KUALA LUMPUR, 12 Mac 2026 – Festival gaya hidup dan budaya kustom paling berpengaruh di Malaysia, Art of Speed 2026 (AOS 2026), bakal kembali pada 1 dan 2 Ogos 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, menjanjikan pengalaman lebih besar dan lebih bertenaga. Berlangsung dari jam 10 pagi hingga larut malam, edisi ke-15 ini bukan sahaja menampilkan pameran automotif dan budaya pop, malah turut memperkukuh elemen muzik melalui kembalinya Festival SoundCircus yang dinanti-nantikan. Festival SoundCircus Festival kali ini hadir dengan skala lebih luas merangkumi enam pentas utama termasuk Pentas SoundCircus, Pentas 16, Panggung Chaos, Backdoor SoundSystem, Pentas AOS dan Pentas Kartel. Lebih 50 pemuzik dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Jepun akan menghangatkan pentas sepanjang dua hari, merangkumi pelbagai genre daripada indie, rock, hardcore hingga muzik elektronik. Antara nama yang mencuri tumpuan termasuk Masdo, Midnight Fusic, The Jansen, Nadin Amizah, Tenxi serta kolaborasi unik Cokelat X Ella yang dijangka menjadi antara persembahan paling epik tahun ini. Selain persembahan muzik, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Show & Shine untuk kereta dan motosikal, Hot Wheels Collectors Convention Malaysia, Project Car Invitational Showcase, serta ThunderCircus Ride-In. Tidak ketinggalan, elemen gaya hidup turut diperkaya melalui Kulture Kartel yang menampilkan pasaran vintaj, streetwear dan pertandingan B-Boy SEA Qualifier, menjadikan AOS 2026 sebagai festival pelbagai dimensi yang menyatukan komuniti kreatif. Dengan harga tiket bermula RM35 untuk kemasukan umum AOS dan pakej SoundCircus yang pelbagai, acara ini dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Disokong oleh Tourism Selangor, AOS 2026 bukan sekadar festival hiburan tetapi sebuah perayaan budaya kustom yang terus berkembang sebagai fenomena serantau. INFORMASI UTAMA Acara: Art of Speed 2026 & SoundCircus Festival Tarikh: 1 & 2 Ogos 2026 Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang Masa: 10:00 pagi – larut malam Sokongan: Tourism Selangor PENTAS UTAMA (6 PENTAS) Pentas SoundCircus Pentas 16 Panggung Chaos Backdoor SoundSystem Pentas AOS Pentas Kartel PERSEMBAHAN FASA 1 The Jansen (ID) Masdo Midnight Fusic Sweetass Johny Comes Lately Dannqrack & Eemrun Second Combat (30 Years Anniversary) Krusty After Midnight The World Ends With You Iron Gaze Heavener BesSka Tok Saad Open Privacy Kosmik DJ Queizham DJ Miko Naiko S4d.kl DJ Zu DJ Creamminalsm PERSEMBAHAN FASA 2 Freshtown All Stars Cokelat X Ella (ID x MY) Hari Slatan Nadin Amizah (ID) Tenxi (ID) Johnny Pandora (JPN) Sukses Lancar Rejeki (ID) Issey & The Clique (Dikir Kustom) Couple X Adnan Othman Iqbal M. Moneybag Empty Page Tricks Ya Bunayya High Therapy (ID) Ibliss Straight Answer (ID) (30 Years Anniversary) Piponation Jahvalion Ruckyard Omnisync Aimampus K.O.I Rina-Hime Paylark Nemesys Mind Blank Zafri Romai D’Pujanggas Piring Terbang Citykops Overthrown (SG) (30 Years Anniversary) Jemson X Def Gab C DJ Mekanik AKTIVITI SAMPINGAN Majlis Anugerah Pelancaran & Persembahan Jenama Majlis Rasmi Prestasi Cahaya & Akustik Pertunjukan Ride-In Pertunjukan Fesyen Persembahan B-boy Talkshow Sunburst Talk (Sesi Perkongsian) AKTIVITI TAMBAHAN AOS 2026 Show & Shine (Cars & Motorcycles) 4th Hot Wheels Collectors Convention Malaysia Project Car Invitational Showcase ThunderCircus Ride-In Scooterist & Roda Rumble Gathering Car Club Gathering Kulture Kartel (Vintage, Thrift & Streetwear Market) B-Boy SEA Qualifier Kustom & Koffee Talk Forum Collectible Alley Moto4sale Marketplace Test Ride Zone Visitor Passport & Lucky Draw Food & Lifestyle Zones TIKET AOS Entry: RM35 SoundCircus GA: RM89 – RM169 SoundCircus Rockzone: RM139 – RM219 Hero Guest Care Pack: RM188 – RM388 FAHASA JUALAN TIKET Early Bird: RM89 / RM139 (SOLD OUT) Phase 1: RM129 / RM179 Phase 2: RM149 / RM199 Phase 3: RM169 / RM219 Door Ticket: 1–2 Ogos 2026 TARIKH JUALAN Early Bird: 27 Jan 2026 Phase 1: 1 Feb 2026 Phase 2: 12 Mac 2026 Phase 3: 1 Jun 2026 Door Ticket: 1–2 Ogos 2026 LAMAN TIKET https://biz.bboevents.com/event/#/aosscf26 Post navigation Goyang Raya: Lambang Keindahan Warna dan Simbolik Perpaduan Nasional TV AlHijrah Semarakkan Aidilfitri Menerusi Kempen “Syawal Eratkan Kasih, Bertaut Sayang”