Selepas 24 tahun mengukir nama dalam industri nasyid, UNIC mempersembahkan sebuah inisiatif baharu yang menggabungkan elemen muzik dan penceritaan menerusi UNICOUSTIC PODCAST. Projek ini menampilkan rakaman semula lagu-lagu daripada album pertama mereka dalam susunan akustik yang lebih segar tanpa menghilangkan identiti asal karya tersebut. Keunikan projek ini terletak pada penerbitan siri podcast yang mengiringi setiap lagu. Dalam podcast berkenaan, Dr. Fitri Haris, Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi berkongsi sejarah penubuhan UNIC, kisah di sebalik lagu-lagu popular mereka serta pengalaman sepanjang membawa mesej dakwah melalui muzik. Diterbitkan oleh UNIC Legacy, projek yang mengandungi 10 episod podcast dan 10 lagu akustik ini mendapat sokongan Geran Dana Kandungan Kreatif yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi My Creative Venture. UNIC berharap usaha ini bukan sahaja mengembalikan nostalgia kepada peminat lama, malah menjadi dokumentasi berharga mengenai perjalanan seni mereka yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Post navigation Trilogi Kembali Bersatu, Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim Lancar Single “Gila” dengan Konsep Rockestra Epik