Apabila tiba saja musim perayaan, lagu – lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan dimainkan dari yang lama hingga kini .
’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shariff.
‘’Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun ‘’, Tambah Salman Shariff
Salman Shariff, Komposer dan penerbit lagu ini sendiri merancang awal untuk rakaman semula lagu raya kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir (UK’S) lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays).
Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan. Dengan tawaran yang diterima untuk menyanyi semula lagu raya ini, Achik merasakan ini adalah peluang yang sangat bagus untuk beliau menonjolkan diri dan kembali aktif kerana mungkin ada yang fikir beliau tidak lagi aktif dalam industri. Malah Achik juga masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.
Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes