PENUNDAAN KONSERT SABYAN & SEVENTEEN

PENUNDAAN KONSERT SABYAN & SEVENTEEN

Konsert Sabyan & Seventeen, yang dijadualkan berlangsung di Arena Axiata di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 15 Oktober 2022, telah ditangguhkan oleh penerbit acara tersebut, RR Brothers Studio.

Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti juga dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti.

Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu. Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” ujar Jimmy Edward  mewakili pihak penganjur.