Festival Warisan Selera Selatan 2026 bakal menghidangkan pengalaman gastronomi yang unik apabila menghimpunkan hampir 200 sajian tradisional dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan di Evo Mall, Bandar Baru Bangi.

Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun 2026 ini menyasarkan lebih 15,000 pengunjung selepas kejayaan edisi sebelum ini yang mencatat kehadiran lebih 12,000 orang.

Lebih daripada sekadar festival makanan, FWSS 2026 mengetengahkan kisah di sebalik setiap resipi warisan yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai menu ikonik seperti Mee Rebus Haji Wahid, Induk Salai, Dodol Melaka, Rendang Maman Warisan, Apam Johol dan pelbagai lagi sajian nostalgia.

Festival ini turut dimeriahkan dengan demonstrasi masakan, persembahan budaya, pertandingan memasak, pertandingan busana tradisional, kuiz warisan, cabutan bertuah serta pelbagai persembahan artis dan personaliti terkenal tanah air.