Category: ATTRACTION

  • TERPALING JUARA MENARIK 8 JUTA PENONTON!

    8 minggu dari 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022 program hiburan yang digemari ramai di TV3 itu disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam menyaksikan keseluruhan penonton berjumlah 8 juta penonton. (Sumber: Nielsen, antara 21 Ogos 2022 dan 9 Oktober 2022).

    Selepas 8 minggu berentap, program hiburan popular TV3, Terpaling Juara meraikan Rahmad Mega (kapten Hael) sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000!

    Aqmal (kapten Naim) menyandang tempat kedua (trofi dan hadiah wang tunai RM50,000), Hazami (kapten Akim) menduduki tempat ketiga (trofi dan hadiah wang tunai RM30,000) dan Shaz (kapten Hael) merupakan pemenang tempat keempat (trofi dan hadiah wang tunai RM10,000).

    Pentas akhir Terpaling Juara telah bersiaran secara langsung pada 9 Oktober 2022 (Ahad), pukul 8.55 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dengan menyaksikan 4 finalis iaitu Aqmal (Kapten Naim), Hazami (Kapten Akim), Rahmad Mega dan Shaz (Kapten Hael) mempertaruhkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu berduet dengan kapten masing-masing.

    Sepanjang kolaborasi dengan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, keenam-enam peserta senior dan junior telah menghiburkan penonton dengan menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL dari 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022. Dua penyingkiran telah dilakukan sebelum Rahmad Mega, Aqmal, Hazami dan Shaz beraksi di pentas akhir.

    Terpaling Juara dihoskan oleh pasangan duo yang dinamik iaitu Haziq Hussni dan Shiha Zikir serta menampilkan Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Lebih menarik, episod akhir ini telah digamatkan lagi dengan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis jemputan dan juga juri jemputan. Floor 88 turut tampil untuk persembahan selingan (interlude). Pemenang ditentukan dengan 70% markah dari panel juri serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

    Senarai Lagu Persembahan di Pentas Akhir Terpaling Juara

    1. Joget Angan Tak Sudah (Juara Lagu 1998, nyanyian asal oleh Jay Jay) – Hazami & Kapten Akim
    2. Hati (AJL35, nyanyian asal oleh Hael Husaini)- Shaz & Kapten Hael
    3. Sampai Syurga (AJL23, nyanyian asal oleh Faizal Tahir) – Aqmal
    4. Ku Akui (AJL27, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Rahmad Mega
    5. Gelisah Mimpi (AJL17, nyanyian asal oleh Liza Hanim) – Shaz
    6. Di Amaran Mama (AJL31, nyanyian asal oleh Hazama & The Penglipur Lara) – Aqmal & Kapten Naim
    7. Luluh (AJL33, nyanyian asal oleh Khai Bahar) – Hazami
    8. Dipenjara Janji (SFMM 1997, nyanyian asal oleh Awie) – Rahmad Mega & Kapten Hael
    9. Interlude: Medley Chikadun & Hutang – Floor 88
    10. Penutup: Medley Wajah Kekasih / Ku Milikmu / Balqis – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

    Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

  • KARNIVAL JOM HEBOH 2022 DI TERENGGANU MERIAH DENGAN KEHADIRAN 300,000 PENGUNJUNG

    Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu menjadi tuan rumah lokasi kedua Karnival Jom Heboh 2022 selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih 300,000 orang hadir walaupun cuaca panas dan hujan.

    Karnival Jom Heboh yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia dibawakan khas oleh DuitNow telah membuka pintu seawal 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik di booth platform Media Prima Berhad (MPB) yang tersedia seperti TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Drama Sangat dan tonton serta penampilan istimewa daripada artis-artis ternama tanah air.

    Tarikan utama di  Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu semestinya belon udara panas yang hanya dikenakan bayaran semurah RM1 kepada setiap pengunjung menerusi DuitNow. Pengunjung terawal juga berpeluang untuk menerima hadiah daripada KJH yang bernilai RM500,000 daripada jenama terkenal seperti Sensodyne, Provital Immuna Plus, Super Coffee, F&N, CSR sugar dan Simply K.

