Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • Misteri Fraser 1910: Seram Fiksyen Berinspirasi Realiti di Bukit Fraser
  • Awards
  • Filem
  • Movie

Misteri Fraser 1910: Seram Fiksyen Berinspirasi Realiti di Bukit Fraser

Helmi Aziz June 24, 2025 (Last updated: June 24, 2025) 3 minutes read
Official Poster - MISTERI FRASER

Terkenal sebagai destinasi peranginan yang dingin dan damai, Bukit Fraser rupa-rupanya menyimpan satu kisah misteri yang tidak pernah terungkai sejak lebih satu abad lalu. Nama Louis James Fraser atau Mr. Fraser sememangnya sinonim dengan kawasan perbukitan ini, namun kehilangan beliau secara tiba-tiba pada tahun 1910 terus menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Kisah itu akhirnya menjadi sumber inspirasi kepada syarikat produksi Millionaire Film Production Sdn Bhd untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Misteri Fraser 1910.

Menurut penerbit Elani Aidid, idea filem ini tercetus sewaktu mencari lokasi penggambaran lain di Bukit Fraser pada 2019. Ketika berada di sana, beliau terbaca sejarah kehilangan Mr. Fraser selepas dikatakan menemui kawasan bijih timah, sebelum ghaib tanpa jejak. Malah, beberapa laluan mendaki di Bukit Fraser seperti Bishop Trail dan Abu Suradi Trail dinamakan sempena mereka yang pernah terlibat dalam operasi pencariannya. Kisah-kisah tempatan inilah yang mencetuskan ilham untuk mencipta sebuah naratif fiksyen berdasarkan inspirasi sejarah sebenar.

Filem Misteri Fraser 1910 mengetengahkan kisah kehilangan Fraser dengan elemen seram dan dramatik. Kisah bermula apabila kereta milik Fraser ditemui ditinggalkan di pinggir hutan, menjadikan kehilangannya semakin misteri. Watak Fraser dilakonkan oleh Josiah Hogan, manakala barisan pelakon lain termasuk Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana dan Erry Putra turut menguatkan penceritaan filem ini.

Elani menjelaskan bahawa filem ini menggabungkan 50 peratus fakta sejarah dan 50 peratus fiksyen yang disusun berdasarkan hasil kajian penduduk setempat serta tokok tambah kreatif. Skrip filem ini turut mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Dana Perkembangan Skrip Filem dan dikembangkan dengan bimbingan panel penulis skrip berpengalaman.

Keunikan filem ini bukan hanya pada elemen seram, tetapi juga kerana keberaniannya membawa penonton kembali ke era 1910. Dialog, kostum, dan set produksi yang digunakan menampilkan keaslian suasana zaman silam dengan penggunaan bahasa baku lama dan elemen klasik yang jarang diketengahkan dalam filem tempatan masa kini.

Sebagai filem sulung terbitan Millionaire Film Production, Misteri Fraser 1910 telah mencipta kejayaan awal apabila memenangi kategori Best First Time Filmmaker di Lift-Off Global Network Sessions Vol. 4 yang berlangsung di Pinewood Studios, United Kingdom. Filem ini berjaya menarik perhatian penonton luar negara dan mendapat undian tertinggi dalam kalangan 26 penyertaan dari pelbagai negara.

Setakat ini, syarikat produksi tersebut telah menghantar sebanyak 32 penyertaan ke festival filem antarabangsa, termasuk satu acara yang bakal berlangsung di Rusia pada September nanti. Elani mengakui, segala pencapaian ini amat bermakna memandangkan filem ini adalah percubaan pertama mereka sebagai pembikin filem dan penulis skrip.

Untuk semua peminat genre seram dan peminat kisah misteri berasaskan sejarah, Misteri Fraser 1910 bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 26 Jun 2025. Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah kisah yang mengajak penonton menyelami sejarah dan kemungkinan lain di sebalik kehilangan yang masih menjadi persoalan sehingga ke hari ini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Knox Vault, Galaxy AI and You: How Samsung Secures Your Privacy in the Age of AI
Next: Huawei Powers the Future: 5G-A and Scenario-Based AI Usher in a New Era of Intelligent Connectivity

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
ST1_8581
  • Awards
  • Community
  • Entertainment
  • News

Pentas Anugerah Seni Cameronian BOH Ke-21 Jadi Saksi Kolaborasi Hebat Merentas Disiplin dan Teknologi

Allya Adriana May 5, 2026
Konspirasi Photo
  • Artist
  • Entertainment
  • Movie

Transformasi Luar Jangka: Che Puan Sarimah Tinggalkan Mistik, Terjerat Dunia Politik Gelap

Luqman Hakim April 28, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.