Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Anak Khairy Jamaluddin luah suara hati tentang perubahan bumi
  • Ekspo

Anak Khairy Jamaluddin luah suara hati tentang perubahan bumi

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
480561.jpg

PEMANASAN global dan perubahan iklim wajar diberi perhatian serius. Jika tidak ditangani dengan baik bimbang ia menjejaskan ekosistem bumi, sekali gus menyebabkan negara berdepan pelbagai bencana alam.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyakat berhubung isu itu, Persatuan Wanita bagi Rantau Pasific dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Malaysia menganjurkan Forum Awam 2019 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Forum bertemakan Climate Change For Peace itu bertujuan menyeru masyarakat daripada pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama mengatasi masalah pemanasan global dan perubahan iklim demi masa depan negara.

Menurut Presiden PPSEAWA Malaysia, Datuk Rahmah Abdul Hamid, bagi memastikan tanggungjawab sosial berkenaan mencapai matlamatnya dari semasa ke semasa pihak persatuan akan menganjurkan acara bulanan.

“Menerusi program ini, kami akan menunjukkan demostrasi terbaik supaya kediaman, kawasan kejiranan dan komuniti kita bebas daripada pencemaran seperti puntung rokok, bungkusan plastik dan penyedut minuman.

“Justeru, kami (PPSEAWA Malaysia) amat mengalu-alukan orang awam khususnya golongan dewasa untuk menyertai program ini bagi membantu mengurangkan pencemaran melalui konsep 3R (pengurangan, guna semula dan kitar semula),” katanya pada Forum Awam 2019 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Menariknya, pada forum tersebut, Jibriel Khairy,12, turut meluahkan isi hatinya berhubung tajuk Perubahan Iklim: Bagaimana Orang Ramai Mampu Menyelamatkan Bumi?

Jibriel atau mesra disapa Cougar berkata, pada peringkat awal, orang ramai boleh melakukan rutin dengan membawa beg kitar semula untuk mengutip puntung rokok dan bungkusan plastik yang dibuang merata-rata oleh individu tertentu.

“Selain itu, masyarakat boleh membantu membersihkan pantai yang dicemari kepingan logam seperti tin dan plastik makanan termasuk mengutip bahan yang boleh dikitar semula dan hasilkan barang perhiasan yang menarik,” luah anak kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia #QuranHour 5.0 di Masjid Putra
Next: Transisi terbaharu Nokia

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.