Kumpulan Ruffedge yang cukup terkenal dengan lagu-lagu hits 90-an seperti “Tipah Tertipu” dan “Khayalan” bakal mengubat rindu peminat di utara tanah air menerusi konsert Gamon Music Fantasia. Konsert yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 25 Januari 2024 ini bakal menjadi platform buat Ruffedge untuk mencipta momen nostalgia bersama peminat.
Azan Addin, salah seorang anggota Ruffedge, meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi di Pulau Pinang selepas sekian lama. “Lama sungguh kami tak beraksi di Pulau Pinang. Memang sangat mengimbau,” katanya.
Beliau turut menambah, “Alhamdulillah…Ruffedge bersyukur sangat dapat terlibat dengan beberapa festival muzik yang bagus semenjak ‘comeback’ pada 2018. Tapi perbezaan kali ini ialah tempat iaitu di Utara tanah air.”

Ruffedge dijangka akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka yang pastinya akan menggamit memori indah buat para peminat. Gamon Music Fantasia bukan sekadar konsert biasa, tetapi ia adalah sebuah festival muzik yang menggabungkan elemen ‘healing’ dan hiburan.
Selain Ruffedge, konsert ini turut menampilkan barisan artis hebat lain seperti Hujan, Bunkface, dan dua kumpulan popular dari Indonesia iaitu d’Masiv dan Kangen Band.
Pemilihan Setia Spice Arena sebagai lokasi konsert adalah berdasarkan sambutan hangat daripada peminat di utara tanah air yang mahukan pengalaman Pentas HEALING dalam skala yang lebih besar.
Syafiq Danish, Pengurus Projek Gamon Music Fantasia berkata, “Kami memilih Ruffedge kerana populariti dan sokongan peminat yang kuat. Mereka mempunyai kualiti muzik yang bagus dan sesuai dengan genre yang kami bawakan.”
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan Ruffedge dan artis-artis hebat yang lain di Gamon Music Fantasia. Dapatkan tiket anda sekarang!

Info Tiket:
- Bronze: RM90
- General Admission: RM119
- Silver: RM139
- Rockzone: RM149
- Platinum: RM155
- Gold: RM205
- VIP: RM410