    Pengunjung berpeluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka di booth Studio Jom Heboh dan Studio Drama Sangat. Antaranya, Fedtri Yahya, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nabil Aqil, Aniq Suhair, Azlee Senario, Syafiq Kyle, Mark Adam, Zaidi Aziz, Hanif Miswan, Aina Mariah, Amat Larbsib, Danial Nawawi, Ash Oh Bulan, Anne Oh Bulan dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga penampilan maskot kartun popular dari Mina & Mila, Hang Omar Timur dan Profesor Kool.

    Akustika @ Jom Heboh yang dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Fizi Molek FM pada 7 Oktober bermula 9.00 malam dijayakan oleh artis-artis tanah air popular seperti Afieq Shazwan, Ismail Izzani, Hariz Fahayet, Haqiem Rusli, Insomniacks dan Tajul Arif yang mempersembahkan lagu-lagu berunsur ketuhanan khas buat pengunjung yang hadir.

    Bersempena dengan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat Islam, malam kedua Akustika @ Jom Heboh yang berlangsung pada 8 Oktober, pukul 9.00 malam telah diserikan dengan program-program perkongsian agama dan diselang-selikan dengan lagu-lagu ketuhanan. Gandingan hos pada malam kedua terdiri daripada Fedtri Yahya dan Mat Dan dari Molek FM. Antara artis yang terlibat adalah Aiman Sidek, Aiman Tino, Syafiq Farhain, Nomad, Sufian Suhaimi dan Khai Bahar.

    Untuk maklumat terkini, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi Facebook dan Instagram @jomhebohofficial. Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH.

  • AKASIA: SEKALI LAGI CINTA KEMBALI – CAPAIAN LEBIH 3 JUTA PENONTON BUKTI GANDINGAN SERASI ANIQ SUHAIR & SITI KHADIJAH HALIM

    Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menyerlah sebagai watak utama dalam drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali, yang bukan kali pertama mereka berkolaborasi dalam sebuah projek. Gandingan selesa mereka membuahkan hasil hebat apabila mendapat sambutan hangat dengan capaian tinggi 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3. Sepanjang penyiarannya, drama ini mendapat 559.7 juta tontonan di platform sosial Tiktok dan capaian media sosial sebanyak 476 juta. Nielsen (13 September 2022 – 12 Oktober 2022).

    Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production. Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat. Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

    Sekali Lagi Cinta Kembali menceritakan tentang kisah kehidupan Hayyat (Aniq Suhair) dan Aira (Siti Khadijah Halim) yang terpaut ketika Aira terpaksa menjaga Nek Som (Kismah Johar). Hayyat mula jatuh hati dengan Aira setelah melihat keikhlasannya menjaga Nek Som tetapi Hayyat tetap menafikan perasaan sendiri dek sebuah rahsia yang disorokkan pada awal. Selepas menikahi Aira, Hayyat tetap ingin menyimpan rahsianya dengan rapi. Namun, rahsia itu mula terbongkar apabila berdepan dengan seseorang dari kisah silamnya. Dapatkah Aira menerima Hayyat secara seluruh?

    Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Drama Baharu ‘Suri Hati’ Di Slot Samarinda TV3, Gandingan Hebat Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian & Melanie Tan

    Sarah, Laila, Suraya, dan Atikah adalah empat sahabat yang sedang mencari kebahagiaan dalam kehidupan mereka yang bermasalah. Tetapi keperluan untuk membalas dendam terus menyala sehingga ia memakan dirinya sendiri. Bolehkah mereka melepasi keengganan mereka kepada kebahagiaan yang mereka inginkan? Mulai 12 Oktober hingga Khamis, 10 malam, saksikan drama terbaru Suri Hati, yang telah menghangatkan slot masa Samarinda, secara langsung dalam penstriman HD di www.tonton.com.my.

    Drama bersiri 20 episod iaitu Suri Hati adalah terbitan Million Pictures Sdn Bhd, arahan oleh Azhar Khalid yang juga dikenali sebagai Apache dan nukilan skrip oleh Amaz Mizilan. Drama yang penuh konflik ini menggandingkan pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

    Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

    Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

    Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad)  mula curang dengan kekasih lamanya.

    Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

    Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Suri Hati yang penuh emosi dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung melalui www.tonton.com.my.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Filem Sayap Sayap Patah Didaptasi Daripada Kisah Benar Lakonan Nicholas Saputra & Ariel Tatum

    Adaptasi Kisah Benar Tentang Rusuhan di Penjara Jakarta!

    Di Indonesia, filem bersama Nicholas Saputra dan Ariel Tatum ini telah ditayangkan mulai 18 Ogos 2022. Anehnya, terdapat lebih 2 juta penonton di republik itu semasa filem itu, dan sekitar RM40 juta telah dikumpul dalam jualan tiket.

    Penulis Denny Siregar, selaku produser eksekutif filem ini, berharap supaya tragedi tersebut tetap diingat sebagai sejarah. Filem ini melibatkan Monty Tiwa, Eric Tiwa, dan Alim Sudio sebagai penulis serta mempertemukan kembali Rudi Soedjarwo dan Nicholas Saputra setelah film Ada Apa dengan Cinta? (2002).

    Kepada yang belum berkesempatan menonton, filem Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

    Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan seramai 5 anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

    Sinopsis Sayap Sayap Patah

    Sayap Sayap Patah adalah filem aksi dan romantik yang mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani. Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas membuat Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan. Cabaran getir menjaga keamanan tetap diteruskan demi untuk mempertahankan negara termasuklah untuk bersama isteri dan keluarga tercinta. Ketika tayangan di Indonesia Ogos lalu, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Juta dan mendapat pelbagai komen dan kritikan yang positif daripada penonton.

    Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

    Amir Masdi turut berbangga dipilih menyanyikan Soundtrack Filem “Sayap Sayap Patah” dan menyanyi kan Lagu “Ku Tunggu Senyuman Mu”. Anda boleh menonton nyanyian beliau di sini!

    Filem Sayap Sayap Patah akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 13 Oktober 2022.

  • BMW Group Malaysia and Tian Siang Premium Auto unveil two new BMW i Charging facilities in Langkawi.

    With new charge points situated at 5-star beach resort The Datai Langkawi, premium manufacturer accelerates the viability of electric driving in the tropical paradise of Langkawi. In order to increase the number of charging infrastructures on the island, BMW Group Malaysia and Tian Siang Premium Auto today introduced two new BMW I Charging facilities at The Datai Langkawi.

    Sashi Ambi, Head of Corporate Communications of BMW Group Malaysia said, “BMW Group Malaysia has always believed that sustainability is a shared responsibility. As we continue to realise our vision of carbon-neutral mobility in Malaysia through our premium fully electric BMW i vehicles and the expansion of our comprehensive BMW i Charging network, we are pleased to collaborate with likeminded partners, such as The Datai Langkawi – alongside our dealer, Tian Siang Premium Auto. This partnership underlines our commitment to providing a Premium Electric Ownership Experience to all electric vehicle (EV) owners across the country – an experience that exemplifies sustainable luxury and is in tandem with our national agenda for electrification in Malaysia.”

    Tan Ka Kin, Managing Director of Tian Siang Premium Auto said, “With the new BMW i Charging facilities introduced today, we are thrilled to be powering a total of 12 premium charging facilities across the northern regions of Malaysia – bringing greater access to electromobility in major locations outside the Klang Valley. This gives us confidence that interest for EVs in these regions will continue to rise as we work to present Sheer Electric Driving Pleasure to our customers here.”

    “Sustainability and conservation are at the core of our business strategy, and we integrate these values into all aspects of our company ethos, operations, and guest experiences at the resort. Offering this BMW i Charging station to our guests is just one of our many efforts in moving towards cleaner air and regenerative travel, to reaffirm our commitment to protecting the rich biodiversity of Langkawi for generations to come”, stated Arnaud Girodon, General Manager of The Datai Langkawi.

    To further accelerate the adoption of electromobility on the island, guests of The Datai Langkawi are also invited to experience the BMW iX through a limited-time test drive opportunity. The two new BMW i charging facilities are also conveniently located at the entrance of the beach resort, accessible for guests.

