Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Konsert DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL Bakal Berlansung Pada 25 Oktober Ini
  • CONCERT

Konsert DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL Bakal Berlansung Pada 25 Oktober Ini

Helmi Aziz August 22, 2024 3 minutes read
POSTER2

Efek Rumah Kaca (ERK) merupakan antara kumpulan muzik senior yang berjaya menyentuh hati peminat melalui kisah-kisah kehidupan yang dibalut sempurna dalam pelbagai melodi yang mengasyikkan. Ini adalah sebab mengapa ERK terus kekal relevan dalam dunia muzik.

Seperti nama mereka, Efek, kumpulan ini benar-benar memberikan kesan mendalam kepada pendengar. Dengan vokalis utama dan pemain gitar Cholil Mahmud, pemain bass Poppie Airil, serta pemain drum Akbar Bagus Sudibyo, mereka telah memulakan perjalanan seni yang penuh makna sejak dahulu hingga kini.

Walaupun ERK pernah mengurangkan aktiviti persembahan mereka untuk memberi tumpuan kepada hal lain, dan meskipun banyak kumpulan baharu telah muncul, ERK tetap diingati oleh peminat setia mereka.

Pada tahun 2022, mereka pernah berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan di Malaysia, dan kini kumpulan asal Jakarta ini kembali ke tanah air untuk persembahan solo.

Kali ini, Efek Rumah Kaca kembali ke Malaysia sebagai kumpulan solo. Kembalinya ERK ke Malaysia adalah atas permintaan peminat yang tidak puas menikmati persembahan mereka pada dua tahun yang lalu.

Shezco Sdn Bhd dengan gembira mengaturkan konsert solo ERK yang diberi nama DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Shezco Sdn Bhd, nama konsert ini, Di Udara, dipilih sempena salah satu lagu popular ERK yang dikeluarkan pada tahun 2007 melalui album sulung mereka, Efek Rumah Kaca.

“Secara simbolik, kami memilih nama Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL untuk persembahan ini, kerana ini adalah kali pertama ERK kembali bertemu dengan peminat mereka di Malaysia setelah sekian lama,” kata Kamarul Hafizad @ IJAD dari Shezco Sdn Bhd.

Bagi Cholil, tiada yang lebih membahagiakan selain daripada dapat bertemu peminat dan mendendangkan banyak lagu hit mereka dengan penuh kegembiraan.

“Kami sangat teruja untuk kembali ke Malaysia, dan kali ini melalui DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL, ERK akan berinteraksi dengan peminat kami dalam suasana yang lebih intim. Jumpa semua pada 25 Oktober ini. Semoga kita menikmati sinestesia bersama,” kata Cholil.

Untuk menikmati indahnya karya ERK seperti Kamar Gelap, Jatuh Cinta Itu Biasa Saja, Balerina, dan Cinta Melulu, pastikan anda mendapatkan tiket di ILASSOTICKETS.COM atau hubungi talian 03 4816 8029.

Menariknya, pihak penganjur berbesar hati memberikan potongan harga sebanyak 15 peratus kepada 50 pembeli tiket pertama. Diskaun ini bermula pada 22 Ogos hingga 31 Ogos sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Pembelian dua tiket berdiri (standing) akan menerima diskaun sebanyak 15 peratus.

Tiket-tiket berharga RM188 (CAT 1 / FREE STANDING), RM218 (NORMAL STANDING), RM268 (CAT 2 / PREMIUM SEATING), RM448 (ROYAL BOX), RM3,500 (PACKAGE 8 PAX / MEET & GREET) menanti anda semua!

INFORMASI

ACARA: DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL

ARTIS: EFEK RUMAH KACA

TARIKH: 25 OKTOBER 2024

LOKASI: ZEPP KL

PENGANJUR: SHEZCOSDN BHD

HOTEL RASMI: HOTEL ROYAL SIGNATURE KUALA LUMPUR

HARGA TIKET: RM188 (CAT 1 / FREE STANDING), RM218 (NORMAL STANDING), RM268 (CAT 2 / PREMIUM SEATING), RM448 (ROYAL BOX), RM3,500 (PACKAGE 8 PAX / MEET & GREET)

PEMBELIAN: ILASSOTICKETS.COM

HUBUNGI: 03 4816 8029

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Nabila Razali Mengambil Tanggungjawab, Mohon Maaf Atas Kesalahan Lesen dan Insurans Kereta – 2024
Next: Amir Jahari ‘Kembali’ dengan Album Terbaru: Sebuah Perjalanan Muzik yang Sarat Makna

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
MR2F9241
  • Arts & Culture
  • CONCERT
  • Music

A Journey Through Love and Music: Experience 40 Years of Nostalgia with Aishah in an Exclusive One-Night Spectacular.

Allya Adriana April 29, 2026
WhatsApp Image 2026-04-29 at 10.14.02
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • News

Kembali Ke Era Kegemilangan: Peterpan Bawakan “The Journey Continues” Ke Idea Live Arena Pada 11 Julai.

Allya Adriana April 29, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.