Festival Budaya Malaysia 2025 (FBM2025) anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bakal menjadi salah satu acara budaya paling berprestij tahun ini. Nu Ideaktiv sebagai rakan kolaborasi rasmi tampil mempersembahkan rangkaian program khas yang meraikan keindahan seni cita rasa hiburan dan kreativiti rakyat Malaysia. Dengan ilham Budaya Kita Vibes Kita Ideaktiv membawa nafas segar ke dalam festival ini melalui pengalaman yang dekat di hati masyarakat termasuk sajian kulinari warisan bakat kreatif kanak-kanak hiburan gaya hidup serta aktiviti penuh warna untuk seisi keluarga.
Antara tiga program utama anjuran Nu Ideaktiv adalah Rasa Layan Curry Fiesta 2025 iaitu pesta masakan yang meraikan kepelbagaian kari Malaysia dengan demonstrasi masakan selebriti chef terkenal dan sesi merasa interaktif BK Mini Fest 2025 iaitu pentas kanak-kanak menyerlahkan bakat melalui nyanyian tarian dan persembahan berwarna-warni serta Larian Warna Budaya iaitu larian santai dengan limpahan warna yang mencerminkan semangat kebersamaan dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Menurut En. Syamil Fahim Mohamed Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv menyertai Festival Budaya Malaysia 2025 merupakan suatu penghormatan besar buat Nu Ideaktiv kerana festival ini adalah sebuah perayaan budaya yang menjadi platform penting untuk menyemai semangat perpaduan menghargai kepelbagaian serta menghidupkan kembali nilai tradisi dalam kehidupan moden masyarakat. Pemilihan jenama Rasa dan Pa&Ma untuk meneraju inisiatif Nu Ideaktiv di festival ini dibuat dengan penuh pertimbangan di mana Rasa melambangkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan yang menjadi nadi kehidupan harian dan identiti bangsa manakala Pa&Ma mewakili institusi keluarga kerana nilai budaya perlu disemai sejak kecil melalui kasih sayang pendidikan serta gaya hidup berkeluarga yang seimbang.
Sebagai sebuah organisasi media Ideaktiv mahu membina pengalaman yang menghubungkan masyarakat di bawah semangat Budaya Kita Vibes Kita supaya setiap pengunjung merasai denyut nadi Malaysia daripada aroma kari yang membangkitkan memori kehangatan keluarga yang meraikan tradisi hinggalah keceriaan anak-anak yang melakar masa depan. Ideaktiv percaya budaya adalah jiwa bangsa dan apabila budaya diraikan ia adalah tanda meraikan harapan persahabatan dan masa depan negara.
Dengan kekuatan jaringan jenama serta pengalaman luas dalam penganjuran acara berskala besar Nu Ideaktiv menekankan kepentingan community engagement sebagai teras utama penyertaan mereka dan kehadiran Ideaktiv di FBM2025 membuktikan komitmen untuk mendekatkan rakyat dengan seni budaya dan gaya hidup Malaysia dalam suasana penuh kebersamaan. Festival ini juga menawarkan aktiviti menarik setiap hari sepanjang lima hari penganjuran bermula pada 12 September dengan Kewpie Egg Sandwich Class diikuti pada 13 September dengan Himpunan Anak Budaya Kenduri Kari Malaysia 68 Demo Masakan Kari x Tumix Jom Mewarna Mega serta Kewpie Egg Sandwich Class. Pada 14 September pengunjung boleh menikmati Himpunan Martial Art Anak Hebat Demo dan pemberian Roti Jala Percuma Konsert BK Fantastic x Kewpie Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala serta Kewpie Egg Sandwich Class.
Pada 15 September berlangsung Pertandingan Roti Canai Melayang Seri Pelangi dan Kewpie Egg Sandwich Class manakala pada 16 September diadakan Larian Warna Budaya Pertandingan Teh Tarik King and Queen OKI serta Kewpie Egg Sandwich Class. Selain itu festival ini turut dimeriahkan dengan kerjasama jenama besar termasuk OKI Seri Pelangi Tumix dan Kewpie yang menghadirkan aktiviti interaktif dan demonstrasi menarik sepanjang acara. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini orang ramai boleh mengikuti laman sosial rasmi MOTAC dan Nu Ideaktiv dengan sertai perbualan menggunakan hashtag rasmi