  • BAIT- BAIT RASA FATIA

    Bintang yang semakin meningkat dengan nama Fatia terus membuat kemajuan dengan usaha terbarunya selepas menjadi artis rakaman pertama dari Malaysia yang ditandatangani dengan TikTok, platform hiburan video yang paling banyak digunakan hari ini.

    Selepas Berjaya menjadi artis rakaman pertama Malaysia di bawah paying platform hiburan video paling popularmasa kini iaitu TikTok, bintang baharu Bernama Fatia terus mengorak Langkah dengan projeknya yang te

    Jika dahulu memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT RASA.

    Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu merupakan sesuatu yang jauh berbeza dari segi konsep muzik berbanding single sulung Fatia dahulu.

    “Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World Too’. Bukan saja dari aspek melodi dan tema yang lebih lembut serta feminin, tetapi juga dari gaya vokal dan proses rakaman. Saya teruja menceburi genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,” ujar Fatia teruja.

    Sungguhpun BAIT-BAIT RASA menceritakan tentang cinta yang tidak berbalas, namun Fatia memberitahu yang dia belum pernah mengalami perasaan tersebut.

    “Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan serta-merta saat mendengar demo yang dikongsi oleh Ezra. Apatah lagi dalam hidup saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud yang lebih mendalam. Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya betul-betul menghadapi situasi itu nanti,” tambah Fatia

    Menurut Fatia semasa memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu namun lagu ini yang paling digemari. “Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,” katanya lagi.

    Mengenai proses rakaman pula Fatia mengakui bahawa dia tidak ingin mengecewakan Ezra. Keseluruhan proses rakaman berjalan dengan lancar dan sangat cepat. “Saya masuk studio Ezra beberapa kali, kali pertama untuk mencari key yang terbaik, dan kali kedua untuk merakam vokal. Saya banyak belajar dari Ezra, terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan aspek suara yang berlainan dari sebelum ini. Dia menggalakkan saya untuk yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain sangat profesional,” dihuraikan Fatia.

    Lagu ini juga didatangkan dengan sebuah video muzik yang menarik. “Penggambarannya sangat menyeronokkan, malah kali ini lebih romantik dan feminin. Penggambaran video muzik ini agak unik kerana dirakamkan 1.5 kali lebih laju dari kelajuan lagu yang sebenar. Jadi kelihatan seperti saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu pengalamannya,” ujarnya lagi.

    “Lagu ini menunjukkan sisi saya yang berbeza. Saya telah memberikan jiwa saya dan membukanya dengan sepenuh hati demi pembikinan lagu ini. Saya harap pendengar akan memberi peluang kepada lagu ini dan jatuh cinta dengannya, sama seperti saya,” tutup Fatia tentang harapannya mengenai lagu ini.

    Lagu BAIT-BAIT RASA bakal berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam dan muzik video di saluran YouTube Universal Music Malaysia jam 8 malam pada tarikh yang sama.

  • JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert 2022

    Japan x Malaysia Friendship Concert 2022 on October 30 and JACE (Japan Arts, Culture, Entertainment) 2022 event taking place from October 28 to November 13 are two big events being announced by Toybox Projects, a renowned business for showcasing true Japanese culture to its audiences.

    JACE (Japan Arts, Culture, Entertainment) 2022

    To all Japanese culture fans out there, whether you’re a casual follower or an enthusiast, this event is for you. Presented by LaLaport Bukit Bintang City Centre and organised by Toybox Projects,  the “HARAJUKU” ❤ ”KAWAII” themed JACE (Japan Arts, Culture, Entertainment) 2022, will be held at LaLaport BBCC from 28th October 2022 until 13th November 2022. Throughout the 17 days, visitors will be presented with bona fide Japanese activities that will be showcase up-close, personal and authentic experiences of the internationally popular destination HARAJUKU, in Tokyo, Japan.

    Among the highlight of JACE 2022 is the exclusive meet and greet sessions with the popular Japanese artists; BACK-ON, Centimillimental, and FEMM who will be performing at the JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert 2022. A HARAJUKU fashion show run by the a professional team is also coming from Japan.  There are also creators’ workshops and activities alongside the many booths filled with Japanese products or brands which will be  brought in exclusively from HARAJUKU, Japan just for this event! What’s more, visitors will be able to get tips on HARAJUKU Fashion, enjoy a Halloween Cosplay Contest, experience an authentic Japanese Lolita Fashion Gathering with the first ever Miss Lolita 2022 competition in Malaysia, a HARAJUKU fashion show that creates HARAJUKU itself right here in Malaysia, where visitors will experience various styles which includes kawaii Harajuku style, crazy colouful Harajuku style, street Harajuku style, lolita kimono and kimono in harajuku style arrangement. Visitors will also be able to make obi and adapt it into a dress by learning first-hand from the professional Japanese stylists who work with Japanese artists!

    There are plenty of  fun activities and games which the whole family and friends will be able to enjoy together! Traditional Japanese festival games await you with exciting authentic prizes of Japanese products. You can also try out the authentic Japanese sweets and watch tea ceremony demonstrations, etc.

    Kinjo, a talented Japanese comedian who has learned Bahasa Malaysia and English from scratch in Malaysia, and does comedy in those three languages will be the emcee for the opening ceremony, JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert, Halloween cosplay contest and stand-up comedy contest.

    Love listening to Japanese songs? A Japanese fashion enthusiast? Join the competition and show your talent to win eye-popping prizes! There are even more activities to be brought to you from Japan. It doesn’t stop here. An exciting collaboration with KADOKAWA Gempak Starz Girypto Photo Booth also awaits you alongside more activities.

    JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert 2022

    JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert 2022, organised and promoted by Toybox Projects and supported by Tourism Malaysia, is  a cross cultural promotional concert with the motto of introducing the various types of artists from both Japan and Malaysia. It is held to commemorate the long-time friendship between Japan and Malaysia. Volume 1 which was held in  2017, was a huge success. With regards to that success and the many requests from the fans, media, artists and music industry professionals for more series of the same concert, Volume 2 is now being presented with a different lineup of artists from both  Japan and Malaysia. The Japanese headliners include BACK-ON, Centimillimental & FEMM, while  Floor 88, Estranged, and Sakura Band as the Malaysian headliners. The concert will be held at Zepp Kuala Lumpur which is just within the LaLaport BBCC vicinity. Zepp Kuala Lumpur is a world-class rock concert hall operated by Zepp Hall Network Inc. Zepp Hall Network is a subsidiary of Sony Music Entertainment Japan. Other than the one in Kuala Lumpur, there are 8 Zepp halls in Japan, and 1 hall in Taiwan.

    BACK-ON is a rock band and is a familiar name to the fans of ACG. They have many song tie-ups with popular anime series such as “Gundam”, “Initial D”, “Fairy Tale” and many more. One of the its members is fluent in English, while the other is fluent in Chinese. They have toured worldwide and are celebrating their 20th anniversary this year. Their music and live performances have received worldwide acclaim.

    Centimillimental is a singer songwriter who is a winner of one of the major auditions in Japan and is currently a rising star in Japan. He is best known for his songs from the popular anime “Given” and “Bakuten!!”. In 2015, out of 5000 contestants, he won the Grand Prix at Inazuma Gate contest under the pseudonym (“Hey, Don’t Forget”). Following the success, he made his major debut in 2019 with his single “Kizuato” which is the opening theme song for the anime “Given” with over 26M streams on Spotify making it a smash hit debut and also, he wrote all the band songs for this anime as his writing skills hit the spotlight. These songs have a total of 140M streams on Spotify. He also writes songs and produces works for other artists such as Sakurazaka46, “Samidareyo”, Hinatazaka46 “Bokunanka” and others.

    FEMM, short for “Far East Mention Mannequins” is the first-ever female rap duo with a unique concept of portraying themselves as mannequins. Their upbeat and stylish sound has captured the attention of Japanese culture fans around the world, especially in western countries. Their fashionable look is also loved by fans of cosplay and Japanese pop culture. Pow!/L.C.S, FEMM’s major debut and first physical album, was released in February 2016.

