Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • JoeyLeong mengeluarkan single baharunya yang berjudul “FOG”!
  • News

JoeyLeong mengeluarkan single baharunya yang berjudul “FOG”!

Helmi Aziz July 1, 2024 (Last updated: July 1, 2024) 3 minutes read
Joey-Leong-Generic-Photo-02-1366x2048

Rocketfuel Entertainment dan Sony Music Malaysia telah bersepakat untuk menjalin kerjasama dalam menghasilkan runut bunyi untuk drama bersiri terkini, X-Changed. Drama ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Arfie Shah sebagai Khalif, Joey Long sebagai Lilian, Dato’ Rosyam Nor sebagai Yakob, dan Marisa Yasmin sebagai Mariam.

“Semesta menceritakan seseorang yang sedang mengalami krisis dengan diri sendiri, selalu rasa sedih dan menangis pada waktu malam dan bila bangun pagi dia berharap semuanya akan berakhir. Dia juga berharap semesta akan memihak kepada dirinya dan membimbing hidupnya.” jelas Adrianna.

Adrianna turut berkongsi bahawa cabaran utama dalam menulis lagu ini adalah menentukan kisah siapa yang harus ditonjolkan dan bagaimana cerita tersebut harus disampaikan. Setelah diberikan skrip filem “X-Change”, Adrianna mengambil keputusan untuk menulis tentang watak utama yang sedang berhadapan dengan krisis memahami diri sendiri sehingga mengalami masalah seperti kemurungan.

Menurut Adrianna, proses penulisan lagu “Semesta” berlaku dengan sangat pantas. Dia berterima kasih kepada Farouk Roman yang merupakan komposer bagi lagu ini dan beliau sangat membantu dalam pembikinan lagu ini. Menariknya, Adrianna hanya mengambil masa selama 30 minit untuk merakamkan lagu ini di studio, dan ini menjadikan rakaman lagu ini merupakan antara yang paling pantas pernah dilakukan olehnya.

Lebih istimewa lagi, runut bunyi untuk drama bersiri X-Changed ini bukan sahaja mempunyai versi Bahasa Melayu namun ianya turut mempunyai versi Bahasa Mandarin berjudul 迷雾 (Fog) yang dinyanyikan Joey Leong yang merupakan salah seorang pelakon untuk drama bersiri ini.

Menurut Joey, cabaran utama dalam merakam lagu ini adalah bagaimana beliau mahu menyampaikan lagu ini dari wataknya sendiri, Lilian.

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk mendapatkan emosi yang betul sebagaimana saya gambarkan penceritaan lagu dan juga keseluruhan drama bersiri ini.”

Joey juga menyatakan beliau hampir menitiskan air mata kerana lirik dan lagu tersebut sangat dekat dengan dirinya. Selain itu, beliau berasa sangat gembira kerana pihak produksi telah memilihnya untuk menyanyikan lagu ini.

“Saya merasakan lagu ini sangat istimewa. Jadi, saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyanyikan lagu ini.” kata Joey.

Sepanjang pembikinan lagu ini juga segala-galanya turut mudah dan kerjasama bersama Farouk Roman memudahkan lagi proses rakaman yang dilakukan dalam versi Mandarin.

Untuk makluman, lagu Semesta & 迷雾 (Fog) bakal dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama. Manakala, lirik video Semesta dari Adrianna Cinta akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun 2024 bermula jam 9 Malam pada saluran YouTube Adrianna Cinta Vevo dan Fog dari Joey Leong pada saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kolaborasi Yonnyboii dan Jobranko Dalam Single ‘Nadi’
Next: ADRIANNA CINTA TAMPIL DENGAN SINGLE TERBAHARU SEMESTA

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.