YGold Sdn Bhd melantik Pengarah Urusan Elzar Shariah & Technology Solution Sdn Bhd, Dr Haji Zaharudin Abd Rahman sebagai Penasihat Syariah bagi memperkukuh keyakinan pelanggan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pematuhan Syariah dalam urus niaga emas. Majlis tanda tangan dan penyerahan surat pelantikan tersebut berlangsung pada Sabtu, 29 Ogos 2026, jam 11 pagi di YGold Kuala Lumpur. Majlis berkenaan menyaksikan Dr Haji Zaharudin Abd Rahman bersama Pengerusi Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Zahrin Ibrahim, memeterai pelantikan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Shahfizzam Moideen berkata, pelantikan Dr Haji Zaharudin dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang kewangan Islam, muamalat serta transaksi emas. “YGold Sdn Bhd melantik Dr Haji Zaharudin Abd Rahman sebagai Penasihat Syariah bagi memperkukuh keyakinan pelanggan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pematuhan Syariah dalam urus niaga emas. “Pelantikan itu dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang kewangan Islam, muamalat serta transaksi emas. Dalam peranan tersebut, beliau akan memberikan pandangan dan bimbingan Syariah bagi memastikan operasi, struktur perniagaan serta urus niaga emas YGold dilaksanakan dengan prinsip Syariah,” katanya. Menurut Shahfizzam, pematuhan Syariah merupakan perkara penting dalam memastikan perniagaan emas dilaksanakan secara telus, beretika dan dipercayai. “Pematuhan Syariah bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya menjadi asas penting dalam membangunkan perniagaan yang telus, beretika dan dipercayai. “Melalui pelantikan ini, YGold berharap dapat memperkukuh kefahaman pelanggan mengenai prinsip Syariah dalam urus niaga emas selain memastikan setiap transaksi dilaksanakan secara bertanggungjawab dan beramanah,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, YGold turut mengadakan Mega Festival ke-2 di YGold Kuala Lumpur pada 28, 29 dan 30 Ogos 2026. Acara selama tiga hari yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu sebelum ini pernah diadakan di YGold Kajang, dengan syarikat berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM1.2 juta. Mega Festival tersebut merupakan cetusan idea Shahfizzam yang sentiasa berusaha memberikan pengalaman dan tawaran terbaik kepada pelanggan YGold. Pelbagai promosi menarik ditawarkan sepanjang acara berkenaan, termasuk emas baharu dan preloved tanpa upah, pelbagai koleksi silver seperti rantai leher, rantai tangan, bangle, cincin dan silver bar. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan koleksi berlian termasuk cincin, preloved gold bar daripada pelbagai jenama serta gold bar baharu pada harga di bawah pasaran. Selain itu, YGold turut menawarkan kadar buy back dan trade in yang kompetitif, cincin belah rotan pada harga bawah RM300 serta sesi bidaan dengan harga permulaan serendah RM10. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung seperti pasu eksklusif, jam dinding, bingkai hiasan dinding, baby coat dan lain-lain. Sebanyak 200 hamper turut disediakan untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir. Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan, pengunjung yang hadir dengan memakai baju bertemakan kemerdekaan pada 30 Ogos turut menerima hadiah atau saguhati daripada pihak YGold. YGold Kuala Lumpur yang menjadi lokasi Mega Festival ke-2 merupakan cawangan ketiga syarikat dan mula beroperasi pada 22 Mei 2026. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di cawangan tersebut termasuk jualan emas baharu dan terpakai, jualan gold bar, pembelian surat pajak serta perkhidmatan buy back dan trade in. Pelantikan Penasihat Syariah ini dilihat sebagai satu lagi langkah YGold dalam memperkukuh aspek pematuhan Syariah serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap urus niaga emas yang dijalankan secara telus, bertanggungjawab dan beramanah. Post navigation Enhancing Every Travel Experience at MATTA Fair September 2026