Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Ekonomi
  • Pengilang Perlu Bertindak Awal Dalam Era Peralihan Tenaga
  • Ekonomi

Pengilang Perlu Bertindak Awal Dalam Era Peralihan Tenaga

Yasmin Zainal April 8, 2026 (Last updated: April 8, 2026) 2 minutes read
default

Kenaikan tarif elektrik Malaysia sekitar 14% kepada 45.62 sen/kWj di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), bersama pelaksanaan cukai karbon dalam Belanjawan 2026, terus memberi tekanan kos kepada sektor perindustrian, khususnya pengilang berintensif tenaga.

Dalam menghadapi situasi ini, sebuah syarikat kejuruteraan di Klang mengambil pendekatan pendekatan dengan mengguna pakai tenaga solar. EFS Group telah memasang sistem solar bumbung berkapasiti 403 kWp untuk Cheng Hua Engineering Works Sdn Bhd di fasiliti mereka. Dalam tempoh sebulan operasi, sistem tersebut berjaya mengurangkan hampir 50% bil elektrik bulanan serta menyumbang kira-kira 30% daripada keperluan tenaga. Secara tahunan, ia dianggarkan menjana 362,280 kWj tenaga bersih dan mengurangkan sekitar 400 tan metrik pelepasan karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif EFS Group, Darren Tan, menegaskan bahawa pengurusan tenaga kini menjadi faktor penting dalam meningkatkan keuntungan dan daya tahan kewangan syarikat. Inisiatif ini juga selari dengan perubahan tarif RP4 sejak Julai 2025 serta pelaksanaan mekanisme AFA yang menyebabkan kos tenaga lebih tidak menentu.

Pada masa sama, pengilang turut berdepan cabaran dasar termasuk cukai karbon dan tekanan eksport menerusi mekanisme CBAM oleh Kesatuan Eropah, yang menuntut komitmen lebih jelas terhadap penyahkarbonan. Cheng Hua Engineering bukan baharu dalam penggunaan tenaga solar. Syarikat inin telah menggunakannya sejak 2014 di bawah skim FiT. Peluasan terkini melalui skim SelCo, yang turut dibiayai sepenuhnya oleh syarikat, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap solar sebagai pelaburan jangka panjang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Chee Keong, penggunaan solar membantu meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga sambil menyokong peralihan ke arah ekonomi rendah karbon. Selari dengan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), langkah awal seperti ini dilihat mampu memberikan kelebihan daya saing yang mampan kepada pengilang di Malaysia.

About the Author

Yasmin Zainal

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sajian Iftar Istimewa Rumah Lauk bersama Marvelous Mama
Next: The Lion King Roars to Life in Malaysia with a Spectacular 72-Piece Orchestra

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
Screenshot 2026-04-13 122153
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • News
  • Pertanian

Output Getah Asli Negara Menyusut 24.1% (Feb 2026)

Allya Adriana April 13, 2026
  • Community
  • Ekonomi
  • Finance
  • polotik

Teliti Moratorium Bersasar untuk Perkukuh Kuasa Beli Rakyat

Farihin Azlan April 9, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.