Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Suami isteri makan menu sama, di restoran sama, 6 hari seminggu selama 15 tahun
  • Sport

Suami isteri makan menu sama, di restoran sama, 6 hari seminggu selama 15 tahun

Helmi Aziz March 12, 2019 3 minutes read
220924.jpg

SEPASANG suami isteri memecah rekod apabila makan malam di restoran sama selama 6 hari dalam tempoh seminggu sejak 15 tahun lalu.

Hidangan makan malam itulah yang dijamah mereka setiap sehari. Tiada makan pagi atau makan tengah hari. Ron dan Diana Watson yang sudah berkahwin selama 20 tahun telah menjadikan ia satu tabiat sejak tahun 2004 lagi.

INILAH Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat yang menjadi kegemaran pasangan suami isteri itu menikmati makan malam selama 15 tahun lamanya.

INILAH Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat yang menjadi kegemaran pasangan suami isteri itu menikmati makan malam selama 15 tahun lamanya.

Berdasarkan laporan Wichita Eagle yang dipetik oleh Mirror, mereka berbuat demikian kerana sudah sehari suntuk bekerja dan lebih sanggup membayar untuk makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Dari hari Ahad hingga Jumaat, Ron dan Diana akan memandu ke Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat pada pukul 3.15 petang bagi mengambil kesempatan memesan menu untuk kategori early bird yang hanya berharga $9.49 (RM51.19) (harga istimewa yang ditawarkan pada pukul 3-5 petang).

Diana akan memesan sajian yang dinamakan Roadkill iaitu berupa stik bersama bawang dan cendawan.

Beliau kemudian akan mengambil salad (dengan Randy dressing) dengan tiada tomato, baked potato tanpa garam.

Menu pilihan Rod pula merupakan ayam dada barbeku. Kadangkala, babi panggang dengan kentang putar, salad dengan Italian dressing.

Jika beliau mahu kelainan, Ron akan sekali-sekala mengambil kentang (jenis manis).

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan…

Untuk minuman, Diana gemar kepada pint of pale sementara Ron cukup dengan air dibubuh sedikit perahan lemon.

Memiliki baucar promosi yang diberikan kepada pelanggan setia, pasangan ini juga akan nikmati udang panggang setahun sekali.

Disebabkan berat badan Ron bertambah, mereka berdua tidak lagi mengambil roti percuma yang sering diberikan setiap kali membuat pesanan. Menariknya, sebagai seorang veteran Perang Vietnam, Ron berhak memperoleh 10 peratus diskaun pada setiap pesanannya.

Ron dilaporkan yang masih derita dengan penyakit (Post Traumatic Stress Disorder) PTSD atau gangguan stres pasca trauma

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan. Alasannya, Ron boleh menikmati pemandangan yang baik dan rasa selesa melihat pelanggan keluar, masuk premis itu.

Jumlah keseluruhan makan malam yang dipesan dalam tempoh 15 tahun ialah £79,092 (RM426,617)…

Berdasarkan rekod, Ron dan Diana akan membelanjakan £16.90 (RM91.15) untuk makanan dan minuman makan malam setiap hari.

Dalam seminggu, jumlah perbelanjaan mencecah £101.40 (RM546.94). Dalam setahun, £5,272.80 (RM28,441.14). Jumlah keseluruhan dalam tempoh 15 tahun ialah £79,092 (RM426,617). Bagi Ron, jumlah itu sangat wajar.

“Angka itu agak murah, sama juga kalau ke pasar raya membeli barang-barang dapur, balik ke rumah,kemudian memanaskan makanan di dapur dan akhirnya membersihkannya. “Sama sahaja tapi di restoran layanannya lebih baik,” katanya.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka…

Satu-satunya hari yang pasangan ini tidak ke restoran itu ialah pada hari Sabtu.

Pada hari berkenaan, Diana habis kerja lebih lewat. Restoran Texas Roadhouse juga agak sibuk pada waktu puncak.

Jadi, mereka akan pergi ke Restoran Hog Wild yang mana suasananya pada hari berkenaan lebih tenang.

Tetapi di Restoran Texas Roadhouse mereka mendapat layanan yang lebih istimewa. Pengurus restoran meletakkan wajah pasangan suami isteri ini di dinding yang dinamakan wall of fame dan menyatakan bahawa kedua-dua ini adalah ‘maskot tidak rasmi’ restoran itu.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka dan ia merupakan peluang menghabiskan masa yang berkualiti bersama.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menggunakan kekerasan…
Next: Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dibina atas titah Sultan Perak ke-28 yang mahu bayar nazar

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.