Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • 8 November Ini, XPDC Metalkestra Bakal Gamatkan Zepp Kuala Lumpur!
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music
  • music

8 November Ini, XPDC Metalkestra Bakal Gamatkan Zepp Kuala Lumpur!

Helmi Aziz August 1, 2025 2 minutes read
0108 xpdccc

Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam belantika muzik tempatan, XPDC terus mencipta sejarah menerusi karya-karya yang masih segar dalam ingatan peminat dan menjadikan mereka antara kugiran heavy metal paling berpengaruh sejak era 80-an.

Kini, XPDC bersedia kembali menggegarkan pentas dengan konsert berskala besar yang dinanti-nantikan, apabila Republic Mokhmah Records mengumumkan penganjuran konsert XPDC Metalkestra yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 November 2025.

Konsert ini dijangka menyuntik semangat nostalgia kepada peminat tegar, mengimbau kemeriahan Konsert Raksasa XPDC Brutal yang pernah mencetus fenomena pada 1998 di Stadium Negara dan Shah Alam.

Kali ini, barisan samurai sejati XPDC iaitu Izo, Eddie, Arif, Lola dan Mamu tampil dengan konsep yang lebih segar melalui gabungan muzik metal dan orkestra, sekaligus memberi pengalaman muzik yang mewah namun masih kekal dengan identiti XPDC.

Penganjur menyatakan keterujaan yang sama seperti peminat dalam merealisasikan konsert ini, malah tema Metalkestra dipilih sebagai simbolik kepada evolusi dan kematangan muzik XPDC.

Menurut Musa dari Republic Mokhmah Records, penganjuran ini membuktikan bahawa muzik rock seperti yang dibawa oleh XPDC tetap relevan dan tidak pernah ditelan zaman meskipun pelbagai label diberikan seperti rock kapak.

Beliau berharap bukan sahaja peminat lama, tetapi juga generasi baharu yang mengenali XPDC menerusi media sosial akan hadir menyokong.

Bagi XPDC sendiri, gabungan orkestra dalam konsert ini dianggap satu penghormatan buat peminat yang setia menyokong mereka selama ini.

Mereka berjanji akan mempersembahkan sesuatu yang tidak dapat dilupakan dengan seleksi lagu-lagu malar segar seperti Apa Nak Di Kata, Nafisa, Kita Peng Yu, Hidup Bersama, Hijau Bumi Tuhan dan CT Cinta Kenangan Silam.

Tiket mula dijual bermula 30 Julai jam 5 petang di laman web ilassotickets dengan harga RM138 untuk kategori Cat 2 Darjah Satu (free standing), RM168 untuk Cat 1 Kita Peng-yu (front row standing), RM198 bagi Cat 4 Samurai (normal numbered seating), RM338 untuk Cat 3 Brutal (VIP numbered seating bersama t-shirt dan poster) serta RM5008 untuk Royal Box yang memuatkan 10 orang lengkap dengan sesi meet and greet serta goodie bag eksklusif.

Lebih menarik, dua pembeli bertuah yang hadir dengan pakaian bertemakan samurai terbaik akan membawa pulang hadiah istimewa, manakala cabutan bertuah turut menawarkan gitar Jackson Izo Signature kepada pemenang.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman epik ini kerana siapa lambat, akan tewas dalam pertempuran bersama samurai lain di XPDC Metalkestra Zepp Kuala Lumpur pada 8 November 2025.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Misha Omar & Melly Goeslaw Bersatu Dalam Lagu Galau Pertama Mereka
Next: Zepp KL Bakal Gamat: Gabungan Pamungkas, Fugo & Bilal Indrajaya Gegarkan Panggung Purnama

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.