Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • RIM Menyambut 2024: Tahun Gemilang Penuh Pencapaian untuk Industri Muzik Tempatan
  • News

RIM Menyambut 2024: Tahun Gemilang Penuh Pencapaian untuk Industri Muzik Tempatan

Helmi Aziz February 12, 2025 (Last updated: February 12, 2025) 3 minutes read
RosminHashimPhoto

Tahun 2024 menyaksikan detik bersejarah bagi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) apabila industri muzik tempatan mencatatkan pencapaian luar biasa, dengan lonjakan pendapatan dan kejayaan penggiat seni tempatan yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Dalam menghadapi cabaran teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dalam muzik, RIM terus memperkasa industri ini melalui pelbagai inisiatif yang mengekalkan integriti dan perlindungan hak cipta.

Industri muzik tempatan mencatatkan kejayaan kewangan yang luar biasa pada tahun 2024, dengan peningkatan 11.5% dalam pendapatan, mencapai RM339 juta berbanding RM304 juta pada tahun sebelumnya. Rekod ini mengatasi pencapaian tertinggi industri muzik sebelum ini, yang hanya mencatatkan RM315 juta pada tahun 1996. Peningkatan ini didorong oleh lonjakan 14% dalam hasil pendapatan digital dan kutipan royalti yang semakin meningkat daripada tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama negara.

Sepanjang tahun 2024, RIM telah menggerakkan pelbagai program bagi mengembangkan industri muzik tempatan, antaranya dengan memperkenalkan program ‘Carta RIM’ yang memaparkan lagu-lagu paling tinggi distrim dalam tiga bahasa utama di Malaysia. Disiarkan setiap minggu di stesen-stesen radio seperti ERA, Hitz, dan MY, carta ini berjaya menarik lebih dari 9 juta pendengar setiap minggu. Selain itu, RIM juga berjaya menggalakkan kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara ‘Anugerah Industri Muzik’ (AIM24), yang dijangka menjadi acara penganugerahan yang paling dinantikan tahun ini.

Pada 2024, beberapa artis Malaysia berjaya mencapai kejayaan luar biasa. Lagu duet “Masing-Masing” oleh Ernie Zakri dan Ade Govinda menjadi lagu tempatan paling tinggi distrim, sementara artis seperti Hael Husaini, Shila Amzah, dan Firdhaus Farmizi turut mencatatkan kejayaan di pentas antarabangsa. Hael Husaini memenangi ‘Lagu Tema Terbaik’ di Asia Academy Creative Awards 2024, sementara Firdhaus Farmizi mencipta sejarah dalam industri Mandopop dengan lagunya “Divorce in Ghana” yang melepasi 17 juta aliran di Spotify.

RIM terus berusaha memperkukuh perlindungan hak cipta bagi ahli-ahlinya dengan memperjuangkan pemanjangan tempoh perlindungan hak cipta daripada 50 tahun kepada 70 tahun, sejajar dengan piawaian antarabangsa. Di samping itu, RIM juga mengusulkan penggubalan undang-undang baru bagi mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penjanaan muzik. Ini akan memastikan hak cipta pemilik lagu dihormati dalam penggunaan teknologi baru ini.

Sebagai usaha untuk melindungi karya seni tempatan, RIM telah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menanggani isu cetak rompak dan pelanggaran hak cipta di platform e-dagang serta premis-premis perniagaan. Melalui tindakan ini, RIM bertujuan untuk memastikan hak cipta artis dan penggiat seni dilindungi daripada sebarang bentuk peniruan atau eksploitasi yang tidak sah.

RIM juga tidak melupakan pengamal industri muzik yang terjejas akibat krisis kewangan. Program ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik (SRIM)’ telah membantu seramai 48 orang pengamal industri yang terkesan, termasuk penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, dan wartawan hiburan. Inisiatif ini memberi bantuan kewangan segera melalui kerjasama dengan Public Performance Malaysia (PPM), sebagai sebahagian daripada Dana Kecemasan RIM yang diwujudkan pada tempoh pandemik.

Rosmin Hashim, Pengerusi RIM, menyatakan keyakinannya terhadap potensi masa depan industri muzik tempatan. “Pencapaian yang kita lihat pada tahun 2024 adalah hasil usaha gigih dan kerjasama yang berterusan antara RIM, kerajaan, dan semua pihak yang terlibat dalam ekosistem industri muzik. Kami komited untuk terus memperkasa industri ini, melindungi hak cipta, dan menyokong setiap penggiat seni dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Dengan momentum ini, RIM bertekad untuk terus memacu pertumbuhan industri muzik tempatan, menggalakkan pelaburan, dan melindungi hak pengamal seni dalam menghadapi dunia muzik yang semakin berkembang pesat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia dan @recordingindustrymalaysia di Instagram.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Menghargai Persahabatan Lewat Musik: Alunan Mimpi oleh Nyoman Paul
Next: Cape EMS Berhad Honoured with Top Employer 2025 Award for Excellence in Workplace Culture

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.