Malaysia bakal menyaksikan sebuah kisah penuh inspirasi yang mengangkat keberanian, semangat juang dan kebanggaan terhadap negara menerusi filem terbaharu TERBANG, yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 17 September 2026. Diarahkan oleh pengarah tersohor Chiu Keng Guan, filem ini mengangkat kisah perjuangan seorang anak Malaysia yang berani mencabar batasan demi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Nama Chiu Keng Guan cukup sinonim dengan karya yang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang serta membangkitkan semangat cintakan negara. Pengarah di sebalik filem pecah panggung seperti OlaBola dan The Journey itu kini kembali dengan sebuah lagi karya yang diinspirasikan daripada perjalanan sebenar legenda rali negara, Karamjit Singh. Pelancaran rasmi poster dan treler TERBANG turut memberikan gambaran awal tentang aksi serta emosi yang bakal dibawakan kepada penonton. Poster filem menampilkan visual dinamik yang mencerminkan kelajuan, intensiti dan semangat Malaysia yang membara, manakala treler rasmi pula mengetengahkan aksi penuh adrenalin serta perjalanan emosi yang menjadi nadi utama filem berkenaan. Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, TERBANG bukan sekadar sebuah filem, sebaliknya sebuah karya yang mengangkat kisah Malaysia ke mata dunia dengan mengetengahkan semangat pasukan tempatan dalam melangkaui batas. Pemilihan tarikh tayangan pada 17 September juga mempunyai makna tersendiri kerana ia hadir seiring dengan sambutan Hari Malaysia, sekali gus meraikan semangat perpaduan, kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia. Menjelang tayangan, Astro Shaw bersama rakan strategik turut memperkenalkan kempen “Kita Terbang Sama-Sama”, yang menawarkan pelbagai pengalaman kepada orang ramai menerusi aktiviti fizikal, kolaborasi radio, pertandingan serta pelbagai kandungan dan inisiatif merentas platform. Kempen ini diharapkan dapat mendekatkan masyarakat dengan dunia TERBANG dan menjadikan filem tersebut sebagai sebuah pengalaman bersama yang mampu menyatukan rakyat serta mencetuskan rasa bangga terhadap kisah yang lahir dari Malaysia. Kolaborasi bersama STING turut membuka peluang kepada peminat untuk menyertai Cabaran Rali Bersama TERBANG x STING, yang mencabar orang ramai menghasilkan bunyi enjin rali paling kreatif di media sosial. Lima pemenang dengan jumlah tanda suka tertinggi berpeluang menyertai cabaran rali di litar bersama Karamjit Singh pada 8 Ogos 2026. Selain itu, Kembara EV Bersama TERBANG x STING pula bakal membawa barisan pelakon dan peminat dalam perjalanan istimewa dari Kuala Lumpur ke Johor pada 2 September 2026, dengan peserta turut berpeluang menyertai konvoi menggunakan kenderaan EV masing-masing. Dalam pada itu, kerjasama bersama U Mobile menerusi TERBANG x U Mobile memberikan peluang kepada peminat untuk menyelami proses pembikinan filem menerusi kandungan The Making Of (TMO). Kandungan eksklusif ini mengetengahkan penggunaan teknologi generasi baharu dalam menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih imersif, selain menawarkan peluang kepada peminat untuk mendapatkan cenderahati eksklusif dan menyertai sesi ramah mesra bersama barisan pelakon. Peminat turut berpeluang menguji kreativiti menerusi pertandingan Reka Kereta Rali Impian Anda, dengan peserta dicabar menghasilkan reka bentuk kereta rali impian masing-masing melalui video. Selain itu, acara ART of Speed yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 1 dan 2 Ogos 2026 turut menjadi antara lokasi untuk peminat bertemu barisan pelakon TERBANG serta legenda rali negara, Karamjit Singh. Menerusi Let Your Creativity Fly STING Challenge, peminat juga berpeluang menghasilkan poster dan video bertemakan TERBANG mengikut kreativiti masing-masing. Sebanyak 20 pemenang akan dipilih, dengan hasil karya mereka berpeluang dipaparkan dalam filem TERBANG serta menerima tiket ke acara Malam Gala TERBANG. Penyertaan bagi cabaran ini berlangsung dari 5 hingga 20 Ogos 2026. Bagi peminat yang ingin memiliki memorabilia istimewa, koleksi eksklusif TERBANG turut diperkenalkan, termasuk kereta diecast PROTON PERT, t-shirt, topi edisi terhad, set pelekat bertemakan rali, keychain dan origami kereta yang diinspirasikan daripada kenderaan rali dalam filem. Setiap koleksi direka dengan elemen autentik yang meraikan semangat kelajuan, keberanian dan identiti Malaysia. Selain itu, TERBANG turut menawarkan pakej tayangan korporat khas untuk organisasi dan syarikat yang ingin membawa pekerja, rakan niaga atau pelanggan menyaksikan filem tersebut secara eksklusif. Barisan pelakon TERBANG juga akan turun padang menerusi Siri Jelajah Filem, yang akan berlangsung di beberapa lokasi pawagam terpilih di Pantai Timur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka dan Lembah Klang sepanjang September hingga Oktober 2026. Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures dan Aventure Space, serta diterbitkan oleh Woohoo Pictures, TERBANG turut mendapat sokongan rakan strategik STING, rakan inovasi U Mobile serta kebenaran penggunaan elemen jenama daripada PROTON, PETRONAS, EON Berhad dan Malaysia Aviation Group (MAG). Gabungan kerjasama ini menghidupkan kembali semangat era kegemilangan rali dan mengangkat kisah perjuangan anak Malaysia ke layar perak. TERBANG bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September 2026, termasuk dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik lebih menyeluruh menerusi kerusi bergerak serta kesan persekitaran seperti angin, air dan bau. Dengan kisah yang diinspirasikan daripada perjalanan sebenar Karamjit Singh, filem ini dijangka menjadi sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah membangkitkan semangat keberanian, perpaduan dan kebanggaan terhadap Malaysia. Post navigation Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Dijadual Semula ke 19 September 2026