Berdosa ke kalau kita berangan-angan?

SELALU kita dengar orang cakap, “tak salah berangan-angan sebab ia percuma”.

Ya, memang kita tidak perlu membuat bayaran untuk ‘menyulam’ angan-angan sendiri.

Namun, bagaimana pula dari sudut perspektif Islam tentang perkara ini? Adakah perbuatan angan-angan itu berdosa?

Menjawab soalan ini, sebenarnya angan-angan yang boleh membawa kepada kebaikan dan disertai dengan usaha yang berterusan adalah diharuskan.

Namun, bagi angan-angan yang kosong dan sia-sia lagi ‘lagha’, ia adalah ditegah sama sekali dalam Islam.

Ia sebagaimana hadis daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Ada empat perkara yang menyebabkan kecelakaan, iaitu kerasnya mata (tidak pernah menangis kerana ALLAH), hati yang keras, panjang angan-angan dan rakus terhadap duniawi. (Riwayat Musnad al-Bazzar)

Memang tiada masalah untuk berangan-angan tetapi ingatlah, pastikan yang baik-baik sahaja ya!

(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *