Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau pihak “Bank”) memperkenalkan kempen istimewa bertemakan ‘Amalan’ yang menekankan kepentingan amalan baik termasuk pengurusan kewangan bijak sebagai sumber kebahagiaan dan kesyukuran.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, HLB melancarkan lagu dan video muzik Raya bertajuk ‘Senyum-Senyum Raya’ yang menampilkan duta HLB, Alif Satar. Lagu ini, hasil ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy, dan Ja’a, serta dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos, membawa mesej kegembiraan dan kesyukuran yang mendalam.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam, menegaskan komitmen HLB dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang membantu pelanggan mengurus kewangan dengan lebih bijak.
“Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang diperibadikan kepada lebih ramai pelanggan. Dalam hal ini, Hong Leong Islamic Bank memainkan peranan penting dengan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan yang patuh Syariah. Dengan pelbagai produk perbankan Islam yang memenuhi keperluan unik pelanggan, kami berusaha untuk meringankan beban kewangan mereka dan membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih bertanggungjawab.
Kami juga komited dalam meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan pelanggan melalui program duta kami, yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan nilai-nilai amalan baik dalam kehidupan seharian. Usaha ini akan terus diperhebatkan pada masa hadapan.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB, Zalman Zainal, berkata bahawa lagu dan video muzik Raya ini adalah satu inisiatif baharu daripada HLB untuk rakyat Malaysia.
“Tahun ini, kami memperkenalkan kempen yang unik dengan mesej berteraskan konsep ‘amalan’. Kami percaya bahawa setiap senyuman dan kegembiraan yang dinikmati, terutamanya pada musim perayaan, berpunca daripada amalan baik yang dipupuk sepanjang tahun. Hari Raya bukan sekadar masa untuk meraikan kejayaan tetapi juga menghargai usaha yang telah dilakukan. Kami berharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan pengurusan kewangan yang mampan agar mereka dapat menikmati hasilnya dalam jangka masa panjang.”
Alif Satar, yang telah menjadi duta HLB selama tiga tahun, turut berkongsi keterujaannya terhadap projek ini.
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan HLB dalam projek ini kerana ia membawa makna yang lebih mendalam. Sebagai seseorang yang sangat menghargai nilai kekeluargaan, saya merasakan bahawa lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga menyampaikan mesej positif. Sebaik sahaja saya mendengar demo lagu ini, saya terus merasakan vibe yang positif dan ceria, sesuai dengan suasana Hari Raya.”
Dalam semangat mengamalkan kebaikan, HLB turut bekerjasama dengan foodpanda untuk mengadakan program pengagihan makanan kepada para penghantar mereka. Melalui program ini, HLB telah menyumbangkan makanan kepada 1,000 penghantar foodpanda dan menaja majlis berbuka puasa untuk lebih 300 penghantar di Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Perak.
Selain itu, HLB juga giat menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), di mana kakitangannya menyumbangkan pek makanan dan turut serta dalam aktiviti gotong-royong di rumah kebajikan seluruh negara. Baru-baru ini, sumbangan kakitangan HLB telah melebihi RM100,000 dalam bentuk pek makanan dan keperluan harian kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Lagu ‘Senyum-Senyum Raya’ telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Mac 2025 di semua platform muzik digital, manakala video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Hong Leong Bank bermula 17 Mac 2025.