    Different languages, different melodies, but for the same reason. Come and enjoy the music, dance and have fun on Sunday the 30th of October 2022 at Zepp Kuala Lumpur. Mark your calendar and grab your tickets now!

    Ticket prices are:  Rock RM 138 (free standing) / Rock VIP RM188 (Free Standing) with Meet & Greet + Poster + Priority Entry to Hall / Rock VIP A RM188 (Free Standing) with Meet & Greet + Poster + Priority Entry to Hall + Autograph Session / Jazz RM238 (Numbered Seating) / Jazz VIP RM288 (Numbered Seating) with Meet & Greet + Poster / Jazz VIP A RM288 (Numbered Seating) with Meet & Greet + Poster + Autograph Session / Classic RM288 (Numbered Seating) / Classic VIP RM338 (Numbered Seating) with Meet & Greet + Poster / Classic VIP A RM338 (Numbered Seating) with Meet & Greet + Poster + Autograph Session / VVIP Party Box RM 6088 comes with a private room maximum of 10 pax per room with a great view of the stage and benefits of meet & greet, poster and food & beverages.

    The VIP tickets include meet & greet and poster. All prices exclude ticket processing fees and other handling fees. Tickets are on sale beginning 24 September 2022, 3pm at https://ilassotickets.com/.

    Note: VVIP Party Box is limited to only 8 rooms.

    Announcement

    VIP A tickets for all categories have been sold out. With the high demand and request from the fans and after discussion with the artists, the organisers have decided to add on more VIP A tickets, only for the Rock Zone. This is your last chance to grab the tickets. Don’t wait til it’s sold out. Grab the tickets now!

    *IMPORTANT: Japanese Artists Meet & Greet

    Fan Meeting is open to the public and will take place at JACE 2022 at LaLaport BBCC, Main Atrium on 29 October 2022 at 2.00pm. On Saturday 29 October 2022, purchase any artist merchandise to get a solo photo session with them at limited pax only. There will be a talk session as well.

    Meet Centimillimental at 2.00pm, FEMM at 3.30pm and Back-On at 5pm. On the concert day, 30 October 2022 at 10am, there will be a group photo session (only for VIP and VIP A ticket holders) and autograph session (only for VIP A ticket holders) at JACE 2022 at LaLaport BBCC, Main Atrium.

    A Joint Press Conference / Opening Ceremony (JACE 2022 & JAPAN x MALAYSIA FRIENDSHIP CONCERT 2022) will be held on 28 October 2022, at LaLaport BBCC.

    The public is invited to attend. Artists from both Malaysia and Japan will be attending the press conference and there will be a mini Harajuku fashion show as well.

    JACE is presented by LaLaport BBCC, organised by Toybox Projects, Endorsed by Embassy of Japan, Furama Bukit Bintang (Official Hotel), Rentak Sejuta (Official Media) and Kadokawa Gempak Starz (Official Media Partner).

    JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert 2022 is organised by Toybox Projects; endorsed by Embassy of Japan; Supported by Tourism Malaysia; Zepp Kuala Lumpur (Concert Venue), Furama Bukit Bintang (Official Hotel), Rentak Sejuta (Official Media) and Kadokawa Gempak Starz (Official Media Partner).

    Organiser reserves the rights to alter the terms & conditions and/or the contents without prior notice. Photography or videography are strictly prohibited inside the venue without the permission of the organiser. No outside F&B allowed in the venue.  Children aged under 15 years old are advised to be accompanied by the guardian. Organiser reserves the rights to refuse or escort out any personnel with any inappropriate behaviour.

    For more information, visit  our website www.toyboxprojects.com and event page www.toyboxprojects.com/friendship-2022 or contact info@toyboxprojects.com

  • ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS 2022 MEDIA PRIMA TELEVISION NETWORK WINS THREE AWARDS

    At the national level of the newly announced Asian Academy Creative Honors (AACA) 2022, Media Prima Television Networks (MPTN) received three awards. These honours were presented to “My Dream, My Wish,” “999 Jenayah Banjir,” and Tinta Syurga (TV3) (8TV). With this accomplishment, Media Prima Television Networks remains eligible to compete at The Grand Awards and Gala Finals against programmes from more than ten other Asian Pacific countries. This important event will take place in Singapore’s Chijmes Hall on the 7th and 8th of December, respectively.

