ATLAS Vending Sdn Bhd, pengendali mesin layan diri dari Etika Sdn Bhd, salah satu pengeluar minuman jenama terkenal, telah mengumumkan pelancaran kerjasamanya dengan Kementerian Ekonomi dalam Kempen Penyegar Dahaga RM1. Sebagai pengendali mesin layan diri makanan dan minuman (F&B) terbesar, ATLAS Vendingmenetapkan misi untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah melalui penggunaanmesin layan diri yang tersedia di seluruh negara. Dengan melaraskan komitmen tanggungjawab sosialkorporat (CSR) bersama dengan visi Kementerian untuk membantu lebih daripada 130,000 rakyatMalaysia miskin tegar, inisiatif antara kedua-dua pihak ini juga bertujuan untuk menangani inflasi danpariti kuasa beli negara bagi menyokong ekonomi pekeliling. ATLAS Vending merupakan pengendali mesin layan diri F&B terbesar di Malaysia & Singapura denganmempunyai kehadiran di setiap negeri. Impak yang dibawanya dapat dibuktikan melalui 3,210 mesinyang berada di bawah inisiatif IPR RM1 di seluruh negara dan menunjukkan komitmen mereka kearah meluaskan perkhidmatan kepada orang ramai di seluruh negara. Pengumuman perkongsian ini dan pelancaran mesin layan diri telah diadakan di KL Sentral pada hariini dengan kehadiran Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli. ATLAS Vending akan memperkenalkan mesinlayan diri pertamanya di bawah inisiatif minuman IPR. Tersedia untuk pembelian pada harga RM1ialah tiga minuman di bawah Etika Group; Pepsi Black, botol air mineral dan Revive Isotonic.Kesemuanya merupakan minuman sihat yang memenuhi garis panduan kerajaan dan membawa logoHealthier Choice. Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata “Kami percaya setiap langkahkecil boleh membawa perubahan yang besar. Dengan kerjasama ini, kami mengorak langkah untukmemperkasakan masyarakat kita dengan setiap teguk minuman. Hari ini menandakan satu peristiwapenting dalam perjalanan kami ke arah memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia.” Beliau juga berkata “ATLAS Vending berbangga untuk memperkenalkan mesin jualan minuman RM1,dengan kerjasama bersama Kementerian Ekonomi Malaysia sebagai bukti komitmen kami terhadapInisiatif Pendapatan Rakyat. Kami amat berharap untuk membawa perubahan kepada rakyat dannegara Malaysia. Kini, ia boleh dicapai melalui usaha kami menyediakan minuman dengan hargamampu milik kepada semua rakyat Malaysia.” Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli berkata, “Matlamat kami adalah untukmenyediakan pilihan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia dan memastikan semua orangdapat menikmati rehat seketika tanpa membebankan dompet mereka. Inisiatif ini bukan sekadaruntuk menghilangkan dahaga; ia menyemai semangat perpaduan dan kemakmuran bersama. Sejakpelancaran inisiatif mesin layan diri di bawah IPR, ramai rakyat Malaysia daripada kumpulanberpendapatan rendah telah mendapat manfaat daripada pilihan makanan mampu milik yangdisediakan oleh vendor yang mengendalikan mesin layan diri ini. Beliau juga berkata “Kami percaya bahawa inisiatif ini bukan hanya mengenai minuman RM1 sahaja;ia juga meliputi kerjasama bersama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan untuk memberifokus terhadap keterangkuman sosial dan kebajikan rakyat Malaysia, salah satu aspek di bawahRancangan Malaysia Ke-12. Kami berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi seperti ATLASVending untuk menerajui inisiatif ini dan membolehkan pihak kementerian merealisasikan visipengagihan manfaat yang saksama. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah ke arah mencapainya.” Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah dilancarkan pada Februari 2023 dan memberi tumpuankepada strategi serampang dua mata untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin tegar dan B40sambil menangani isu ekonomi harian secara serentak melalui inisiatifnya. IPR menumpukan usahamembasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif dalam bidangpertanian, perniagaan makanan dan penyedia perkhidmatan. Di bawah IPR, pihak Kementerian memberi tumpuan kepada tiga modul utama untuk membasmikemiskinan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Ini terdiri daripada Inisiatif UsahawanTani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).Dengan pengumuman perkongsian antara ATLAS dan Kementerian Ekonomi, minuman RM1 ini akandisediakan di seluruh negara di 3,210 mesin layan diri. Kepakaran ATLAS Vending melangkaui penyelesaian penjualan makanan dan minuman. Mereka jugamemperkasakan jenama-jenama runcit melalui automasi mesin layan diri mereka sepertiperkongsian mereka bersama Siti Khadijah yang menyenangkan pemerolehan keperluan ibadah bagirakyat Malaysia. Jenama yang berminat untuk meneroka perkongsian bersama dengan ATLASVending boleh menghubungi mereka di customercarelineMY@atlasasia.co Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari halaman Facebook ATLAS Vending dihttps://www.facebook.com/atlasasia.co/. Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif PendapatanRakyat, sila layari https://ipr.epu.gov.my/about Post navigation “Angkasawan” Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar encourages young people to learn about aerospace INDONESIA GIVES THE BATON TO MALAYSIA