaster of SK Seksyen 17, Azliza Azmel, Lotus’s Malaysia Corporate Services Executive Director and Li Chin Yeo, General Manager of VSTECS Pericomp Sdn Bhd.

    Ribbon cutting ceremony for the refurbished computer lab of SK Seksyen 17 by Encik Mohd Misbah Ajir (first from left), headmaster of SK Seksyen 17, Li Chin Yeo (second from left), General Manager of VSTECS Pericomp Sdn. Bhd., Azliza Azmel (second from right), Lotus’s Malaysia Corporate Services Executive Director, and Dr Sukumar Subramaniam (first from right), SIP+ Pendidikan Daerah Petaling Perdana Officer.

    With a new computer laboratory, students and teachers from SK Seksyen 17 can now improve their basic computer skills and be more enthusiastic about technology and innovation. Microsoft Malaysia Education Partner was also present at the event to introduce the Modern classroom method and expose the schoolchildren to Minecraft.

    “We believe that our duty extends far beyond bringing delight every day to our customers. As a neighbourly spirited company, the #KitakanJiran initiative is an element of our SMART values where we have the responsibility in making positive impacts in the community where we operate in a sustainable manner”, said Azliza Azmel, Corporate Services Executive Director of Lotus’s Malaysia.

    Memento handover to SK Seksyen 17 by Encik Mohd Misbah Ajir (second from left), headmaster of SK Seksyen 17, Dr Sukumar Subramaniam (third from left), SIP+ Pendidikan Daerah Petaling Perdana Officer, Azliza Azmel (third from right), Lotus’s Malaysia Corporate Services Executive Director, Li Chin Yeo (second from right), General Manager of VSTECS Pericomp Sdn. Bhd.

    “This responsibility includes offering customers affordable products of quality, enhancing the social status of local communities and providing opportunities for the schools to receive better education and added skills through our programmes. By investing in school facilities, we are helping to improve the learning experience and quality and inculcate positive influence on the attitudes and behaviours of both students and teachers,” she added.

    Since 2016, Lotus’s Malaysia together with the PINTAR Foundation have formulated various programmes to enrich the lives of the children in its adopted schools. Over these years, up to 57,000 underprivileged students have been positively impacted through the #KitakanJiran Lotus’s Adopted School programme.

    Group photo with participating students from SK Seksyen 17.

    Lotus’s Malaysia will continue to improvise its lifelong learning initiative in a more structured way in which they are able to contribute and measure the results. The retailer will continue to encourage its more than 9,000 employees across its business to engage and support schoolchildren through good education, health and nutrition awareness and greener living through various activities.

    Lotus’s is also currently running the Teachers Leadership Programme with the PINTAR Foundation to enhance the capacities and capabilities of schoolteachers from its 63 adopted schools. The seven-month programme consists of training, workshops, and professional sharing sessions to empower the role of an effective educator/ leader and upskill their professional development that will enable the teachers to create the right learning environment for their students and encourage a growth mindset amongst their peers and students.

    Azliza Azmel, Lotus’s Malaysia Corporate Services Executive Director interacting with a student from SK Seksyen 17.

    The retailer welcomes any future collaborations with other parties to benefit more people and wants consumers to not only see them as the preferred shopping destination that provides value, quality, and affordable goods but also as a caring neighbour that supports the community around them.

  • PUCHONG UNITED BC KEKALKAN RENTAK KEMENANGAN

    SHAH ALAM (4 OKTOBER 2022): Kelab Badminton Puchong United (PUBC) menghampiri separuh akhir SENHENG redONE Professional Purple League 2022 selepas menewaskan kelab Vietnam Ho Chi Minh City BC 13-5 dalam perlawanan kedua kumpulan B.

    Kemenangan itu sekaligus meletakkan mereka selaku pendahulu kumpulan B dengan kutipan mata (382-269) berbanding lawan mereka di tempat kedua mengumpul mata (297-371). Bagaimanapun, dua lagi pasukan di dalam kumpulan B, Sena Bangkok dan Serdang BC berpeluang untuk mencabar kedudukan Puchong United selaku juara kumpulan.

    Puchong United bermula dengan kemenangan 3-1 yang disumbang oleh Lim Chi Wing yang menewaskan perseorangan lelaki Vietnam, Phan Phuc Tinh 11-4, 8-11, 11-4, 11-7 dalam masa 27 minit.

    Momentum Puchong United terhenti seketika apabila jaguh perseorangan wanita Soniia Cheah dikejutkan oleh pemenang pingat gangsa Sukan SEA Hanoi, Vu Thi Trang 8-11 11-8 4-11 8-11 untuk mengikat kedudukan 4-4.

    Soniia mengakui beliau berdepan tugas getir akibat kecederaan buku lali yang dialaminya sekaligus memberi kesukaran buatnya untuk beraksi.

    “Saya perlu pulih sepenuhnya untuk mendapatkan momentum bagi beraksi di dalam Indonesia International Challenge bagi merebut tempat ke dalam skuad kebangsaan bagi saingan Sukan SEA dan Sukan Asia,” tambah pemenang pingat perak Sukan SEA KL 2017 itu.

    Memasuki perlawanan ketiga, Puchong United yang menggandingkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meraih kemenangan mudah mengatasi pasangan Nguyen Duc Hong Phuc-Tran Nguyen Chi Tung dalam ‘straight set’ 11-3 11-3 11-3.

    Mengulas perlawanan mereka, pasangan itu berkata, “Kami memang bersedia untuk berdepan dengan pasangan yang memberi cabaran seperti mereka. Jadi, ia tidak memberi sebarang masalah buat kami untuk menang selesa.

    Dalam aksi beregu campuran pula, pasangan Tan Kian Meng-Goh Liu Ying tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan lawan mereka Nguyen Anh-Lam My Tien 3-1 (11-10,5- 11,11-6,11-6).

    “Kami perlu mengelak dari melakukan kesilapan pada set yang pertama. Kami hanya mendapat rentak dan keserasian hanya pada set yang kedua dan kami harus lebih berhati-hati pada perlawanan terakhir berdepan Sena Bangkok nanti.

    Kemenangan mutlak 13-5 buat Puchong United disempurnakan oleh Liew Daren yang cemerlang mengatasi Nguyen Hai Dang 3-0 (11-7, 11-9, 11-5)

    Musim keenam SENHENG redONE Purple League Profesional kini sedang berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober di Stadium Malawati, Shah Alam manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

    SENHENG redone Purple League Professional 2022 – Jadual & Keputusan Hari ke-4
    Selasa – 4/10/2022
    4PM – HO CHI MINH CITY 5-13 PUCHONG UNITED
    8PM – Sena Bangkok vs Serdang BC

    SENHENG redone Purple League Professional 2022 – Jadual Hari ke-5
    Rabu – 5/10/2022
    4PM – Ampang Jaya BC VS Singapore
    8PM – Petaling BC VS Candra Wijaya BC