Atasi alahan ketika hamil

Atasi alahan ketika hamil

ALAHAN semasa mengandung sering dikaitkan dengan gejala-gejala seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu serta tidak selesa.

Ibu hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon. Alahan turut berlaku kerana ketidakseimbangan paras gula dalam darah.

Ibu hamil perlu banyak minum air untuk menghindari alahan.

Ibu hamil perlu banyak minum air untuk menghindari alahan.

Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan ketika trimester pertama apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Bagi berhadapan dengan alahan ini ibu boleh amalkan petua ini:

1. Minum air dengan kerap sehingga 12 gelas sehari.

2. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong walau pun anda tidak lapar. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam.

4. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

5. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

6. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ia boleh menyebabkan rasa mual.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *