BISIK-BISIK GELORA MELABUHKAN TIRAI DENGAN SAMBUTAN 10 JUTA PENONTON

Drama bersiri Bisik-Bisik Gelora siaran slot Akasia di TV3 telah berjaya menambat sokongan daripada 10 juta penonton di serata Malaysia. Drama yang memaparkan gandingan hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama yang juga turut mencapai sebanyak 752 juta interaksi di media sosial sepanjang 35 episod bersiaran di kaca televisyen, sumber penarafan Nielsen 2022 & Meltwater (Mei – Jun 2022)

Bisik-bisik Gelora ini merupakan adaptasi dari novel karya Fauziah Ahari, dan arahan Riza Baharudin yang menceritakan tentang kisah percintaan di antara Jad, seorang pemuda kampung dan Arumi, seorang gadis liar dari bandar, yang pada asalnya terpaksa berkahwin selepas ditangkap basah. Walaupun permulaan jalan ceritanya tidak lagi asing buat penonton setia drama tempatan, mereka terus memberikan sokongan hebat sepanjang siarannya yang bermula 12 Mei lalu.

Maklum balas daripada penonton menerusi laman sosial menunjukkan mereka sangat berpuas hati dengan pengakhiran drama ini kerana membawa kelainan dan sekaligus memberi kata-kata puji terhadap barisan pelakon yang berjaya membawakan watak mereka seperti Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi dan Afifah Nasir. Sokongan memberangsangkan sebegini amat dihargai dan TV3 akan sentiasa memberikan drama-drama yang berkualiti dan terbaik untuk penonton setianya. 

Bagi penonton yang ingin menonton semula atau terlepas menonton drama hangat yang baru sahaja melabuhkan tirai ini, siri 35 episod ini boleh didapati di laman penstriman Disney+ Hotstar Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.