ASSAR umum dividen 2.5 sen seunit

AMANAH Saham Sarawak (ASSAR) mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak 2.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Ketika mengumumkannya pada satu majlis di sini pada Jumaat, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengagihan julung kali pasca penstrukturan semula ASSAR itu akan melibatkan pengagihan sebanyak RM11.71 juta kepada 57,613 pelabur, dikira berdasarkan baki pegangan unit pada 31 Disember 2023.

“Haruslah ditekankan bahawa pengagihan ini adalah berdasarkan perolehan bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan semasa dan hal ini amatlah memberangsangkan memandangkan Tabung ASSAR pasca penstrukturan hanya siap dilaburkan sepenuhnya pada Julai 2023,” katanya.

Abang Johari berkata, langkah penstrukturan semula ASSAR yang berjaya disempurnakan pada 21 Oktober 2022 telah mula membuahkan hasil.

Sumber