KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu berkuatkuasa pada 15 April.
Pelantikan tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di sini pada Jumaat.
Azman yang baru dilantik sebagai KSU KPDNHEP menggantikan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Hasnol telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis berkuatkuasa 30 Mac lalu.