    Tinta Syurga, a special documentary about Nuzul Al-Quran, was awarded the winner of the 2022 Asian Academy Creative Award for Best Documentary Program (One-Off). The Goddess of Creativity Award category has also included a nomination for Tinta Syurga. The documentary Tinta Syurga discusses the task of creating a mushaf (a written copy of the Qur’an hand) for Al-Quran printing in Malaysia. Before the Al-Quran was printed, manuscripts of the Al-Quran were written by hand on an A1-sized page.

    The Asian Academy Creative Award 2022’s Best Current Affairs award went to the crime-focused programme 999. A major flood that flooded Taman Sri Muda, Shah Alam at the end of last year caused several criminal acts to be featured in the episode of Program 999 called “Flood Crime,” which received a lot of attention. Some premises were broken into, and an attempt was made to rob an ATM machine at the same time. This resulted in a lot of property damages in the neighborhood. In addition, when a strong flood suddenly hits this area, there were individuals who took advantage of the flood victims by fleeing their cars that were stranded in the water.

    The 8TV production, My Dream, My Wish was also awarded the Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode. The character Chang Yong, a graduate who was unemployed during the pandemic and determined to carry out his father’s final wish, helped grow his family’s pau manufacturing business. Chang Yong learns how to be a more responsible person and becomes closer to his mother and sister throughout the experience and journey with his late father, who continues to appear in reality.

    Congratulations to the production crew of Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) and My Dream, My Wish (8TV) who have successfully represented Malaysia at the national level of the Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022. Be sure to catch the announcement of the winners at the Asian Academy Awards Gala Night Creative Awards 2022, which will be held on 7th and 8th December in Chijmes Hall, Singapore.

  • Cheetah Holdings Berhad enters upscale clothing market, bullish on Malaysia’s fashion retail industry’s growth prospects

    With the release of Cheetah Exclusive, its first exclusive collection for mens and womenswear by renowned designer Dato’ Jovian Mandagie, homegrown apparel retailer Cheetah Holdings Berhad took its first steps into the upmarket clothing industry.

    The company, which is known primarily for its flagship Cheetah brand across Malaysia, is entering the upscale clothing industry, bolstered by its confidence that the Malaysia fashion retail market will continue to grow in 2023 and beyond.

    The new collection incorporates the classic denim with the timeless Paisley print. The iconic pattern Is characterized by curved teardrop shapes known as boteh, the Persian word for flower. The paisley print has since travelled from Persia to India and across the world from East to West.

    As such, Cheetah Exclusive marries the trademark Jovian Mandagie fashion sensibilities with Cheetah Holdings Berhad’s core value of innovation, enhancing lifestyle with high quality products and services through creative ideas with continuous product improvement in R&D.

    In July 2022, research by Fitch Solutions found that clothing and footwear spending is the fastest-growing essential category, on the back of strong wider retail recovery in Malaysia. This provides a window for fashion retailers to capatilise on the growing momentum of recreation spending in Malaysia and to cater to comsumers, who also have the appetite and capacity for greater fashion spending.

    During the launch of its Cheetah Exclusive collection at its newly redesigned Cheetah Flagship Store in 1Utama Shopping Centre also hosted a first-of-its-kind 3D immersive art experience which will be open to the public for free on the 7th October- 16th October 2022.

    The Cheetah Exclusive launch at the 1Utama Cheetah Flagship Store was enhanced with jewellery designed by Raffles College of Higher Education students especially for the collection; scent and ambience provided by artisanal handmade and hand poured candle maker Oh Lilin, and refreshment vouchers courtesy of ZUS Coffee.

    The company has ventured into exclusive clothing collections as a move to try to offset general increase in raw materials by having more higher margin items to cater for the urban market. E-commerce and concept stores will be the channel for the exclusive lines with the company targeting to open another 2 more outlets in strategic locations within the financial year.