Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • SCEE25 Tandakan Era Baharu Ekonomi Kreatif Selangor Menuju Sumbangan RM20 Bilion KDNK
  • Business
  • Campaign
  • Carnival
  • Community
  • Event
  • Launching
  • News

SCEE25 Tandakan Era Baharu Ekonomi Kreatif Selangor Menuju Sumbangan RM20 Bilion KDNK

Helmi Aziz September 26, 2025 2 minutes read
G1nGIcMboAA6SLN

Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah merasmikan Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25), sebuah acara bersejarah bertemakan “Re:Imagine Selangor – Creativity is the New Economy.” Majlis ini disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersama YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ekonomi Kreatif Negeri Selangor yang menandakan bermulanya era baharu dalam pertumbuhan industri kreatif negeri.

Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif yang dilancarkan merangka hala tuju selama sepuluh tahun untuk menjadikan Selangor sebagai hab kreatif serantau dengan sasaran sumbangan KDNK sebanyak RM20 bilion menjelang 2035. Pelan ini memberi tumpuan kepada inovasi, keusahawanan, eksport, pengukuhan bakat tempatan, akses kepada platform kreatif serta pemartabatan identiti negeri melalui pemeliharaan warisan, pelancongan dan penglibatan masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, enam pemangkin utama telah dikenal pasti termasuk pembangunan bakat, pemerkasaan digital, pembiayaan, kesiapsiagaan infrastruktur, akses pasaran dan tatakelola yang mantap.

SCEE25 yang berlangsung pada 23 hingga 24 September 2025 di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam menjadi platform utama pengaktifan Pelan Tindakan ini dengan pengisian merangkumi sesi townhall, forum, bengkel, platform pemadanan perniagaan B2B, B2G dan B2C melalui CRE8Biz Xchange, peluang pembiayaan melalui CRE8Fund, persembahan serta pameran interaktif di CRE8Stage selain sesi rangkaian dan pemeteraian MoU yang menonjolkan kerjasama strategik pelbagai pihak.

Ekonomi kreatif dilihat bukan lagi terbatas kepada seni dan budaya semata-mata sebaliknya menjadi pemacu inovasi, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi, pengukuhan pelancongan dan pembinaan identiti global bagi Selangor. Pada tahun 2022 industri kreatif negeri telah menyumbang kira-kira RM8 hingga RM10 bilion kepada KDNK dengan potensi pertumbuhan pesat dalam sektor media digital, filem, reka bentuk, seni budaya dan warisan. Melalui pelan ini Selangor berhasrat untuk menggandakan sumbangan tersebut menjelang 2035 sambil membangunkan ekosistem yang inklusif, bersedia menghadapi cabaran masa depan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge
Next: HONOR Recognized Globally for ALS Awareness Video, Wins Two GSMA Digital Nation Awards

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.