Banyak cara boleh bantu pesakit strok

Banyak cara boleh bantu pesakit strok

TAHUKAH anda bahawa strok merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia menurut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM)?

Tahukah anda kebanyakan pesakit mengalami lumpuh selepas serangan strok?

Anda ingin membantu pesakit, ahli keluarga, dan masyarakat dalam proses pemulihan serta pencegahan strok?

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk anda membantu.

1. Berikan sokongan emosi kepada pesakit

Lebih-lebih lagi jika pesakit merupakan ahli keluarga anda. Motivasi dan mood pesakit merupakan faktor besar dalam membantu proses rawatan dan rehabilitasi.

Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Cukup sekadar datang berjumpa dan bersembang. Keberadaan orang tersayang membuatkan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan hidup.

2. Bantuan kewangan

Selagi mana yang boleh, hulurkan sedikit bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Kos rawatan mungkin menelan belanja yang agak besar. Nilai sumbangan anda bukan pada harga duit tersebut tetapi pada kesudian anda untuk memberi. Meskipun pesakit bukan ahli keluarga anda, jangan berasa ragu-ragu untuk membantu.

3. Menjadi sukarelawan

Anda boleh menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Banyak persatuan dan organisasi mahupun acara yang boleh disertai. Antaranya termasuk:

National Stroke Association Malaysia (Nasam). Community Care Society of Malaysia.

Selain membantu orang lain, anda juga dapat meningkatkan kesedaran diri terhadap bahaya strok serta menambah pengetahuan mengenainya.

4. Kongsikan kepada orang lain

Cara terbaik untuk menangani strok ialah melalui pencegahan. Paling penting ialah melalui amalan pemakanan dan gaya hidup sihat. Kongsikan maklumat yang betul kepada ahli keluarga, kenalan, dan masyarakat mengenai penyakit ini. Sudah tentu, anda juga perlu mengamalkannya!

Sumber: Hello Doktor



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *