Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Dato’ Jamal Abdillah Adakan Konsert Solo Pertama Pada Tahun 2025!
  • CONCERT
  • Music

Dato’ Jamal Abdillah Adakan Konsert Solo Pertama Pada Tahun 2025!

Helmi Aziz October 30, 2024 (Last updated: October 30, 2024) 3 minutes read
DSCN2567

Pengalaman lebih 40 tahun sebagai penghibur berkaliber bukanlah alasan untuk Dato’ Jamal Abdillah mengundur diri dari pentas, malah semakin menambah keinginannya untuk terus memukau peminat. Setiap persembahan yang dilakukannya sepanjang karier terus menjadi bekalan berharga dalam menjayakan konsert yang bakal menghidupkan nostalgia sambil menawarkan kematangan dalam penghayatannya.

Pada 15 Februari 2025, Dato’ Jamal Abdillah akan tampil dalam konsert solo istimewa, Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura di Zepp Kuala Lumpur. Diterbitkan oleh Live Injection dan NJ Resources, konsert ini menandakan persembahan pertama beliau bagi tahun 2025, membuktikan kehadirannya di persada muzik tempatan masih relevan. Judul konsert kali ini, diambil daripada lagu-lagu hits ikoniknya, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura, diyakini oleh penganjur dapat menarik ribuan peminat setia untuk memenuhi ruang konsert di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Edy J dari Live Injection, Dato’ Jamal Abdillah adalah seorang penghibur berkaliber dan legenda bersuara emas yang tidak pernah lekang dari ingatan peminat. “Kami yakin pengalaman luas Dato’ Jamal, pesona dan senarai lagu-lagu hitnya akan menjadikan konsert ini sebagai malam penuh nostalgia yang dirindui para peminat. Ini juga merupakan persembahan solo pertama beliau di Zepp Kuala Lumpur, dan suasana intim di sini akan menghasilkan detik istimewa antara Jamal dan para penggemarnya,” kata Edy.

Bagi Dato’ Jamal sendiri, meskipun telah ribuan kali beraksi, setiap tawaran persembahan diambil serius tanpa mengabaikan aspek persiapan. Terlibat dalam acara berskala besar seperti Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura memerlukannya untuk melakukan ‘kerja rumah’ bagi memastikan persembahan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam. Rasa berdebar tetap hadir, tetapi keterujaannya untuk bertemu peminat lama yang telah menjadi tulang belakang kariernya sentiasa membakar semangat untuk memberikan yang terbaik.

Jamal Abdillah

Dengan barisan lagu ikonik seperti Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Kekasih Awal dan Akhir, Sepi Seorang Perindu, dan Di Sudut Kamar Hatiku, Dato’ Jamal yakin bahawa persembahannya akan mampu menyentuh emosi setiap penonton. “Memang konsert kali ini berskala besar, namun peminat akan melihat dan menikmati persembahan bersifat nostalgia dalam versi yang lebih segar. Saya harap peminat akan datang beramai-ramai pada 15 Februari nanti untuk sama-sama mencipta kenangan terindah di awal tahun 2025,” kata Jamal.

Selain itu, beliau menyeru para peminat untuk hadir dengan berpakaian bertema era 80-an, sesuai dengan suasana konsert yang dirancang untuk membangkitkan memori dan nostalgia zaman tersebut. Ini adalah peluang bagi peminat untuk menyelami semula semangat era 80-an yang penuh warna sambil mengimbau kenangan manis bersama Dato’ Jamal di panggung.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual dengan pelbagai kategori dan harga. Antara kategori tiket yang ditawarkan adalah CAT 04 pada harga RM360, CAT 03 pada harga RM380, CAT 2 berharga RM340, CAT 1 berharga RM395, dan VIP BOX yang boleh menempatkan 8 orang pada harga RM7,500. Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian di TICKET2U.COM.

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman web rasmi penganjur di www.live-injection.com atau menghubungi melalui email di hello@live-injection.com. Saksikanlah detik nostalgia dan kematangan seorang legenda di Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura – pastikan anda tidak terlepas menyaksikan persembahan penuh magis ini!

INFORMASI

ARTIS: DATO JAMAL ABDILLAH
ACARA: KONSERT DATO JAMAL ABDILLAH SANDARKAN PADA KENANGAN MENCARI AZURA
TARIKH: 15 FEBRUARI 2025
LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR
PENGANJUR: LIVE INJECTION dan NJ RESOURCES
HARGA TIKET:
RM 360 (CAT 04)
RM 380 (CAT 03)
RM 340 (CAT 2)
RM 395 (CAT 1)
RM7,500 (VIP BOX-8 orang)
PEMBELIAN: TICKET2U.COM

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Moovby for University Bersama MMU Menyediakan Mobiliti Hijau di Kampus
Next: Bertemu Selebriti dan Menang Hadiah Eksklusif di Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru!

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.