Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Hektar REIT Muktamadkan AGM Ke-13: Serlahkan Transformasi Strategik, Lonjakan ESG dan Kejayaan Pasaran Modal
  • News

Hektar REIT Muktamadkan AGM Ke-13: Serlahkan Transformasi Strategik, Lonjakan ESG dan Kejayaan Pasaran Modal

Helmi Aziz May 28, 2025 (Last updated: May 28, 2025) 3 minutes read
rsz_whatsapp_image_2025-05-27_at_112025_b04d4ccc

Hektar Asset Management Sdn. Bhd., pengurus kepada Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”), hari ini mengumumkan kejayaan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-13 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.

Pada AGM tersebut, pemegang unit telah meluluskan Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, yang memperlihatkan prestasi kewangan kukuh, kemajuan signifikan dalam inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta halatuju baharu ke arah kepelbagaian kelas aset di luar sektor runcit.

2024: Tahun Perubahan Strategik

Tahun 2024 menandakan permulaan fasa transformasi strategik buat Hektar REIT apabila ia mula mempelbagaikan pelaburan ke sektor bukan runcit. Syarikat berjaya memuktamadkan pemerolehan dan perjanjian pajak balik bagi hartanah berkaitan pendidikan, sekaligus membuka lembaran baharu dalam segmen pelaburan. Usaha ini diteruskan pada 2025 dengan kemasukan ke sektor perindustrian mencerminkan strategi jangka panjang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengukuhkan daya tahan portfolio.

Kejayaan Pembiayaan MTN dan Perluasan Modal

Menambah kepada momentum tersebut, Hektar REIT telah berjaya melaksanakan terbitan sulung RM215 juta bagi program Nota Jangka Sederhana (MTN) bernilai keseluruhan RM500 juta. Terbitan ini dijamin oleh Credit Guarantee & Investment Facility (CGIF), inisiatif dana amanah Bank Pembangunan Asia (ADB), sekaligus membolehkan akses kepada pembiayaan yang lebih cekap dan kos efektif.

Komitmen ESG yang Kukuh

Meneruskan aspirasi mampan, Hektar REIT telah menjalin kerjasama strategik dengan Samaiden Group Berhad bagi pelaksanaan sistem solar di lima buah pusat beli-belahnya. Projek ini dijangka menjana penjimatan kos tenaga sebanyak RM2.05 juta setahun atau RM41.3 juta dalam tempoh 20 tahun. Selain itu, ia berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 98,640 tan metrik bersamaan dengan penanaman lebih 1.9 juta pokok dalam jangka masa yang sama. Usaha ini memperkukuh komitmen Hektar REIT terhadap kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim.

Penambahbaikan Aset Subang Parade

Sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan aset jangka panjang, Hektar REIT telah memulakan pelaksanaan Inisiatif Peningkatan Aset (AEI) secara besar-besaran di Subang Parade. Fasa pertama penambahbaikan dalaman dijangka siap menjelang separuh pertama tahun 2026, dengan matlamat meningkatkan pengalaman pelanggan, daya tarikan penyewa serta prestasi jangka panjang aset.

Komitmen Terhadap Tadbir Urus & Pemegang Unit

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar, menyatakan penghargaan terhadap sokongan dan maklum balas pemegang unit yang disuarakan secara telus sepanjang AGM. “Tahun kewangan 2024 merupakan tempoh transformatif buat kami daripada peluasan ke dalam kelas aset baharu, pengoptimuman kos, hinggalah kepada pengurusan modal yang berhemat. Kami mendengar dengan teliti setiap suara pemegang unit dan akan terus menyesuaikan strategi kami agar selari dengan matlamat penciptaan nilai jangka panjang,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, pengurus sedang menilai semula arah strategik secara menyeluruh dan berusaha meningkatkan kecekapan operasi. “Fokus kami kini adalah untuk memperkukuh portfolio dengan aset yang berdaya tahan dan mampu menjana pendapatan berulang secara mampan.”

Langkah Seterusnya: Menyahut Masa Hadapan

Melangkah ke hadapan, Hektar REIT berpegang teguh kepada tiga teras utama: mengekalkan pengagihan mampan, mempertingkat kualiti aset dan memperluas integrasi ESG dalam semua aspek operasi. “Dengan pendekatan yang bersedia untuk masa hadapan, kami yakin akan terus membina REIT yang berdaya tahan, pelbagai dan berpaksikan matlamat yang jelas,” tambah Zainal.

Dengan kombinasi strategi kepelbagaian aset, struktur modal yang kukuh dan inisiatif ESG yang mantap, Hektar REIT kekal komited untuk menyampaikan nilai berpanjangan kepada pemegang unit sambil melangkah ke arah membina komuniti yang lebih mampan dan bertenaga di seluruh Malaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Next-Level Power Meets Bold Style: iQOO Neo 10 is Coming to Malaysia
Next: PELETAKAN JAWATAN DARIPADA JEMAAH MENTERI

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.